Anugerah Skrin 2008

Edisi kesepuluh Anugerah Skrin diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada malam 7 November 2008, dan disiarkan secara langsung di TV3, mengiktiraf hasil karya filem dan televisyen terbaik sepanjang tempoh 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008. Sejumlah 22 anugerah dikurniakan kepada karya-karya dan tenaga kerja filem wayang gambar, telefilem, drama bersiri dan komedi buatan Malaysia yang diiktiraf, termasuk dua anugerah khas. Malam upacara yang menampilkan tema serba "permata dan berlian" diacarakan oleh gandingan Nurul Syuhada Nurul Ain dan Adlin Aman Ramli, dengan bantuan Faizal Ismail sebagai suara latar pengumuman. Siaran Anugerah Skrin dibantu oleh penajaan Procter & Gamble melalui jenama syampu Pantene.

Di samping rancangan-rancangan yang disiarkan oleh TV3, Anugerah Skrin turut menerima pencalonan dari hasil kerja TV yang disiarkan oleh stesen-stesen TV Media Prima yang lain (ntv7, 8TV, TV9), Radio Televisyen Malaysia (RTM1 dan RTM2), dan Astro (Ria, Prima, Awani, Oasis dan Ceria).

Anugerah Skrin 2008
GenreAnugerah
PengarahSaifulizzam Mohd Lizah
PengacaraAdlin Aman Ramlie
Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain
Pencerita suara latar
Faizal Ismail
Penerbitan
Penerbit eksekutifFadzilina Hj Zakaria
Khalijah Hj Mohamed
PenerbitSaifulizzam Mohd Lizah
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar4:3
Siaran asal7 November 2008
Kronologi
MengikutiAnugerah Skrin 2007
Diikuti olehAnugerah Skrin 2009
Pautan luar
Laman sesawang

Senarai karya-karya yang layak bertanding

Filem

Filem Penerbit Tarikh Tayangan
Kayangan Raden Pictures 2007-08-09
Impak Maksima Excellent Pictures 2007-08-23
Otai Grand Brilliance
Lineclear Motion Pictures
2007-10-13
1957: Hati Malaya Pesona Pictures 2007-10-25
9 September Metrowealth Movies Production 2007-11-01
Nana Tanjung 2 Grand Brilliance
Lineclear Motion Pictures
2007-11-09
Anak Halal Tayangan Unggul 2007-12-13
Kala Malam Bulan Mengambang Tayangan Unggul 2008-01-10
Cuci Tall Order Productions
Tune Entertainment Group
2008-01-24
Dunia Baru The Movie Grand Brilliance 2008-02-07
Anak Box Lite Film 2008-02-21
Duyung KRU Films 2008-03-06
Akhirat Sri Saheb Production 2008-03-20
Evolusi KL Drift Skop Production
Grand Brilliance
2008-04-03
Congkak Metrowealth Movies Production 2008-04-17
Cinta U-Turn Lineclear Motion Pictures 2008-05-01
Apa Kata Hati? Tayangan Unggul 2008-05-29
Pensil Genius Parade 2008-06-12
Sepi Grand Brilliance 2008-06-26

Televisyen

Drama (Telefilem)

Stesen Judul Penerbitan
TV3 Kehangatan Lantana Neon Entertainment
TV3 Ihsan Layar Consult
TV3 Tuhan Pun Tahu Js Pictures
TV3 Cinta Si Rempit Excellent Pictures
TV3 Suara Saleha Pena Creative Pictures
TV3 Cari Suhan Movies & Trading
RTM1 Pulanglah Di Aidilfitri Suar Channel
RTM1 Nasi Lemak Lebaran Kirawang
RTM2 Kebun Pisang Tok Mudim Sketch Seven
RTM2 Calon Madu Tas Sdn Bhd
RTM2 Wasiat Fitrah Unit Drama TV, RTM
TV9 Raya Sedondon Pena Creative Pictures
TV9 Abang! Mak Panggil Balik Radius One
TV9 Relung Kasih Grand Brilliance
ntv7 Aku Bukan Buaya Grand Brilliance
ntv7 Jangan Lupa phoSumpro!
Astro Ria Hang 2 Big Star Acts
Astro Ria Kembalikan Amanda Helle Pictures

Drama rantaian

Stesen Judul Penerbitan
TV3 Jelatang Asia Media Content
TV3 Iris Suhan Movie & Trading
TV3 Manjalara Juita Viden / Filmscape
TV3 Bella Grand Brilliance
RTM1 Takdir Yang Terindah Suhan Movies & Trading
RTM1 Bicara Aur Dengan Tebing Tenview
RTM2 Tangisan Bulan Madu Asia Media Content
RTM2 Bilik No.13 Manjafilms
TV9 Akademi Polis ME Comm
TV9 Pendekar 5 Ace Motion
ntv7 Elly Asia Media Content
8TV Ghost Popiah Pictures
Astro Ria Jangan Main Belakang MIG Production

