Anugerah Skrin

Anugerah Skrin (ASK) ialah satu acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada rancangan-rancangan televisyen dan filem-filem buatan Malaysia, serta para pelakon dan personaliti televisyen yang terbaik. Anugerah Skrin dianjurkan oleh TV3 sejak tahun 1995. Mula-mulanya, Anugerah Skrin hanya membuka pencalonan bagi kategori-kategori yang melibatkan terbitan televisyen kepada rancangan-rancangan yang disiarkan di TV3, tetapi sejak tahun 2006, pihak penganjur memutuskan untuk membuka peluang kepada bahan-bahan siaran RTM dan Astro di samping keempat-empat stesen televisyen naungan Media Prima (TV3, ntv7, 8TV, TV9).

Senarai Penganjuran

Tahun Tarikh Tempat Pengacara Penerbit Eksekutif / Penerbit Penaja Utama Tema
1994
1995
1996 24 Ogos 1997 Auditorium Majlis Perbandaran, Shah Alam Fauziah Ahmad Daud Zainuddin Ayip (BH)
Bukhari Che Muda (TV3)
Malaysian Borneo Finance (MBF) Era Kegemilangan Filem Melayu Klasik
1997/98 15 November 1998 Auditorium Sri Panggung, Kota Francais, Shah Alam Fadzil Abdullah (BH)
Nik Ramzi Nik Hassan (TV3)
Michael Christian Simon (TV3)
Recording Industry of Malaysia (RIM)
Vistacomm
1999 5 September 1999 Sri Pentas 2, Kota Francais, Shah Alam, Selangor
2001
2003 24 Ogos 2003 Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Ellie Suriati
Aznil Nawawi
2005 26 Ogos 2005 Azwan Ali Kain Songket
2006 22 Disember 2006 Nazrudin Habibur Rahman
Nur Fazura Sharifuddin
Pantene Glamor dan Elegan
2007 14 Disember 2007 Aidil Abdul Ghaffar
Raja Azura
Hollywood Glamour
2008 7 November 2008 Adlin Aman Ramlie
Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain
Berlian
2009 4 Disember 2009 Fara Fauzana
Afdlin Shauki
Hikayat 1001 Malam (Arabian Night)
2010 24 Disember 2010 Vanida Imran
Awal Ashaari
Glam and Classy
2011 4 November 2011 Ally Iskandar
Rozita Che Wan
Golden Glamour
2012 9 November 2012 Awal Ashaari
Neelofa
Selami Dunia Fantasi Kami (Fairy Tale)
2013 29 November 2013 Stadium Melawati, Shah Alam Awal Ashaari
Nad Zainal
Faizal Ismail
Kaca
2014 7 November 2014 Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Fahrin Ahmad
Zul Ariffin
Nabila Huda
Shukri Yahaya
Tasha Shilla
Fiza Sabjahan
Fara Fauzana
Amyra Rosli
Khalijah Mohamed
Azman Abdul Ghaffar
Prestij dan Anggun
Elegan dan Klasik
2015 8 November 2015 Awie
Fara Fauzana
Muhamad Sufian Che Isa
Khalijah Mohamed
Roslina Abd Rahman
Babies Blink Gold
Huawei
Raikan Bintang
Hitam Emas
2016 18 November 2016 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya Alif Satar
Ammar
Mira Filzah
Issey
Ajak Shiro
Haiza
Sarimah Ibrahim
Azrel Ismail
Puteri Aishah
Muhamad Sufian Che Isa
Khalijah Mohamed
Sharizan Razalli
Nescafe
Domino's Pizza
CJ Wow Shop
Menggapai Impian
2017 3 November 2017 Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Fahrin Ahmad
Jihan Muse
Shuk
Tengku Sahilawati Tengku Johari
Hamsiah Biri
Olay
Oppo
McCafé
Mencipta Fenomena
2018 2 November 2018 Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Tiada pengacara khas

Kategori yang dipertandingkan

Kategori Drama

Kategori Penyiaran (Rancangan)

  • Rancangan Majalah Terbaik
  • Rancangan Bual Bicara Terbaik
  • Rancangan Hiburan Terbaik
  • Rancangan Anugerah Terbaik
  • Rancangan Realiti Terbaik
  • Laporan Khas Berita Terbaik

Kategori Penyiaran (Teknikal)

  • Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung
  • Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung
  • Rekabentuk Set Terbaik
  • Videografi Terbaik
  • Montaj Terbaik
  • Suntingan Terbaik

Kategori Filem

  • Filem Terbaik
  • Pengarah Terbaik Filem
  • Lakon Layar Terbaik Filem
  • Pelakon Lelaki Terbaik Filem
  • Pelakon Wanita Terbaik Filem
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Anugerah Popular

  • Drama Rantaian Popular Media Sosial
  • Anugerah Bintang Olay

Pautan luar

Anugerah Skrin 1994

Majlis penganugerahan seni audiovisual Malaysia, Anugerah Skrin anjuran TV3, julung kalinya diadakan pada tahun 1994. Ketika itu, anugerah hanya dikurniakan kepada karya telefilem dan barisan pelakon dan kakitangan yang terlibat dalam penghasilan telefilem. Karya-karya yang dihasilkan pada tahun 1993–1994 layak untuk dicalonkan.

