Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna adalah majlis penganugerahan tahunan yang dikhaskan untuk mengiktiraf bakat pelawak atau pelakon komedi yang bergiat aktif dalam industri hiburan Malaysia. Ia dianjurkan oleh Astro melalui saluran Astro Warna. Ia mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak. Anugerah ini menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala empat kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Anugerah Lawak Warna
Anugerah Lawak Warna
PenghargaanMajlis penghargaan dan pengiktirafan tahunan hiburan lawak jenaka dan komedi Malaysia
NegaraMalaysia
Disampaikan olehAstro
Anugerah pertama2013
Laman web rasmihttp://www.astrogempak.com.my/anugerahlawakwarna

Senarai Penganjuran

Tahun Tarikh Tempat Siaran Pengacara Tema
ALW 2013 16 Ogos 2013 Istana Budaya, Kuala Lumpur
9.00 Malam
Astro Warna AC Mizal
Neelofa
-
ALW 2014 19 September 2014 Auditorium MBSA, Shah Alam
9.00 Malam
AC Mizal
Nabila Huda
-
ALW 2015 21 Ogos 2015 Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang
9.00 Malam
AC Mizal
Sherry Alhadad
Zulin Aziz
Celebration
Anugerah Lawak Warna 2013

Anugerah Lawak Warna 2013 merupakan majlis penganugerahan tahunan kepada penggiat seni seperti pelawak, penulis skrip, pengarah dan penerbit drama TV dan filem yang aktif sepanjang tahun 2013 di dalam bidang komedi atau lawak di Malaysia. Ia kali pertama dianjurkan oleh Astro dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna pada 19 September 2014, jam 9 malam dan diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam. Ia dihoskan oleh artis serba boleh AC Mizal dan pengacara sensasi Neelofa.

Anugerah Lawak Warna 2014

Anugerah Lawak Warna 2014 merupakan majlis penganugerahan tahunan kepada penggiat seni seperti pelawak, penulis skrip, pengarah dan penerbit drama TV dan filem yang aktif sepanjang tahun 2014 di dalam bidang komedi atau lawak di Malaysia. Ia kali kedua dianjurkan oleh Astro dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna pada 19 September 2014, jam 9 malam dan diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam. Ia dihoskan oleh artis serba boleh AC Mizal dan dramatis Nabila Huda.

ALW2014 mempertandingkan 15 kategori merit dan 3 kategori popular berasaskan undian SMS.

Anugerah Lawak Warna 2015

Kategori Terbaik

Filem Komedi Terbaik

1. Cicakman 3 - KRU Studios

2. Manisnya Cinta di Cappadocia - Astro Shaw/Global Station/Red Communication

3. Amir & Loqman Pergi Ke Laut - Astro Shaw

4. Gila Baby - Grand Brilliance (PEMENANG)

5. Adnan Sempit Sawadikap - MIG Pictures

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)

1. Shaheizy Sam - Kaki Kitai

2. Beto Kusyairy - Gila Baby (PEMENANG)

3. Shaheizy Sam - Adnan Sempit Sawadikap

4. Fizz Fairuz - Mat Tudung

5. Sharnaaz Ahmad - Gila Baby

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)

1. Nadiya Nisaa - Gila Baby (PEMENANG)

2. Yana Samsudin - Adnan Sempit Sawadikap

3. Nur Fazura - Manisnya Cinta di Cappadocia

4. Azizah Mahzan - Cicakman 3

5. Nelydia Senrose - Mat Tudung

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)

1. Syafiq Kyle - Gangster Melor

2. Sharnaaz Ahmad - Suamiku Encik Sotong (PEMENANG)

3. Adlin Aman Ramlie - Cinta Kedua

4. Remy Ishak - Atie Setan

5. Arja Lee - Apabila Kau Tersenyum

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)

1. Azizah Mahzan - Cinta Kedua

2. Liza Abdullah - Menantu Encik Ikan Masin

3. Didie Alias - Nak Kahwin Lagi

4. Amyza Aznan - Nak Kahwin Lagi

5. Jihan Muse - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka (PEMENANG)

Rancangan Komedi Terbaik Bersiri

1. Karoot Komedia X S3 - Lydia Emalia Ishak (APSB) (PEMENANG)

2. Sembang Teh Tarik S2 - Abid Hussain (Creative Stew)

3. Diva (Eps 2) - Kamarul Zariman Abd Rahman (Primeworks Studios)

4. Ceria Popstar S2 - Nurul A'in Mohd Noor (APSB)

5. Karok La Kau - Lydia Emalia Ishak (APSB)

Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri

1. Raya Ke Dik?! - Nor Kuzaimah Abd Aziz (RTM)

2. Redah Kasi Pecah Extravaganza S2 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works)

3. Super Spontan 2014 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works) (PEMENANG)

4. Maharaja Lawak Mega 2014 (Akhir) - Khairul Nizam Jamaludin (APSB)

5. Maharaja Lawak Mega: Haji Pilus Tak Nak Raya - Shahhril Hadziman Abu Talib (APSB)

Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri)

