Anugerah Shout! 2012

Anugerah Shout! 2012 ialah kali ketiga penganjuran Anugerah Shout! oleh 8TV, setelah tidak dianjurkan pada tahun 2011. Edisi kali ini mempertandingkan 18 anugerah termasuk kategori baru "Media Sosial" yang terdiri daripada Wired Celebrity (untuk seniman yang paling rapat dengan pengguna media sosial) dan Shout! Aloud (selebriti Internet selain seniman muzik, TV, filem dan radio yang paling popular).

Pemenang-pemenang anugerah dipilih oleh pengundi menerusi Internet atau SMS mulai 22 Oktober hingga 22 November, sebelum diumumkan di majlis yang diadakan di Sunway Lagoon pada 23 November 2012.

Persembahan

  • Diandra Arjunadi
  • Goldfish & Blink
  • Ze!
  • Kyoto Protocol
  • Go Gerila!
  • The Impatient Sisters
  • Darren Ashley
  • Altimet
  • Run This
  • Liyana Fizi
  • Vixx (Korea Selatan)
  • Nu'est (Korea Selatan)

Calon dan pemenang

Perhatian: Nama pemenang ditebalkan.

Muzik

Rock Pop Vokal Flava Baru Video Award

TV & Filem

On-Screen Chemistry Fresh TV Series Breakthrough Local Feature Rancangan TV Kegemaran Personaliti TV Kegemaran !

Radio

Personaliti Radio Rancangan Radio !
  • "Top 5 Panggilan Hangit" (Hot FM)
    • "33rpm" (BFM)
    • "Dansa Era" (Era)
    • "Fly FM Stripped" (Fly FM)
    • "Fly FM Pagi Rock Crew" (Fly FM)
    • "Fly FM The Phat Fabes and Ben Show" (Fly FM)

Works

Hot Chick Hot Guy !

Media Sosial

Wired! Celebrity Shout! Aloud !
  • Matluthfi90
    • Faradyable
    • IniAnwarHadi
    • JinnyBoyTV
    • Popteevee
    • The WKND

The Ultimate Shout! Award

Pautan luar

Johan Raja Lawak

Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz (lebih dikenali sebagai Johan; lahir 13 Jun 1984) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Bakatnya diwarisi daripada bapa saudaranya, pelawak lagenda Salih Yaacob. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan bersama Zizan yang membentuk gandingan Jozan dan dinobatkan sebagai naib juara.

Disamping itu, beliau juga adalah seorang penyampai radio Era dan mengendalikan segmen pagi bersama Ray dan Hanif. Mereka bertiga dikenali sebagai JoHaRa pagi Era pada setiap isnin hingga jumaat (6-10 pagi). Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011) yang telah berlangsung pada April 2012.

Johan ialah anak saudara kepada pelawak veteran, Salih Yaacob dan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn Waty (Rozlinawaty Ismail) sebelum bergelar selebriti lagi.Johan juga merupakan seorang peminat tegar Arsenal. Beliau kerap kali dilihat memakai jersi Arsenal dan meminati pasukan tersebut sejak dari kecil lagi.

KRU

KRU (bukan singkatan; tiada makna khusus bagi huruf-huruf K,R, dan U. Ianya secara sebutan menterjemah perkataan Inggeris crew) merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang ditubuhkan pada 1992. Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat rakaman mereka yang dikenali sebagai KRU Records. Selain merevolusikan industri muzik Malaysia, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri, KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia.

Pada 18 April 2018, kumpulan ini mengumumkan pembubaran mereka selepas 25 tahun bersama selepas konsert terakhir mereka yang dijadual akan diadakan pada 6 Mei.

Maya Karin

Maya Karin Roelcke (lahir 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia, kelahiran Jerman. Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas daripada kritis dan umum untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu. Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A, beliau banyak bertumpu kepada filem dan jarang muncul dalam drama televisyen.Dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (11) dan beliau adalah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Maya juga merupakan satu daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Tercalon dalam kategori pelakon terbaik dan anugerah hiburan popular hampir setiap tahun, Maya meraih pelbagai anugerah dan pencalonan di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Anugerah Lawak Warna, Festival Filem Asia Pasifik, Estepona Fantasy & Terror Film Festival, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah pertama yang dimenangi Maya ialah trofi Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH 2001) yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya beliau memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2005, 2008 dan 2011. Beliau diberi jolokan sebagai "Ratu Filem Seram" kerana banyak membintangi filem seram. Bagi kerjayanya sebagai penyanyi, Maya telah menerbitkan sebanyak tiga album studio, album pertamanya, Erti Cinta telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Nora Danish

Nora binti Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri. Beliau juga terkenal dengan peranan televisyen seperti Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Ana lu'lu, Tentang Dhia dan Ariana Mikhail.

Nora mempunyai beberapa peranan filem terkenal seperti Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006), Cuti-Cuti Cinta (2010), Seru (2011), Aku Terima Nikahnya (2012), Lagenda Budak Hostel (2013) dan Surga yang Tak Dirindukan 2 (2017).

Shaheizy Sam

Shaheizy Sam bin Abdul Samad (lahir 4 September 1982) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang menempa nama sebagai pelakon remaja pada era 1990-an. Beliau membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan pada 1995 menerusi filem Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi sebelum melonjak naik dalam bidang perfileman melalui filem kontroversi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan filem aksi komedi Adnan Sempit (2010-14). Sam telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk Jangan Pandang Belakang Congkak (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Sekali Lagi (2011), Bini-Biniku Gangster (2011), SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), Mamak Cupcake (2014), dan Polis EVO (2015-18). Selain berlakon filem, Sam telah muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Kasanova XXL (2009), Impak Maksima the Series (2009), Adnan Sempit the Series (2010-11), Kisah Cinta (2013), Aku Bukan Bimbo (2016) dan lain-lain lagi. Beliau memulakan kerjaya muziknya pada 1998 dengan menganggotai kumpulan M.O.B sehingga pembubaran mereka.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang lakonan, Sam telah bekerjasama dengan ramai rakan seangkatannya, termasuk Syamsul Yusof, Farid Kamil, Lisa Surihani, Yana Samsudin dan Intan Ladyana. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam televisyen, filem dan platform lain, termasuk dua pencalonan bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 (menerusi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan ke-23 (menerusi Evolusi KL Drift 2), serta memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24, beliau turut memenangi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Anugerah lain yang diraih oleh beliau termasuk Anugerah Shout!, Anugerah Skrin, Anugerah Blokbuster, Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan dan Anugerah Lawak Warna. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Zizan Razak

Mohd Razizan Abdul Razak (Jawi: محمد رازيزن عبدالرازق lahir 15 April 1984) ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk kumpulan Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian.

Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy (2010), aksi jenayah KL Gangster (2011–13), komedi seram Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), komedi pasca-apokaliptik KL Zombi (2013), Abang Long Fadil (2014–17) dan Polis EVO (2015–18). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013.

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.