Awie (penyanyi)

YH Dato' Ahmad Azhar bin Othman, DIMP atau lebih dikenali sebagai Awie (lahir 24 November 1968) ialah salah seorang penyanyi rock dan pelakon terkenal Malaysia dan penyanyi utama kumpulan Wings.

Dilahirkan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur (Selangor), kerjaya muzik Awie sebagai artis lahir pada tahun 1987 bersama kumpulan Wings dengan muncul album pertama berjudul Belenggu Irama. Ketika popular bersama Wings, beliau memperkembangkan bakatnya yang semula jadi dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya Pemburu Bayang pada tahun 1993. Awie kemudiannya mengambil langkah untuk meninggalkan Wings dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada 1993 apabila beliau melancarkan album solo eponim pertamanya pada 1994 dan telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan album tersebut sebagai pemegang rekod penjualan album tertinggi bagi artis solo lelaki di Malaysia sehingga kini, yang sebelum itu diungguli oleh Saleem (Iklim) menerusi album solo pertamanya yang berjudul Gabungan Dua Insan Seni - Saleem & Wan Zul yang mempertaruhkan single popular "Aduhai! Seribu Kali Sayang" pada tahun 1993 yang terjual sebanyak 80,000 unit.

Sepanjang kerjaya solonya, beliau telah menghasilkan lima album solo tidak termasuk album kompilasi, langsung dan lain-lain. Selain itu juga, Awie pernah menyertai kumpulan Search pada tahun 1998 dan muncul satu album bertajuk Bikin Wilayah setelah Amy meninggalkan kumpulannya itu dan seterusnya menubuhkan kumpulannya tersendiri yang diberi nama Dragon Malaya pada tahun 2000. Sehingga kini Dragon Malaya masih aktif di beberapa untuk konsert sahaja. Pada 2001, beliau kembali bersama kumpulan Wings yang kekal sehingga kini. Awie masih mengekalkan kerjaya sebagai pelakon filem. Antara filem terkenal beliau termasuk Baik Punya Cilok (2005), Sumolah (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Selain itu, Awie juga ialah seorang pengacara program realiti TV seperti Tunggu Sekejap, juri Maharaja Lawak 2012 dan banyak lagi.

YH Dato'
Awie
DIMP
Awie (Wings)
Dato' Awie beraksi di pentas pada 2007.
KelahiranAhmad Azhar bin Othman
24 November 1968 (umur 50)
Datuk Keramat, Selangor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Pengacara, Pelawak
Tahun aktif1985–kini
Kampung asalDatuk Keramat, Selangor
PasanganArni Nazira Anuar (k. 1998; c. 2006)
Rozana Misbun (k. 2006; c. 2014)
Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin (k. 2016)
Anak5 (dua dengan Arni Nazira, tiga lagi dengan Rozana)
Ibu bapaOthman Maarof (bapa)
Azizah Abdul Hamid (ibu)
Kerjaya muzik
GenreRock
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Wings, Dragon Malaya, Ella, Ziana Zain, Erra Fazira, Kumpulan Kristal, M.Nasir

Kerjaya

Penglibatan awal

Pada usia 17 tahun, Awie bekerja di Panggung Aniversary, Kuala Lumpur. Tugasnya membolehkan Awie mendampingi beberapa selebriti popular ketika itu seperti kumpulan Search, Bloodshed, Ella & The Boys dan Sweet Charity.

Wings dan penyertaan semula

Awie memulakan kerjaya muziknya di Kuala Lumpur pada tahun 1985 dengan menganggotai kumpulan Wings sebagai penyanyi[1]. Mereka memulakan debutnya dengan album Belenggu Irama pada tahun 1987. Album berikutnya, Hukum Karma menampilkan lagu "Misteri Mimpi Syakilla" (yang dikarang oleh J.S. Kevin) dan "Taman Rashidah Utama" (ditulis oleh penerbit Bob Lokman). Pelbagai album studio seterusnya diikuti dengan album Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka termasuk gandingan bersama kumpulan Search yang tampil dengan album berjudul Double Trouble. Sejumlah hits Wings dikarang oleh penyanyi-penulis lagu M. Nasir dan Loloq.