Komedi

Stesen Judul Penerbitan
TV3 Mr. Mama Radius One
RTM1 Bujang Antik Radius One
TV9 Pak Pandir Moden Suhan Movies & Trading
Astro Ria Gaia Karya Prima
Astro Prima Di Bawah Ketiak Isteri Nusantara Seni Karya

Acara

Berikut merupakan acara-acara penyampaian anugerah dan persembahan nyanyian (bertanda ♫) yang menyeri malam Anugerah Skrin 2008, mengikut urutan:

(Iklan)
(Iklan)
(Iklan)
(Iklan)
(Iklan)

Keseluruhan malam Anugerah Skrin 2008 disiarkan selama 2½ jam. Setiap penerima anugerah naik ke pentas untuk menerima piala dan pergi ke belakang pentas sahaja tanpa memberi ucapan penghargaan di atas pentas, kecuali Anugerah Khas Juri, Filem Terbaik dan Drama Terbaik. Sebaliknya, peraih anugerah memberi ucapan penghargaan mereka di luar Dewan Merdeka bersama Faizal Ismail dalam segmen-segmen singkat sebelum masa iklan.

Calon dan pemenang

Berikut ialah senarai calon-calon dan pemenang (berhuruf tebal) bagi setiap kategori berikut:

Drama

Drama Terbaik

  • Ihsan (TV3)
  • Tuhan Pun Tahu (TV3)
  • Suara Saleha (TV3)
  • Wasiat Fitrah (RTM2)
  • Relung Kasih (TV9)

Pengarah Terbaik

Pelakon Lelaki Terbaik

Pelakon Wanita Terbaik

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Lakon TV Terbaik

  • Zabidi Mohamed (Ihsan)
  • Nazli Jaafar (Tuhan Pun Tahu)
  • Fauziah Nawi (Suara Saleha)
  • Akhbar Hashim (Relung Kasih)
  • Anwar Idris (Wasiat Fitrah)

Drama Rantaian Terbaik

  • Manjalara (TV3)
  • Bella (TV3)
  • Takdir Yang Terindah (RTM1)
  • Bicara Aur dengan Tebing (RTM1)
  • Ghost (8TV)

Drama Komedi Terbaik

  • Bujang Antik (RTM1)
  • Mr. Mama (TV3)
  • Pak Pandir Moden (TV9)
  • Gaia (Astro Ria)
  • Di Bawah Ketiak Isteri (Astro Prima)

Filem

Filem Terbaik

Pengarah Terbaik

Pelakon Lelaki Terbaik

Pelakon Wanita Terbaik

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Lakon Layar Terbaik

Penerbitan dalaman

Dokumentari / Majalah Terbaik

Bual Bicara Terbaik

  • Bersama Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (Astro Ria)
  • Blog (RTM1)
  • Al-Kulliyyah (TV3)
  • Macam-macam Aznil (Astro Prima)
  • Analisis Pilihan Raya (Astro Awani)

Rancangan Muzik Terbaik

Rancangan Hiburan Terbaik

Rancangan Realiti Terbaik

Laporan Khas / Berita Terbaik

  • Orang Asli Terancam (Buletin Utama, TV3)
  • Lombong Haram Tasik Chini (Buletin Utama, TV3)
  • Selamatkan Cameron Highland (Buletin Utama, TV3)
  • Tuntutan Pulau Batu Puteh (Warta Perdana, RTM1)
  • Batu Nisan (8TV Mandarin News)

Anugerah khas

Anugerah Khas Juri

Yasmin Ahmad

Anugerah Shine Pantene

Pautan luar

Anugerah Skrin 2009

Anugerah Skrin 2009 diadakan pada 4 Disember 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, mempertandingan 23 anugerah untuk mengiktiraf karya-karya terbaik hasil bidang penerbitan televisyen dan filem Malaysia.

Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.

Baizura Kahar

Nurbaizura Ahmad Kahar atau lebih dikenali sebagai Baizura Kahar merupakan seorang pelakon Malaysia. Baizura dilahirkan pada 8 Februari 1982.

Beliau berminat untuk menjadi penulis, dan mempunyai Ijazah dalam Kajian Media dan Komunikasi juga Ijazah dalam Seni Persembahan di Universiti Malaya.

Bermula sebagai pelakon iklan, kemudian model majalah, dan akhirnya dilamar pengarah Kabir Bhatia ke bidang lakonan.

Bakat Baizura sebagai aktres disifatkan agak luar biasa kerana kemampuannya menjiwai watak dengan baik. Baizura diiktiraf sebagai Aktres Terbaik menerusi watak gadis yang mempunyai masalah psikologi setelah kematian teman lelaki dalam filem Sepi sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Maya Karin & Vanidah Imran di Anugerah Skrin 2008.

