Arianisme

Arianisme biasanya merujuk pada ajaran-ajaran agama yang diwarwarkan oleh seorang ahli agama, Arius (250-336) yang tinggal dan mengajar di Iskandariah, Mesir pada awal kurun ke-4. Ajaran-ajaran Arius yang paling kontroversi menyentuh hubungan antara Tuhan Bapa dan diri Jesus dan bertentangan ajaran Triniti yang mendominasi Gereja (dan kemudiannya dipertahankan oleh Gereja Rom Katolik, Gereja Ortodoks Timur dan banyak mazhab Protestan).

Istilah Arianism juga merujuk pada sistem-sistem keagamaan bukan triniti yang lain pada kurun ke-4 yang menganggap Anak Tuhan, Logos sebagai makhluk (sebagaimana dalam Arianisme asli dan Anomoeanism) atau sebagai makhluk dan tidak pula bukan makhluk dalam ertikata kejadian lain (sebagaimana dalam separa Arianisme).

Asal-usul

Arius mengajar yang Tuhan Bapa dan Tuhan Anak adalah tidak wujud bersama-sama secara abadi. Malahan, Arius mengajar yang Jesus yang sebelum inkarnasi adalah zat yang dicipta (dan berkemungkinan lebih rendah tarafnya daripada) Bapa pada sesetengah bahagian, iaitu sebelum dicipta, Anak tidak pernah wujud. Dalam karya-karya berbahasa Inggeris, kadang kala dikatakan bahawa golongan Arius ini mempercayai bahawa Jesus adalah atau pernah menjadi "makhluk"; dalam konteks ini, perkataan tersebut digunakan dalam ertkatanya yang sebenar iaitu "zat yang telah diciptakan".

Dalam banyak-banyak ketidaksefahaman di dalam Gereja, kontroversi Arius ini mempunyai kekuatan dan kuasa terbesar di dalam konflik agama dan politik, dengan pengecualian mungkin pada Reformasi Protestan. Konflik antara Arianisme dan kepercayaan Triniti adalah konfrontasi utama yang pertama di dalam Gereja selepas pengesahan agama Kristian oleh Maharaja Rom, Constantine I.

Kontroversi terhadap Arianisme mula melonjak pada akhir kurun ke-3 dan berlanjutan sehingga sebahagian besar kurun ke-4 dan membabitkan banya anggota-anggota gereja, penganut-penganut biasa, para paderi, para biarawan, para biskop, maharaja dan malahan keluarga diraja Rom. Pun begitu, kontroversi dalam Gereja yang sebegini luas tidak berlanjutan pada kurun ke-3 dan 4, tanpa pengaruh penting sejarah yang telah menyediakan asas-asas kepercayaan golongan Arianisne. Kebanyakan pengkaji sejarah Kristian ortodoks atau dari aliran utama mentakrifkan konflik golongan Arianisme dan menghadkannya sebagai gerakan eksklusif Arius dan segolongan kecil para biskop yang terlibat dalam gerakan "ajaran sesat". Dalam anggaran hingga 300 orang biskop yang menghadiri Persidangan Pertama Nicea, hanya tiga orang biskop yang tidak mahu menandatangani Syahadat Nicea.

Bagaimana pun, kini terdapat bukti-bukti bahawa terdapat pandangan berbeza yang sangat meluas mengenai sifat semulajadi Jesus yang dipercayai oleh penganut-penganut Kristian di dalam Gereja Terawal. Hanya setelah perbalahan mengenai Arius mempolitikkan debat dan mendapat penyelesaian "katolik" bagi perdebatan itu dicari, dengan majoriti besar berpegang pada ajaran triniti, ajaran Arius kemudian dengan secara rasminya diisytihar sebagai ajaran bidaah. Namun yang ironinya tentang ini, Gereja Roman Katolik mensucikan paderi Lucian dari Antioch sebagai seorang pemimpin Kristian terawal yang bijaksana dan berbakat sebagai mati syahid, sekalipun Lucian didakwa mengajar perkara yang hampir serupa dengan apa yang dikenali kemudiannya sebagai Arianisme. Arius adalah salah seorang pelajar dari akademi persendirian Lucian di Antioch. Golongan Ebionit juga yang berada di kelompok Kristian terawal, juga mungkin pernah mempercayai malahan mempertahankan pegangan yang serupa yang dapat dikaitkan dengan ajaran Arianisme.