Anugerah Skrin 1995

Majlis kedua penganugerahan seni audiovisual Malaysia, Anugerah Skrin anjuran TV3, diadakan pada tahun 1995. Ketika itu, anugerah hanya dikurniakan kepada karya telefilem dan penerbitan dalaman televisyen, serta barisan pelakon dan kakitangan yang terlibat dalam penghasilan telefilem. Karya-karya yang dihasilkan pada tahun 1994–1995 layak untuk dicalonkan.

Anugerah Skrin 1996

Majlis ketiga penganugerahan seni audiovisual Malaysia, Anugerah Skrin anjuran TV3, diadakan pada tahun 1996. Kali ini, diperkenalkan pula kategori anugerah-anugerah untuk filem pawagam, pelakon dan kakitangan filem, di samping anugerah-anugerah TV yang sedia ada. Karya-karya yang dihasilkan pada tahun 1995–1996 layak untuk dicalonkan.

Anugerah Skrin 1999

Majlis keenam penganugerahan seni audiovisual Malaysia, Anugerah Skrin anjuran TV3, diadakan pada tahun 1999. Untuk sekali sahaja dalam sejarah, diperkenalkan kategori khusus untuk drama tempatan berbahasa Cina, iaitu "Silk Theatre". Karya-karya yang dihasilkan pada tahun 1998–1999 layak untuk dicalonkan.

Anugerah Skrin 2001

Edisi ketujuh Anugerah Skrin TV3 diadakan pada tahun 2001, dua tahun selepas majlis sebelumnya.

Anugerah Skrin 2003

Edisi kelapan Anugerah Skrin telah berlangsung pada 24 Ogos 2003 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra dan dihadiri oleh penggiat seni lakon dan perfileman Malaysia. Acara gilang-gemilang itu memberi pengiktirafan kepada pencapaian pelakon dan penggiat drama/filem tempatan sejajar dengan objektif TV3 memberikan program terbaik. Anugerah kali ini meliputi 10 telefilem terbaik yang disiarkan melalui slot Cerekarama ini stesen televisyen itu dan filem terbitan tempatan yang ditayangkan di pawagam antara Januari hingga Disember 2002.

Majlis yang diacarakan oleh Ellie Suriaty Omar dan Aznil Nawawi itu dihiburkan dengan persembahan artis seperti Yusri Abdul Halim, gandingan suara Tan Sri S M Salim dan M. Nasir serta penyanyi terkenal Indonesia, Ruth Sahanaya serta sketsa oleh barisan pelawak terkenal seperti Senario, Zul Yahya, Yusni Jaafar serta Khatijah Tan. Antara tetamu khas yang hadir, Pengerusi TV3, Datuk Seri Syed Anuar Jamalullai dan Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Farid Redzuan. Penyampaian anugerah itu disiarkan secara langsung selama hampir dua jam setengah di TV3 mulai jam 3 petang.

Anugerah Skrin 2007

Edisi kesembilan Anugerah Skrin tahunan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada malam 14 Disember 2007 dan disiarkan secara langsung oleh TV3, mengiktiraf yang terbaik di kalangan drama, filem dan juga program televisyen buatan Malaysia yang disiarkan sepanjang 1 Julai 2006 – 30 Jun 2007. Pemilihan drama yang layak bertanding adalah berdasarkan kajian yang dilaksanakan AC Nielsen.

TV3 juga telah menjemput terbitan-terbitan untuk stesen televisyen lain iaitu ntv7, 8TV, TV9, RTM dan juga ASTRO untuk sama-sama menghantar pencalonan bagi merebut anugerah di dalam Anugerah Skrin 2007.

Anugerah Skrin 2008

Edisi kesepuluh Anugerah Skrin diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada malam 7 November 2008, dan disiarkan secara langsung di TV3, mengiktiraf hasil karya filem dan televisyen terbaik sepanjang tempoh 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008. Sejumlah 22 anugerah dikurniakan kepada karya-karya dan tenaga kerja filem wayang gambar, telefilem, drama bersiri dan komedi buatan Malaysia yang diiktiraf, termasuk dua anugerah khas. Malam upacara yang menampilkan tema serba "permata dan berlian" diacarakan oleh gandingan Nurul Syuhada Nurul Ain dan Adlin Aman Ramli, dengan bantuan Faizal Ismail sebagai suara latar pengumuman. Siaran Anugerah Skrin dibantu oleh penajaan Procter & Gamble melalui jenama syampu Pantene.