1. Suamiku Encik Sotong - Global Station

2. Oh My English S3 - Astro Tutor TV/Red Communication

3. Manis - KL Motion Pictures

4. Bedah vs Joyah - Zeel Production & ZK Kreatif Production

5. Keluarga Iskandar 2 - KL Motion Pictures (PEMENANG)

Telemovie Komedi Terbaik

1. Gangster Melor - Quiara One Production

2. Cinta Kedua - Suhan Movies

3. Jihan Nak Buat Rumah Terbuka - KL Motion Pictures (PEMENANG)

4. Nak Kahwin Lagi - Suhan Movies

5. Oh My English Villa Isabella - Astro Tutor TV/Red Communication

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem)

1. Waan Hafiz - Mat Tudung

2. Rafidah Abdullah - Manisnya Cinta di Cappadocia

3. Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

4. Alfie Palermo & Khabir Bhatia - Gila Baby (PEMENANG)

5. Epy Kodiang & Panel MIG - Kaki Kitai

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (TV)

1. Mohd Fadzzil Mazlan - Gangster Melor

2. Mazlan Manan - Nak Kahwin Lagi

3. Mazlan Manan - Cinta Kedua (PEMENANG)

4. Shuhadatulain Zakaria - Suamiku Encik Sotong

5. Wan Hasliza Wan Zainudin - Keluarga Iskandar 2

Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

1. Khabir Bhatia - Gila Baby (PEMENANG)

2. Bernard Chauly - Manisnya Cinta di Cappadocia

3. Waan Hafiz - Mat Tudung

4. Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

5. Ismail Bob Hasim - Adnan Sempit Sawadikap

Pengarah Komedi Terbaik (TV)

1. Heykal Hanafiah - Gangster Melor

2. Nizam Zakaria - Nak Kahwin Lagi

3. Jamal Khan - Cinta Kedua

4. MP Roslin - Suamiku Encik Sotong

5. Syed Khairul Farez - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka (PEMENANG)

Kategori Popular

Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular

1. Zero

2. Sepahtu (PEMENANG)

3. Bocey

4. Shiro

5. Zulin Aziz & Sherry Alhadad

6. SYJ

Pengacara Lawak TV Paling Popular

1. Dato' AC Mizal (PEMENANG)

2. Nabil Ahmad

3. Zizan Razak

4. Jihan Muse

5. Afdlin Shauki

6. Faizal Ismail

Artis Lawak Wanita Paling Popular

1. Jihan Muse

2. Jasmin Hamid

3. Didie Alias

4. Amyra Rosli

5. Zulin Aziz

6. Sharifah Sakinah (PEMENANG)

Artis Lawak Lelaki Paling Popular

1. Shaheizy Sam

2. Jep Sepahtu (PEMENANG)

3. Johan

4. Shahrol Shiro

5. Abam Bocey

6. Ebby Yus

Anugerah Khas Juri: AR Badul

Astro Warna

Astro Warna merupakan saluran komedi pertama di Malaysia yang bermula pada 1 Jun 2009 dalam pakej Mustika. Saluran bebas tekanan 24 jam ini menggabungkan komedi, sitkom, drama-drama ringan, hiburan/rancangan variasi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Ia boleh didapati di Astro saluran 132 (SD) dan saluran 124 (HD). Di Singapura melalui StarHub TV Saluran 118.

Bernard Chauly

Bernard Chauly (lahir 1973) merupakan seorang pengarah, penerbit filem dan penulis skrip Malaysia, berasal dari Taiping, Perak dan merupakan adik kepada Bernice Chauly, penulis dan pendidik terkenal. Memulakan kerjaya sinematografi pada 1997, beliau terkenal dengan hasil kerjanya yang mendapat sambutan seperti Gol & Gincu (2005), Goodbye Boys (2006), Pisau Cukur (2009) dan Manisnya Cinta di Cappadoccia (2014). Nur Fazura, Lisa Surihani, Nas-T, Maya Karin, Ashraf Sinclair, Razif Hashim, Sazzy Falak dan Beto Kusyairy antara pelakon-pelakon yang pernah bekerja di bawah arahan beliau.

Beto Kusyairy

Beto Kusyairy (lahir Nurkusyairy Zakuan bin Osman; 19 Februari 1980) ialah pelakon lelaki Malaysia. Beto memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along sebelum membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan pada 2007.

Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal termasuk KAMI The Movie (2008), Nur Kasih The Movie (2011), Istanbul Aku Datang! (2012), dan Gila Baby (2014). Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Kekasihku Seru (2008), Juvana (2011), Jangan Ambil Padang Kami (2012), dan Hanya Padamu (2013).Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.

Gila Baby (filem)

Gila Baby merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2014 arahan Kabir Bhatia dan dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Fimie Don, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid dan Lan Pet Pet. Filem ini mengisahkan Bob (Beto Kusyairy) yang memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Terpaksa mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz Ahmad) mencuri kereta dan akhirnya telah menemui seorang bayi di tempat duduk belakang kereta tersebut. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 4 Disember 2014.

