Anugerah Industri Muzik ke-10

Majlis penganugerahan Anugerah Industri Muzik ke-10 diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 26 April 2003, dengan Afdlin Shauki dan Bob Lokman sebagai pengacaranya. Antara perubahan yang disaksikan pada majlis kali ini ialah pemecahan anugerah Album Rock Terbaik kepada dua, iaitu Album Hard Rock Terbaik dan Album Pop Rock Terbaik.Disiarkan secara live menerusi ntv7.

Calon dan pemenang

Artis Baru Terbaik

Artis Harapan

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album

Kulit Album Terbaik

Rakaman Album Terbaik

  • Phat Family - Phat Family (Illegal/Eka Shereen/Tham Wing Kwan/DL Goldfish)
  • Urban Xchange - Urban Xchange (Illegal/Leonard Soosay/Jason Tan/Ned Davis/Chris Wood/Mary Ann Souza/CL Toh & Tern)
  • Mata Satu - Tribe (Jig/Omie/Bong/Dino/Aliff)
  • Berjalan, Melihat dan Mentafsir - NowSeeHeart (Mujahid/Greg Henderson/Nafi/Che' Mat)
  • Under the Influences - Dave Andrew (Sunil Kumar)

Video Muzik Terbaik

Album Pop Etnik Terbaik

Album Nasyid Terbaik

  • Berjalan, Melihat dan MentafsirNowSeeHeart (Mujahid Abdul Wahab)
  • Di Syurga Menanti - Saff-One (S Atan, Ali Yasin, Mujahid Abdul Wahab & Bakar)
  • Jalan BahagiaHijjaz (Munif Ahmad, Kamal Halim, S Atan & Mujahid Abdul Wahab)
  • Qiblat – Rabbani (Amaludin Syukri Nasution, Edry Abdul Halim & Ustaz Sohibul Fadil Sabikin)
  • RahsiaSaujana (Mujahid Abdul Wahab)

Album Pop Rock Terbaik

  • Aladin – Spider (Spider)
  • Asmara Nirmala - Iva Virginia (Boon Tan & Shah (Slam))
  • Flop Poppy - Flop Poppy (Andy)
  • Hari Minggu Yang BingungSunday (Stone & Shah (Slam))
  • Opera Radhi-O FriendlyOAG (Paul Moss & Greg Henderson)

Album Hard Rock Terbaik

  • Hakikat – Amuk (DB Production)
  • Mata Satu – Tribe (Dino J Rasul)
  • Naga KramatKumpulan Wings, Malaysia (Awie/Joe Wings)
  • Silantra... Bermulanya Sebuah EpikMetalasia (King Shah)
  • V6XPDC (Izo XPDC)

Album Pop Terbaik

Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik

Album Inggeris Tempatan Terbaik

  • Aquarius - Amir Yussof (Jamie Wilson, Amir Yussof, Sunil Kumar & Adrian Wade)
  • How's The Level? - Teh Tarik Crew (Teh Tarik Crew)
  • Take It & Shuvit - Pop Shuvit (M Syafiq)
  • Under the Influences - Dave Andrew (Dave Andrew)
  • Urban Xchange - Urban Xchange (Terry Lee, Cat Farish, Zaf, Brian McKnight & Kathy Baylor)

Album Indonesia Terbaik

  • Cinta Rasul Orchestra - Haddad Alwi & Sulis (Dwiki Dharmawan)
  • Kris Dayanti in Concert bersama Orkestra Erwin Gutawa - Kris Dayanti (Erwin Gutawa & Kris Dayanti)
  • Min Plus – BIP (P.T. EMI Indonesia & BIP)
  • Rasa Baru – Cokelat (Jan N Djuhana)
  • 07 Des - Sheila on 7 (Jan N Djuhana)

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu

Lagu Terbaik

Album Terbaik

All Your Love

All Your Love (bahasa Melayu: Segala Cintamu) merupakan album studio ke-15 dan album Inggeris sulung penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan secara digital pada 16 September 2011 dan secara fizikal pada 26 September 2011 dan diterbitkan oleh What’s Up Entertainment, yang dimiliki dan diuruskan oleh anak tirinya, Adib Khalid. Semua lagu-lagu di dalam album ini telah ditulis dan diterbitkan oleh dua komposer Australia, Bryan Bouro dan Christian Alexanda.