Awie meninggalkan kugiran itu pada tahun 1993 selepas melaporkan perselisihan dengan anggota Wings yang lain, dan mengejar kerjaya sebagai artis solo dan pelakon. Selain kumpulan asalnya Wings, Awie telah menggantikan seketika tempat Amy Search sebagai penyanyi kumpulan Search dengan muncul satu album berjudul Bikin Wilayah dan seterusnya beliau menubuhkan kumpulan tersendirinya yang dinamakan Dragon Malaya pada tahun 2000. Awie kembali menyertai Wings pada penghujung tahun 2000 selepas respon penggemar suam untuk penggantinya Mus (dahulunya daripada May) dan Mel (penyanyi kelab). Kugiran ini masih aktif. Penampilan dan rakaman konsert baru-baru ini termasuk Wings Alive 2006 dan Wings Live In KL 1991.

Kerjaya solo

Selepas Awie meninggalkan Wings pada tahun 1994, Awie telah merakamkan lima album sebagai artis solo.

Kerjaya filem

Awie memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1993 dengan filem Pemburu Bayang ketika masih bersama Wings. Filem lain setelah keluar dari Wings Awie berjaya diikuti dengan filem-filem lain, yang lebih menonjol seperti Sembilu dan Bara. Baru-baru ini Awie menumpukan perhatian kepada peranan komedi.[2] Sehingga kini Awie masih mengekalkan kerjayanya sebagai pelakon watak hero.

Kehidupan peribadi

Perkahwinan pertama Awie adalah dengan Arni Nazira Anuar, juga seorang penyanyi pada 10 Disember 1998 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha (lahir pada 2000) dan Putri Aleefa Antasha (lahir pada 2002). Tetapi pada September 2006, Arni telah membuat tuntutan cerai selepas terbongkarnya perkahwinan kedua Awie yang dilangsungkan secara rahsia di Thailand. Isteri kedua Awie ialah Rozana Misbun, adik kepada pelakon Haliza Misbun. Pada 16 Oktober 2006, Awie dan Arni sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan Pahang di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali.

Bersama Rozana pula, Awie telah dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (lahir 2007), Putra Ahmad Rezzki (2008) dan Putri Qasseh Antasha (lahir pada 19 April 2010). Pada 1 November 2014, talak antara penyanyi Awie dan Rozana Misbun gugur selepas Rozana berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik daripada Pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla Thailand. [3]

Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.[4]

Darjah kebesaran

Pada 2017, Awie telah dikurniakan Darjah Dato' Indera Mahkota Pahang[5] yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Ahmad Shah. Kini, beliau digelar sebagai Dato' Ahmad Azhar bin Othman atau Dato' Awie.

Diskografi

Album solo studio

Tahun Tajuk Jualan
1994 Awie
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 1994
  • Format: CD, Kaset
  • Label:
Melebihi 220,000 unit
1996 O-Tak
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 1996
  • Format: CD, Kaset
  • Label: BMG Music
150, 000 unit
1998 Satu
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 1998
  • Format: CD, Kaset
  • Label: BMG Music
50, 000unit
2000 Rentap
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 2000
  • Format: CD, Kaset
  • Label: BMG Music
25, 000 unit
2005 Santai
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 2005
  • Format: CD, Kaset
  • Label: EMI Music

Album sebagai penyanyi Wings

Album bersama Search

Album sebagai penyanyi Search

Anugerah dan pencapaian

Anugerah Juara Lagu

AJL 1995: Pencalonan lagu Di Bayang Awan

AJL 1997: Pencalonan lagu Senja Nan Merah (duet bersama Ziana Zain)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian‎

ABPBH 1994: Pelakon Filem Lelaki Popular

ABPBH 1995: Pelakon Filem Lelaki Popular dan Penghibur TV Lelaki Popular

ABPBH 1996: Pelakon Filem Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular

ABPBH 1997/1998: Penyanyi Lelaki Popular

ABPBH 2000: Pencalonan Penyanyi Lelaki Popular

Anugerah Industri Muzik

AIM 1996: Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) (album Awie Live Unplugged)

AIM 1997: Pencalonan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) (album O-tak)

AIM 2006: Album Pop Rock Terbaik (album Santai)

Anugerah Era

Anugerah Era 2001: Pencalonan kategori Vokal Lelaki Pilihan, Lagu Rock Pilihan (Baldu Biru - duet bersama Ella)