Pautan luar

250

250 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.

256

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 256. Bagi kegunaan lain, sila lihat 256 (nombor).

256 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.

298

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 298. Bagi kegunaan lain, sila lihat 298 (nombor).

298 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Sabtu dalam kalendar Gregory.

347

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 347. Bagi kegunaan lain, sila lihat 347 (nombor).

347 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.

589

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 589. Bagi kegunaan lain, sila lihat 589 (nombor).

589 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Sabtu dalam kalendar Gregory.

Abad ke-4

Abad ke-4 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 301 hingga 400 dalam kalendar Gregory.

Alaric I

Alaric I (; Templat:Lang-got, "ruler of all"; Bahasa Latin: Alaricus; 370 (atau 375) – 410 AD) merupakan Raja Visigoth pertama bermula pada tahun 395–410, anak lelaki (atau cucu sedarah) kepada ketua puak Rothestes. Alaric terkenal ekoran penjarahan beliau ke atas Rom pada tahun 410, yang mana menandakan peristiwa muktamad dalam kejatuhan Empayar Rom.

Anomoeanisme

Pada kurun ke-4 Masihi, kumpulan Anomœan yang juga dikenali sebagai kumpulan Anomean, Heterousian, Aetian, atau Eunomian, ialah sebuah mazhab dalam aliran Arianisme yang menegaskan bahawa Jesus dari Nazareth adalah zat yang berbeza dan tidak sama sekali setara dengan Tuhan. Mereka percaya bahawa pendapat-pendapat Arius yang diungkapkan beliau pada asalnya, adalah betul, namun menolak pengakuan-pengakuannya yang terkemudian yang diambil beliau supaya beliau diterima masuk kembali ke dalam Gereja.

Perkataan Anomœan berasal dari bahasa Yunani ἀ(ν)- 'tidak' dan ὅμοιος 'serupa', yakni "berbeza; tidak sama". Pada kurun ke-4, semasa era pemerintahan Constantius II, ini merupakan nama yang digunakan untuk membezakan para pengikut Aëtius dan Eunomius sebagai satu aliran teologi; mereka bukan sahaja menafikan konsubstansiliti Jesus malahan menegaskan bahawa beliau adalah satu zat yang berbeza daripada Tuhan. Ini bertentangan dengan pendokong Arianisme-Separa, yang memang menafikan konsubstansiliti Jesus tetapi pada masa yang sama percaya bahawa beliau sama dengan Tuhan Bapa.

Arius

Arius (AD sekitar 250/256 - 336) merupakan seorang paderi Kristian dari Iskandariah, Mesir yang hidup pada awal abad ke-4. Sekitar tahun 318, dia terbabit dalam pertelingkahan dengan biskop Iskandariah, Alexander dari Iskandariah, dengan menegaskan bahawa (Son of God) tidak sama wujud (consubstantiality) atau sama kekal (coeternal) dengan (God the Father), tetapi pernah pada satu masa, sebelum dia dilahirkan (begotten), yang dia tidak wujud. Arius beserta pengikut paderi-paderi lain di nyahjemaah (excommunicated), tetapi pertelingkahan tersebut berterusan di seluruh Empayar Rom Timur. Ramai biskop, terutamanya yang belajar dengan Lucian dari Antioch, menyokong Arius. Ketika Constantine mengambil alih Empayar Rom Timur pada 324, pertelingkahan menjadi sengit dengan kewujudan pelbagai persidangan (councils) yang samada menentang atau menyokong pandangan Arius berkenaan Son.