Menerusi lagu "Remember You" dan "I’ll Wait Forever", beliau bekerjasama dengan Sean Kingston dan Christian Alexanda. Proses rakaman dan pembikinan album ini dilakukan pada lewat Januari 2011 dengan rakaman suara untuk semua 10 lagu yang mengambil masa dua minggu di Kuala Lumpur, manakala proses adunan dan mastering dijalankan di beberapa studio rakaman di Australia dan Los Angeles, California, Amerika Syarikat.Single pertama album ini, "Falling In Love" telah dilancarkan dan dipromosikan pada 9 Julai 2012, di mana beliau menyanyikan lagu ini untuk salah satu konsert promosinya untuk rangkaian kosmetik dan produk kecantikannya, SimplySiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia juga dipersembahkan secara langsung sekali lagi seminggu kemudian di Anugerah Industri Muzik ke-10. Sehingga Mac 2012, album ini telah terjual sebanyak 70, 000 unit samada dalam bentuk digital dan fizikal.

Aura (album 2002)

Aura merupakan album studio ke-11 penyanyi Noraniza Idris yang diterbitkan pada tahun 29 Julai 2002. Menerusi album ini, Noraniza tidak lagi menggunakan khidmat Pak Ngah sebagai komposer dan penerbit. Kali ini Noraniza mengambil suaminya sendiri selaku penerbit untuk album ini iaitu Fareez Haji Tajudin.

Bunga-Bunga Cinta

"Bunga-bunga Cinta" ialah lagu debut nyanyian penyanyi popular Malaysia, Misha Omar mula diperkenalkan menerusi album kompilasi Pasti Hits Adnan vs Azlan dan kemudiannya dimuatkan dalam album sulung Misha berjudul Misha pada tahun 2002.

Diskografi Misha Omar

Misha Omar merupakan salah seorang penyanyi wanita Malaysia yang paling berpengaruh pada dekat 2000an dengan menghasilkan 3 buah album dan 8 buah lagu single di kedudukan nombor 1. Misha menerbitkan sebuah album kompilasi khas pada tahun 2011 berjudul Dia...Misha sempena sedekad bergelar artis. Lagu-lagunya selain dijual dalam CD/Kaset Fizikal, boleh juga didapati menerusi muaturun digital Malaysia dan Indonesia, dan laman iTunes untuk pasaran antarabangsa. Muzik videonya boleh ditonton di akaun Vevo Youtube. Album studio keempat yang dijangka akan menjengah pasaran pada tahun 2012.

How's The Level?

How's The Level? ialah album studio pertama oleh kumpulan hip hop Malaysia, Teh Tarik Crew, dikeluarkan pada 2002 oleh Teh Tarik Records, Positive Tone dan EMI. Album ini menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-10.

Mas Idayu 1001

Mas Idayu 1001 merupakan album keenam penyanyi dangdut Mas Idayu yang diedarkan pada tahun 2002 oleh Syncrosound Studio. Album ini merupakan album dangdut pertama Mas Idayu yang tidak diterbitkan oleh Ruslan Imam setelah tamat kontrak bersama Warner Music. Album ini tampil dengan hits "Hasrat Perindu", "Habibi Milkuh" dan "Tari Jari Jemari". Ketika ini Ayu beralah dengan permintaan stesen radio yang tidak mahukan genre dangdut asli lalu mengambil inisiatif memasukkan elemen arab dan padang pasir untuk album ini. Hasilnya beberapa lagunya diputarkan oleh stesen radio biarpun kebanyakan lagu-lagu lain yang tidak dijadikan single masih mengekalkan konsep dangdut. Lagu "Hasrat Perindu" ciptaan Adnan Abu Hassan berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-18 dalam kategori Etnik Kreatif. Namun begitu, setelah setahun dipasarkan, jualan album tersebut dilihat tidak begitu memberangsangkan biarpun lagu-lagunya popular di radio. Ayu sempat menyelar syarikat rakaman yang dikatakan tidak membuat promosi secara menyeluruh.

Album ini turut dicalonkan untuk kategori Kulit Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10.