Anugerah Era 2006: Pencalonan kategori Lagu Rock Pilihan

Anugerah Planet Muzik

APM 2001: Pencalonan kategori Artis Lelaki Serantau Paling Popular

APM 2007: Pencalonan kategori Artis Lelaki Paling Popular

Darjah Kebesaran

Darjah Indera Mahkota Pahang membawa gelaran 'Dato'

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan

Profil vokal

  • Jenis suara : dramatic tenor
  • Nota Rendah : B2
  • Nota Tinggi : C#5
  • Julat Suara : (2 octaves, 4 notes and a semitone) oktaf

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 Pemburu Bayang Dirinya sendiri  Filem pertama
1994 Sembilu
1995 Sembilu II
1996 Tragedi Oktober
Merah Merah
1998 Maria Mariana II Sazali
Nafas Cinta Amir
1999 Bara Amri
2001 Getaran Dirinya sendiri
2003 Iskandar Karl Iskandar
2005 Sembilu 2005 Zambri Pelakon undangan
Baik Punya Cilok Bob KP
2006 Diva Popular Faizal
2007 Zombi Kampung Pisang Husin
Sumolah Haris
2008 Cuci Jojo
Duyung Kordi
Cinta U-Turn Faiz
Apa Kata Hati? Sophi
Antoofighter: Amukan Drakulat! Drakulat Van Listerooy
2010 Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! Aziz Al-Biruni Pelakon tambahan
Kapoww Astromen Wau
Hantu Kak Limah Balik Rumah Husin
2012 Baik Giler Kimie
Berani Punya Budak John
Leftwings Dirinya sendiri (Wings) Kemunculan khas
2013 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Husin
Bikers Kental Eddie Cuardo
Lemak Kampung Santan Abu
2014 Zombie Kilang Biskut Husin
Ribbit Kulup Ahli suara BM
Dollah Superstar Dollah
2016 Warna Cinta Impian Dirinya sendiri
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
2017 Lebuhraya Ke Neraka Bob
2018 Hantu Kak Limah 3 Husin
Operasi X Belut
2019 Bikers Kental 2 Eddie Cuardo

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2000 Spanar Jaya Dirinya sendiri ntv7 Episod: "Takkan Kot... Awie", Pelakon undangan
2006 - 07 Awie Records Astro Ria
2018 Mak Cun 4 Rock TV3 Slot Dahlia
Ammar & Opie Tok Wie TV3 Slot Zehra

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Buta Warna Amri Astro Ria
2015 Aku Benci Raya Amir
2016 Dari Kerana Mata Ramzi Hypp TV
2018 Studio Awie Dirinya sendiri TV3
Berani Jadi Papa Sani Joned Astro First Eksklusif

Teater

Tahun Tajuk
2009 Cuci The Musical
2011 Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal
2012 Cuci The Musical Last Kopek
2014 Teaterikal Suara Kita
Supermokh Sebuah Muzikal
Takhta 3 Ratu
2015 Baik Punya Cilok
2018 Baik Punya Consert 4D

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2004 AF 2 Juri Jemputan Astro Ria
2012 Maharaja Lawak Mega 2012 Juri Tetap Astro Mustika HD
2013 Tunggu Sekejap Pengacara TV3
Maharaja Lawak Mega 2013 Artis Jemputan Astro Mustika HD
2015 Juara Parodi Juri Jemputan Astro Warna
2017 AF Megastar Juri Jemputan Astro Ria
2018 MeleTOP Pengacara Jemputan bersama Erra Fazira

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Cici the Musical Cast List". Diarkibkan daripada asal pada 8 July 2011. Dicapai 18 February 2012.
  2. ^ Lohan, N. Rama. "To the tune of Lat: Awie in the spotlight". The Star. Diarkibkan daripada asal pada 12 March 2011. Dicapai 18 February 2012.
  3. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/03/awie-rozana-cerai/
  4. ^ http://www.bharian.com.my/node/199762
  5. ^ Awie dapat gelaran Dato'

Pautan luar

1968 di Malaysia

1968 di Malaysia

11 tahun kenegaraan

Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1996

Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1996 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali kesepuluh anjuran Berita Harian (kini dikenali sebagai Anugerah Bintang Popular).