Eman Manan

Abdul Manan bin Embong atau lebih dikenali sebagai Eman Manan (lahir 1 Januari 1958) merupakan seorang pelakon Malaysia, terkenal melalui peranan lakonan di televisyen dan filem. Beliau telah lapan kali tercalon untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan menang tiga kali daripadanya.

Farid Kamil

Dato' Farid Kamil Bin Dato' Dr. Zahari, DIMP (lahir 5 Mei 1981) ialah seorang pelakon, peragawan, penulis lakonlayar dan pengarah filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.

Memulakan kerjaya profesional dalam bidang lakonan pada 2003, beliau meraih kemasyhuran bagi peranan persembahan lakonannya dalam beberapa filem pecah panggung termasuk filem komedi Jutawan Fakir (2003); seram Tujuh Perhentian (2004) dan Potret Mistik (2005); aksi Remp-It (2006), Anak Halal (2007) dan Evolusi KL Drift (2008); drama romantik I'm Not Single (2008) dan siri filem Lagenda Budak Setan (2010–2014) serta cereka sains Apokalips X (2014). Kredit filemnya yang lain termasuk Aku Masih Dara (2010), Hantu Gangster (2012), Love, Supermoon (2015) J Revolusi dan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Farid memulakan kerjaya pengarahannya pada 2009 menerusi filem V3: Samseng Jalanan yang ditayangkan pada 2010.

Menerusi watak anak jalanan dalam filem Anak Halal pada tahun 2007 dan sebagai Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (2010), beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan. Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara. Beliau berkahwin dengan pelakon Diana Danielle pada 2012 dan dikurniakan dua cahayamata.

Ghost

Ghost ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia bertemakan ghaib dan misteri yang mengisahkan pengembaraan seorang wartawan muda membongkar misteri pembunuhan dengan bantuan roh-roh mangsa bunuh berkenaan. Siri drama ini diterbitkan oleh Ng Ping Ho di syarikat Popiah Pictures untuk disiarkan di saluran 8TV.

Siri ini kini mencecah dua musim, iaitu musim pertama yang disiarkan pada 3 Februari hingga 6 April 2008; sementara musim keduanya disiarkan mulai 19 April 2009. Musim pertamanya dicalonkan untuk Kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2008. Musim keduanya pula memenangi anugerah Hadiah Khas Juri (Judges' Special Prize) di temasya Seoul International Drama Awards 2010 di Korea Selatan.

Ghost (Musim 1)

Musim pertama siri Ghost disiarkan di 8TV pada 3 Februari hingga 6 April 2008. Drama keluaran Popiah Pictures ini dibintangi Nazrudin Habibur Rahman, Cheryl Samad, Carmen Soo dan Reefa. Musim ini menyaksikan bermulanya pengembaraan Eza, seorang wartawan bijak dan lantang yang cuba menyelesaikan sebuah misteri yang melibatkan kematian seorang pelakon filem terkenal dengan bantuan roh mangsa itu sendiri.

Musim ini pernah dicalonkan untuk kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2008.

Haliza Misbun

Haliza Misbun (lahir 15 Mei 1972) merupakan pelakon wanita Malaysia yang menempa nama pada era 1990an. Beliau merupakan pemenang hadiah lakonan terbaik di Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa. Antara drama bersiri popular lakonannya adalah Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005). Bakat beliau mula dikesan oleh pelakon dan pengarah veteran terkenal Rahim Razali. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular tahun 1998.

Kala Malam Bulan Mengambang

Kala Malam Bulan Mengambang merupakan sebuah filem hitam putih yang menekankan penceritaan berkaitan jenayah, gangsterisme, detektif, misteri dan komedi. Paling unik, filem ini disampaikan dalam bentuk ‘Neo-Noir’ (hitam dan putih) bagi menyesuaikan kronologi penceritaan filem ini yang berlatarkan tahun 1950-an. Ia sengaja dibuat dalam format warna hitam putih dengan tujuan menghargai para penggiat filem veteran dari zaman Studio Jalan Ampas hingga Studio Merdeka. Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-21.