Maya Karin

Maya Karin Roelcke (lahir 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia, kelahiran Jerman. Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas daripada kritis dan umum untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu. Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A, beliau banyak bertumpu kepada filem dan jarang muncul dalam drama televisyen.Dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (11) dan beliau adalah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Maya juga merupakan satu daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Tercalon dalam kategori pelakon terbaik dan anugerah hiburan popular hampir setiap tahun, Maya meraih pelbagai anugerah dan pencalonan di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Anugerah Lawak Warna, Festival Filem Asia Pasifik, Estepona Fantasy & Terror Film Festival, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah pertama yang dimenangi Maya ialah trofi Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH 2001) yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya beliau memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2005, 2008 dan 2011. Beliau diberi jolokan sebagai "Ratu Filem Seram" kerana banyak membintangi filem seram. Bagi kerjayanya sebagai penyanyi, Maya telah menerbitkan sebanyak tiga album studio, album pertamanya, Erti Cinta telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Misha

Misha ialah album studio pertama oleh penyanyi Malaysia Misha Omar yang dirakamkan pada tahun 2002 ketika beliau berusia 20 tahun. Album ini menerima 3 pencalonan di Anugerah Industri Muzik 2002 dan berjaya meletakkan nama Misha sebagai penyanyi paling popular dalam masa yang singkat. Ia berjaya mencecah kedudukan nombor 1 di Carta RIM pada 8 Januari 2004 selepas kejayaan besar Misha dan komposernya Adnan Abu Hassan di Anugerah Juara Lagu ke-18 menerusi lagu hits Bunga-bunga Cinta.

Misha Omar

Samihah @ Aisah binti Omar atau nama komersialnya Misha Omar (dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Kota Bharu, Kelantan) adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 8 piala Anugerah Juara Lagu, 5 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & masing-masing sebuah trofi Festival Filem Malaysia & Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Beliau berasal dari Machang, Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001. Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi-penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ning Baizura dan Jaclyn Victor sekaligus menjadi antara penyanyi wanita paling berpengaruh dan terlaris di era 2000-an.

Beliau juga antara segelintir artis Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat Asia terutama setelah memenangi anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada 2003. Misha telah dicalonkan di MTV Asia Awards sebanyak dua kali serta terpilih untuk membuat persembahan di MTV World Stage pada 2009. Beliau juga adalah antara artis Malaysia pertama yang mempunyai akaun VEVO di laman YouTube serta lagu-lagunya juga antara lagu Malaysia yang terawal terjual di laman iTunes.

Ruffedge

Ruffedge merupakan sebuah kumpulan vokal hip-hop dan R&B soul Malaysia yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Tipah Tertipu dan Da' Bomb. Kumpulan ini terdiri daripada Farish bin Ramli (Cat Farish), Mohd Kamaruzaman Zain bin Abdul Hamid (Zain Hamid), Azan Addin bin Abdul Wahab (Azan Addin), Amer Munawer bin Yusoff (Amer), Syed Hussein bin Syed Mustafa (Sein) dan Syed Mohammad bin Syed Abdullah (Mode).

Sejak penubuhannya, kumpulan ini telah mengeluarkan dua album studio dan dua album kompilasi. Telah mencapai kejayaan menerusi album pertama mereka, Defined pada 2004, yang terjual melebihi 40,000 unit dan menerima anugerah platinum, sekaligus menerima pencalonan bagi kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005. Ruffedge membuat penampilan pertama di industri perfileman tanah air menerusi filem Tipah Tertipu The Movie arahan Ahmad Idham.

Kumpulan ini turut berdepan dengan pertukaran ahli sebanyak beberapa kali dan pada tahun 2008 kesemua ahli kumpulan ini membawa haluan masing-masing bagi menumpukan perhatian kepada komitmen lain seperti keluarga dan kerjaya solo masing-masing. Pada awal tahun 2018, Ruffedge mengumumkan bakal membuat kemunculan semula selepas sekian lama tidak beraksi di pentas.

V.E

V.E atau Versus Of Euphonious merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang pernah aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Yasin Sulaiman

Yasin Sulaiman (lahir 30 Oktober 1975) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang memperjuangkan lagu-lagu berentak "world music" dan meniti populariti tersendiri pada era 2000an. Beliau memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan nasyid Brothers sejak 1995. Lagu solo nyanyiannya yang berjudul Mimpi Laila berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu 2001. Album solo keduanya yang berjudul Salsabila pula memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Kini beliau banyak menumpukan kepada kerjaya sebagai penerbit dan pencipta lagu. Antara lagu popular ciptaannya adalah "Wassini" (Waheeda), "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza), "Ku Temu Cahaya" (Dayang Nurfaizah) dan "Alhamdulillah" (Too Phat).

Kategori Utama
Kategori Artis
Kategori Lagu
Kategori Teknikal
Anugerah Khas
Kategori Yang Dimansuhkan
1990-an
2000-an
2010-an

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.