Istanbul Aku Datang!

Istanbul Aku Datang! merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 diarahkan oleh Bernard Chauly dan ditulis oleh Rafidah Abdullah. Ia dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy. Ia berkisarkan tentang Dian yang sanggup terbang ke Istanbul, Turki untuk berada dekat kepada kekasih hatinya. Filem ini ditayangkan pada 8 November 2012.

Jep Sepahtu

Mohd Nadzri bin Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu (lahir 9 April 1985) merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio tersohor di Malaysia. Beliau seorang pelawak yang aktif dalam bidang seni bersama Shuib bergabung di bawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu.

Jihan Muse

Nuur Jihan binti Musa (lahir 29 Ogos 1983) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia dan merupakan bekas peserta Raja Lawak Astro musim ketiga yang mana beliau merupakan naib juaranya.

Johan Raja Lawak

Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz (lebih dikenali sebagai Johan; lahir 13 Jun 1984) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Bakatnya diwarisi daripada bapa saudaranya, pelawak lagenda Salih Yaacob. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak bergandingan bersama Zizan yang membentuk gandingan Jozan dan dinobatkan sebagai naib juara.

Disamping itu, beliau juga adalah seorang penyampai radio Era dan mengendalikan segmen pagi bersama Ray dan Hanif. Mereka bertiga dikenali sebagai JoHaRa pagi Era pada setiap isnin hingga jumaat (6-10 pagi). Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011) yang telah berlangsung pada April 2012.

Johan ialah anak saudara kepada pelawak veteran, Salih Yaacob dan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn Waty (Rozlinawaty Ismail) sebelum bergelar selebriti lagi.Johan juga merupakan seorang peminat tegar Arsenal. Beliau kerap kali dilihat memakai jersi Arsenal dan meminati pasukan tersebut sejak dari kecil lagi.

Nadiya Nisaa

Nadiyatul Nisaa binti Kamaruddin (dilahirkan pada 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.

Noorkhiriah

Noorkhiriah binti Ahmad Shapie (lahir 18 April 1979) atau lebih dikenali sebagai Noorkhiriah (Jawi : نورخيريه) ialah seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia. Beliau banyak membintangi drama TV sejak tahun 1999. Beliau merupakan pemenang 3 kali berturut-turut Artis Komedi Wanita Popular di penganugerahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Oh My English! (siri TV)

Oh My English! ialah sebuah drama bersiri yang bertemakan komedi dan pendidikan di Malaysia yang bersiaran melalui Astro TVIQ & Astro Maya HD.

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Lisa Surihani

Lisa Surihani ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Berikut ialah senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh beliau.

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Nur Fazura

Nur Fazura binti Sharifuddin ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Berikut ialah senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh beliau.

Susan Lankester

Susan Lankester ialah seorang pelakon Malaysia yang mula dikenali menerusi filem tahun 1983 berjudul Mekanik arahan Othman Hafsham di mana menerusi lakonan debutnya itu beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-4. Menerusi filem tersebut Susan cukup dikenali menerusi dialog "Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?" yang menjadi sebahagian daripada dialog filem popular. Beliau sekali lagi dicalonkan dan memenangi anugerah tersebut pada 1994 menerusi lakonan hebatnya sebagai ketua editor majalah wanita dalam filem Femina.

Watak komedinya dalam siri komedi 2+1 bersama Imuda pernah melayakkan beliau bertanding dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1993.. Namun selepas kejayaan sitkom tersebut, Susan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada TV dan filem ekoran sering mendapat watak-watak yang klise. Beliau menumpukan kepada projek-projek teater dan perniagaan sendiri selama lebih 12 tahun. Pada tahun 2010, beliau membuat kemunculan membawakan watak Adeline Hunter Bertorgh dalam pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima. Beliau juga muncul dalam sitkom bertemakan mokumentari berjudul Keluarga Iskandar memegang watak sebagai Kamariah Abdullah di mana beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2013. Disamping itu Susan juga pernah bergelar menyanyi, dan cukup popular menerusi kolaborasinya bersama SM Salim menerusi lagu "Antara Dua Zaman".

Beliau kini masih bergiat aktif dalam bidang seni, khususnya dalam menulis skrip untuk teater dan filem. Di samping itu, beliau juga memiliki perusaan dalam bidang hiasan dalaman dan lanskap. Beliau juga berkebolehan bertutur dalam Bahasa Tamil dan Mandarin.

Zaini Kosnin

Zaini Kosnin merupakan seorang penerbit, pengarah dan penulis skrip di Malaysia.

Zizan Razak

Mohd Razizan Abdul Razak (Jawi: محمد رازيزن عبدالرازق lahir 15 April 1984) ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk kumpulan Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian.

Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy (2010), aksi jenayah KL Gangster (2011–13), komedi seram Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), komedi pasca-apokaliptik KL Zombi (2013), Abang Long Fadil (2014–17) dan Polis EVO (2015–18). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013.

Anugerah Lawak Warna
Edisi

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.