Majlis kali ini memperkenalkan dua kategori anugerah untuk hasil karya, pelakon dan kakitangan penerbitan filem dan televisyen yang dinilai paling bermutu oleh panel juri. Bagi anugerah-anugerah popular, diperkenalkan kategori penghibur TV Popular dan Artis Remaja Popular, di samping menyaksikan , Siti Nurhaliza, meraih anugerah ABP sulungnya termasuk Artis Paling Popular.

Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1997/98

Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1997/98 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali kesebelas anjuran Berita Harian. Majlis ini menetapkan Kategori Juri untuk filem dan drama dipertandingkan buat kali terakhir, di samping anugerah Artis Baru Popular menggantikan Artis Remaja Popular.

Maharaja Lawak Mega

Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah program realiti bersiri terbitan Astro, arahan APSB/Homegrown yang menggabungkan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk melahirkan seorang pelawak serba boleh dalam mencetuskan sebuah komedi pentas terunggul serta platform memperkembangkan jenaka mereka ke tahap yang lebih tinggi. Ia juga merupakan kesinambungan rancangan Maharaja Lawak setelah menobatkan seorang pelawak terunggul daripada penyertaan semua finalis Raja Lawak iaitu Kumpulan Sepah pada tahun 2011. Dato' AC Mizal diangkat sebagai pengacara tetap Maharaja Lawak Mega. Penyertaan pelawak adalah bebas (terbuka kepada semua pelawak), mereka boleh membentuk kumpulan sendiri samaada kumpulan sedia ada atau membentuk gabungan baru yang lebih hebat (kumpulan baru), serta beraksi secara solo. Pemilihan pelawak juga berdasarkan kepada pilihan pihak produksi dan cabaran Hot Seat bagi melengkapkan jumlah senarai teratas. Lebih hebat, apabila 4 orang juri tetap yang akan mengadilinya setiap musim ini berlainan latarbelakang, gabungan juri dari tiga buah negara semestinya menarik perhatian dan penuh dengan kejutan. 70% undian mereka disalurkan melalui juri tetap manakala 30% lagi adalah daripada undian penonton. Siapakah pelawak yang bakal menjadi paling terbaik di mata penonton?. Rancangan ini telah memulakan musim pertamanya pada 28 Oktober 2011, hari Jumaat menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Astro Mustika HD, kini Astro Warna HD (saluran 124) sekaligus menjadikan hari Jumaat sebagai hari rasmi penyiaran rancangan ini. Kumpulan Bocey telah mencatat sejarah apabila menjadi kumpulan pertama yang berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega dua tahun berturut-turut pada edisi 2016 & 2017.

Wings (kumpulan muzik Malaysia)

Wings merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada 1985 di Kuala Lumpur, Malaysia. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asal yang terdiri dari Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar), Zul (Gitar Bes) dan Jojet (Dram). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang anggota sahaja. Awie, Joe, Eddie dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini. Kini anggota Wings hanya bertiga iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe telah meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau bersama Wings.

Sesudah Joe meninggalkan kumpulan ini, Wings kini menggunakan nama Wings & Superfriends. Ini berikutan Wings bersetuju untuk memerlukan dua khidmat pemain gitar utama yang berpengalaman iaitu Syam yang juga merupakan anggota asal Wings dan Edrie Hashim (Bekas anggota kumpulan Chapters) sebagai pemuzik undangan yang diberi gelaran Superfriends untuk menggantikan tempat Joe. Kini Wings & Superfriends mempunyai lima anggota iaitu Awie (Penyanyi), Eddie (Gitar Bes), Black (Drum), Syam (Gitar Utama) dan Edrie (Gitar Utama).

Sehingga kini kumpulan Wings telah menerbitkan sebanyak sebelas buah album studio tidak termasuk album kompilasi, live dan album studio bersama Search. Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ketahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum. Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10, 000 unit. Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam industri perfileman yang telah pun muncul sebanyak enam buah filem dan antaranya ialah Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012).

Pada tahun 2015, sempena ulang tahun penubuhan Wings ke-30, band ini telah mengadakan konsert berskala besar dan bersejarah yang bertemakan 'Konsert Wings 30 Tahun' di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang berjaya memukau lebih 20 ribu penonton.

Album studio
Single dan lagu
Rencana berkaitan
Album studio
1987–91
1992–kini
1987–kini

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.