Empayar Frank

Empayar Frank atau dunia Frank, serinya hanya Francia atau Frankia, adalah wilayah orang Frank dari abad ke-5 hingga ke ke-10. Orang Frank adalah sepuak Germanik, dan hampir unik bahawa mereka memeluk Katolikisme dari Rom daripada Arianisme dari kebanyakan penakluk barbarian Eropah Barat.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Odoacer

Flavius Odoacer (435–493) , juga dikenali sebagai Flavius Odovacer (Bahasa Itali: Odoacre, Bahasa Latin: Odoacerus, Bahasa German: Odoaker), adalah seorang tentera pada tahun 476 seterusnya menjadi raja Itali pertama (476-493). Pemerintahan beliau menandakan runtuhnya Empayar Rom Barat. Walaupun seluruh Semanjung Itali berkuasa di tangan beliau, beliau mewakili diri beliau sendiri sebagai klien Julius Nepos dan selepas kematian Julius Nepos pada tahun 480, beliau mewakili dirinya sebagai klien Maharaja Bizantin. Odoacer menggunakan nama panggilan Roman iaitu patrician (Bangsawan), nama panggilan yang diberikan oleh Maharaja Zeno, tetapi beliau juga dirujuk sebagai seorang raja (Bahasa Latin: Rex) di dalam banyak dokumen dan beliau sendiri menggunakan nama panggilan tersebut di dalam konsul Basilius. Odoacer memperkenalkan beberapa perubahan terpenting di dalam sistem pentadbiran Itali. Beliau pernah menyokong Senat Rom dan dapat mengagihkan kawasan kepada pengikutnya tanpa banyak bantahan. Pergolakan di antara pahlawan-pahlawan beliau membawa kepada keganasan pada tahun 477-478, tetapi tiada gangguan berlaku semasa tempoh pemerintahannya selepas tahun 478. Walaupun Odoacer ialah penganut agama Kristian Arianisme, beliau jarang mengikuti upacara keagamaan gereja negeri ortodoks dan trinitarian Empayar Rom.

Pandangan-pandangan mengenai Jesus Christ

Pandangan-pandangan mengenai Jesus ialah kepentingan khusus yang diberikan oleh sesetengah agama kepada Jesus. Dua agama yang terbesar di dunia, iaitu agama Kristian dan agama Islam, menganggap Jesus sebagai seorang tokoh suci yang penting. Dalam agama Kristian, Jesus secara umumnya dianggap oleh penganut-penganut sebagai mempunyai ciri-ciri ketuhanan sebagai anak Tuhan dan Messiah. Dalam agama Islam, Jesus dianggap sebagai salah satu nabi Tuhan yang terpenting. Sudut pandangan kebanyakan agama yang lain berbeza dari menganggapnya sebagai nabi palsu (aliran utama agama Yahudi) ke guru bermakrifat (agama Buddha). Yang lain memperlihatkan Jesus sebagai manusia biasa (Pemikiran bebas, Ateisme, Agnostisisme).

Perancis

Perancis, secara rasmi dipanggil Republik Perancis (Bahasa Perancis: République française [ʁepyblik fʁɑ̃sɛz]), ialah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya (dipanggil Perancis Metropolitan) terletak di Eropah Barat. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil Wilayah Luar Negeri Perancis.

Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, Jerman dan Luxembourg di sebelah timur laut; Switzerland di sebelah timur; Itali dan Monaco di sebelah tenggara; dan Andorra dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis Guiana Perancis juga berkongsi sempadan darat dengan Brazil dan Suriname, dan Saint-Martin pula bersempadan dengan Antillen Belanda. Perancis dihubungkan dengan United Kingdom melalui Terowong Selat, yang berlalu di bawah Selat Inggeris.

Perancis adalah antara anggota pertama Kesatuan Eropah, ahli NATO, dan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.

Perang Salib

Perang Salib merupakan beberapa siri kempen peperangan yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi. Kempen peperangan yang direstui oleh pihak Gereja Roman Katholik ini bermula ketika Zaman Pertengahan. Misi asal tentera salib ialah menawan Baitulmuqaddis dan kawasan sekitarnya daripada orang Islam selain daripada matlamat sampingan seperti menawan Kota Constantinople (yang berjaya ditawan semasa Perang Salib Keempat).