Di samping rancangan-rancangan yang disiarkan oleh TV3, Anugerah Skrin turut menerima pencalonan dari hasil kerja TV yang disiarkan oleh stesen-stesen TV Media Prima yang lain (ntv7, 8TV, TV9), Radio Televisyen Malaysia (RTM1 dan RTM2), dan Astro (Ria, Prima, Awani, Oasis dan Ceria).

Anugerah Skrin 2009

Anugerah Skrin 2009 diadakan pada 4 Disember 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra, mempertandingan 23 anugerah untuk mengiktiraf karya-karya terbaik hasil bidang penerbitan televisyen dan filem Malaysia.

Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.

Anugerah Skrin 2010

Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) berlangsung pada 24 Disember 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, mempertandingan 23 anugerah untuk mengiktiraf karya-karya terbaik hasil bidang penerbitan televisyen dan filem Malaysia, di samping satu Anugerah Khas Juri (Anugerah Yasmin Ahmad).

Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.

Pemenang terbesar ASK 2010 ialah telefilem Antara Garisan yang merangkul empat anugerah dalam kategori Drama, termasuklah gelaran terulung Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, dan Lakon TV Terbaik.

Anugerah Skrin 2011

Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia, Anugerah Skrin yang dianjurkan buat kali ke-15. Ia berlangsung pada 4 November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.ASK2011 mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Anugerah Skrin 2012

Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia, Anugerah Skrin yang dianjurkan buat kali ke-16. Ia berlangsung pada 9 November 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Dengan tema 'Selami Dunia Fantasi Kami' yang bercirikan cerita dongeng, ASK2012 mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Anugerah Skrin 2013

Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia yang dianjurkan buat kali ke-17. Majlis bertemakan kaca yang diacarakan oleh Awal Ashaari, Nad Zainal dan Faizal Ismail ini berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Anugerah Skrin 2014

Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia yang dianjurkan buat kali ke-18. Majlis bertemakan "Prestij dan Anggun" yang diacarakan oleh Fahrin Ahmad dengan bantuan Hani Hatim dan Aidid Marcello di Karpet Merah berlangsung pada 7 November 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Anugerah Skrin 2015

Anugerah Skrin 2015 (ASK2015) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia yang dianjurkan buat kali ke-19. Majlis bertemakan emas yang diacarakan oleh Awie dan Fara Fauzana ini berlangsung pada 8 November 2015 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran TV3. Penaja utama tahun ini ialah produk kecantikan Babies Blink Gold dan pengeluar telefon pintar Huawei. Media cetak rasmi Harian Metro dan aplikasi tajaan ZIP (Zon Interaktif Persona).

Anugerah Skrin 2018

Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia yang dianjurkan buat kali ke-22. ASK2018 kali ini tidak menampilkan hos utama bagi mengendalikan malam anugerah tetapi akan dikendalikan oleh 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Alhadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Nazrudin Habibur Rahman dan Shuk Sahar. Majlis ini berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan Youtube.Sebanyak 24 kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2018 manakala pemenang enam lagi kategori iaitu Kategori Bukan Drama akan diraikan di satu slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018 pada 28 Oktober (Ahad) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

30 kategori ini dipecahkan kepada 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal.

Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1996

Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1996 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali kesepuluh anjuran Berita Harian (kini dikenali sebagai Anugerah Bintang Popular).

Majlis kali ini memperkenalkan dua kategori anugerah untuk hasil karya, pelakon dan kakitangan penerbitan filem dan televisyen yang dinilai paling bermutu oleh panel juri. Bagi anugerah-anugerah popular, diperkenalkan kategori penghibur TV Popular dan Artis Remaja Popular, di samping menyaksikan , Siti Nurhaliza, meraih anugerah ABP sulungnya termasuk Artis Paling Popular.

Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1997/98

Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1997/98 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali kesebelas anjuran Berita Harian. Majlis ini menetapkan Kategori Juri untuk filem dan drama dipertandingkan buat kali terakhir, di samping anugerah Artis Baru Popular menggantikan Artis Remaja Popular.

Erma Fatima

Erma Fatima (dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad; 14 Mac 1968) merupakan seorang pelakon, pengarah filem, penerbit, dan penulis skrip Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Hati Bukan Kristal (Festival Filem Malaysia ke-9) dan Femina (Festival Filem Malaysia ke-11).

Anugerah Skrin
1990-an
2000-an
2010-an

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.