Maya Karin

Maya Karin Roelcke (lahir 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia, kelahiran Jerman. Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas daripada kritis dan umum untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu. Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A, beliau banyak bertumpu kepada filem dan jarang muncul dalam drama televisyen.Dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (11) dan beliau adalah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Maya juga merupakan satu daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Tercalon dalam kategori pelakon terbaik dan anugerah hiburan popular hampir setiap tahun, Maya meraih pelbagai anugerah dan pencalonan di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Anugerah Lawak Warna, Festival Filem Asia Pasifik, Estepona Fantasy & Terror Film Festival, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah pertama yang dimenangi Maya ialah trofi Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH 2001) yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya beliau memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2005, 2008 dan 2011. Beliau diberi jolokan sebagai "Ratu Filem Seram" kerana banyak membintangi filem seram. Bagi kerjayanya sebagai penyanyi, Maya telah menerbitkan sebanyak tiga album studio, album pertamanya, Erti Cinta telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Nasha Aziz

Noraishah "Nasha" Abdul Aziz (lahir 14 Mei 1971) ialah seorang peragawati dan pelakon Malaysia. Pernah mendapat jolokan "Supermodel Malaysia", Nasha juga mempunyai pencapaian membanggakan dalam bidang lakonan termasuk memenangi anugerah nasional iaitu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia.

Noorkhiriah

Noorkhiriah binti Ahmad Shapie (lahir 18 April 1979) atau lebih dikenali sebagai Noorkhiriah (Jawi : نورخيريه) ialah seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia. Beliau banyak membintangi drama TV sejak tahun 1999. Beliau merupakan pemenang 3 kali berturut-turut Artis Komedi Wanita Popular di penganugerahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Normah Damanhuri

Normah Damanhuri (lahir 1 Januari 1952) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Rosyam Nor

Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor (lahir 1 Mac 1967) merupakan seorang pelakon, pengacara, penerbit dan model lelaki Malaysia. Anugerah dan penghargaan beliau termasuk empat Anugerah Skrin dan lima Festival Filem Malaysia. Rosyam memulakan kerjaya lakonannya pada 1986 selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi watak Remy dalam filem Gila-Gila Remaja arahan bapa saudaranya, Allahyarham Hussein Abu Hassan, kemudian diikuti oleh Kanta Serigala pada 1991. Beliau kemudiannya muncul dalam dua filem arahan Aziz Sattar – Perawan Malam (1988) dan Tak Kisahlah Beb (1989) – dan dalam beberapa filem arahan Yusof Haslam termasuk Maria Mariana II (1998) dan Gerak Khas The Movie (2001).Sebagai pengacara TV, Rosyam telah mengacarakan beberapa rancangan TV termasuk Modal Insan, Pilih Kasih dan Dai: Pendakwah Milenia dan juga menjadi model dan jurucakap bagi beberapa produk seperti Julie's dan Nona Roguy. Rosyam terkenal dengan peranannya di televisyen termasuk Kiranya Ku Tahu, Rindu Semakin Jauh, Masih Ada Cinta dan Sesuci Cinta Soffiya. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Runika Mohd Yusof dan dikurniakan lima orang anak perempuan.Rosyam merupakan penerbit dan Pengarah Urusan syarikat Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. yang bergiat aktif menerbitkan beberapa rancangan televisyen. Melangkaui kerjaya lakonannya, beliau juga bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Rozita Che Wan

Rozita Abu Bakar (atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan dan Che Ta; lahir 9 Mac 1973) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari. Biarpun terkenal dengan watak-watak komedi hingga beberapa kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, beliau pernah dicalonkan untuk gelaran Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 dan Pelakon Pembantu TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 untuk lakonan serius dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum, terutama mengenai perhubungan dan perkahwinannya dengan pelakon komedi yang popular dengan sitkom "Oh My English!", Zain Saidin.

Wan Sharmila

Wan Sharmila binti Wan Muhamed (Jawi: وان شرميل; lahir 12 Oktober 1981) ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2005 dan telah berlakon dalam beberapa drama, telefilem dan filem.Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Emil Emilda (2007), Kisah Kaisara (2008-09), Tari Tirana (2009), Debunga Lalang (2013) dan Kusinero Cinta (2014). Selain itu, Sharmila juga terkenal dengan peranan lakonan filem termasuk Raya Tak Jadi! (2011) dan Bisikan Syaitan (2013). Beliau juga pernah memenangi "Anugerah Shine Pantene" pada Anugerah Skrin 2008.

Zaefrul Nordin

Zaefrul Nadzarine bin Nordin atau lebih dikenali sebagai Zaefrul Nordin adalah seorang pelakon Malaysia.

Zamarul Hisham

Zamarul Hisham bin Mohamed (lahir 9 Mac 1971) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik di layar kaca TV dan layar perak.

Ziela Jalil

Puan Sri Dato' Norzilah "Ziela" Abdul Jalil (lahir 14 November 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A R Badul melalui filem humor, Mr Os. Selepas itu beliau turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang dan Driving School), Zek Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa), Nasir Jani (Rozana Cinta 87), dan dan Raja Ahmad Alauddin (Kayangan).

Puan Sri Dato' Ziela turut berlakon dalam filem-filem Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.

Selepas berlakon dalam filem Harry Boy, Ziela telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd dan kemudiannya Pena Creative Pictures Sdn Bhd untuk menerbitkan drama drama TV.

1990-an
2000-an
2010-an

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.