Persidangan Kristian

Persidangan Gereja (Ecumenical council) ialah sebuah persidangan para biskop Gereja yang diadakan untuk membincang dan menyelesaikan permasalahan doktrin dan amalan Gereja. Perkataan ekumenikal berasal daripada bahasa Yunani "Οικουμένη", yang secara harfiah bererti "dihuni", dan pada asalnya merupakan satu kata-kata yang merujuk pada wilayah Empayar Rom memandangkan persidangan terawal semuanya dicetuskan oleh maharaja Rom. Dalam penggunaan terkemudian, ia digunapakai dalam bentuk yang lebih umum untuk mengertikan semua tempat yang dihuni manusia, oleh sebab itu "seluruh dunia" atau "umum". Penerimaan terhadap persidangan-persidangan bersejarah berbeza-beza antara mazhab Kristian.

"Seluruh Gereja" terbentuk oleh kebanyakan golongan Kristian Ortodoks TImur yang memasukkan semua bidang kuasa Ortodoks Timur ke dalam perhubungan penuh dengan setiap yang lainnya. Ini tidak melibatkan golongan Katolik Rom/Gereja-gereja Katolik Timur, dan juga Gereja-gereja Ortodoks Orient. Ketika sebilangan penganut Ortodoks Timur hanya akan melihat sesuatu persidangan itu sebagai bersifat kegerejaan penuh jika ia membabitkan semua ketua-ketua gereja zaman dahulu, termasuklah Rom, ini bukanlah pandangan jumhur golongan Ortodoks Timur. Begitu juga dengan pihak Katolik Rom yang mentakrifkan "seluruh gereja" sebagai "hanya" mereka yang berada dalam bidang kuasa penuh Biskop Rom. Sekali lagi, sesetengah penganut Katolik Rom merasakan perlunya memasukkan Gereja-gereja Timur dalam persidangan gereja, dalam ertikata penuh dan wajar. Sebagaimana yang disebutkan Pope John Paul II, Gereja perlu bernafas "dengan dua peparunya" (merujuk pada Upacara Timur Gereja Katolik dalam kesatuan dengan Rom). Pertemuan-pertemuan yang lebih bersifat tempatan juga kadang kala disebut sebagai "synod", tetapi perbezaan antara synod dan persidangan tidak begitu besar dan ketara. Walau bagaimana pun, kedua-dua belah pihak, dan ramai golongan Protestan, mengiktiraf kesahihan "Tujuh Persidangan Gereja", dengan pengecualian Persidangan Quinisext yang ditolak oleh penganut Katolik Rom tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada Persidangan ke-6 oleh golongan Ortodoks Timur.

Perkataan Yunani "synod" (σύνοδος) berasal daripada "syn" (dalam bahasa Yunani: σύν; in bahasa Inggeris: bersama-sama) dan "odos" (dalam bahasa Yunani οδος; dalam bahasa Inggeris: jalan), jadi sebuah synod adalah kedatangan bersama beberapa orang yang berkongsi satu unsur yang serupa, dalam kes ini para biskop Kristian.

Perbuatan Para Rasul mencatatkan Persidangan Jerusalem menumpukan ketegangan antara mengekalkan amalan Yahudi dalam masyarakat penganut Kristian awal dengan saudara baru golongan Gentile. Walaupun keputusan-keputusannya diterima oleh semua penganut Kristian dan takrifan-takrifan terkemudian persidangan gereja kelihatan selaras dengan satu-satunya Persidangan biblikal ini, tiada gereja Kristian yang memasukkannya ketika membuat penomboran persidangan-persidangan gereja.

Pierre Abélard

Peter Abelard (Latin: Petrus Abaelardus atau Abailard; Perancis: Pierre Abélard) (1079 – 21 April 1142) ialah ahli falsafah keilmiahan, ahli teologi, dan ahli logik yang amat cemerlang. Kisah tentang hubungan cintanya dengan Abbess Héloïse telah menjadi satu legenda. Kamus Chambers Biographical Dictionary memerikannya sebagai "pemikir yang paling tajam serta ahli teologi yang paling berani pada abad ke-12".

Sejarah Perancis

Sejarah Perancis bermula sejak era prasejarah.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.