Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-26 anjuran Berita Harian. Majlis ini diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 April 2013 serta diacarakan oleh Fara Fauzana dan Zizan Razak.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013
PenghargaanPelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
PenajaBerita Harian
TV3
Tarikh7 April 2013
LokasiStadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
PengacaraFara Fauzana
Zizan Razak
Anugerah pertama1987
Kini dipegang olehShaheizy Sam (Bintang Paling Popular, 2012)
Anugerah terbanyakZizan Razak (6)
Pencalonan terbanyakZizan Razak (8)
Laman web rasmiabp.bharian.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
  • ← 2011
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
  • 2013 →

Proses pencalonan

ABPBH 2012 diperkenalkan pada sebuah sidang media di Holiday Villa Hotel and Suite, Subang Jaya bermula 21 November 2012.[1] Seterusnya, senarai muktamad calon ABPBH 2012 diumumkan melalui sidang media di hotel yang sama pada 9 Januari 2013. Zizan Razak mendapat bilangan pencalonan terbanyak dalam lapan kategori.[2] Tempoh pengundian bermula dari 16 Januari hingga 26 Mac 2013[3] melalui penghantaran borang yang terdapat pada keratan muka surat akhbar Berita Harian dan internet di laman web rasminya.

Calon dan pemenang

Nama-nama pemenang terletak di atas setiap senarai dan berhuruf tebal.

Bintang Paling Popular
Shaheizy Sam
Penyanyi Lelaki Popular Penyanyi Wanita Popular Artis Duo/Berkumpulan Popular
Artis Baru Lelaki Popular Artis Baru Wanita Popular
Pelakon Filem Lelaki Popular Pelakon Filem Wanita Popular
Pelakon TV Lelaki Popular Pelakon TV Wanita Popular
  • Nabila Huda
    • Fasha Sandha
    • Izara Aishah
    • Neelofa
    • Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular Artis Komedi Wanita Popular
Pengacara TV Lelaki Popular Pengacara TV Wanita Popular
Penyampai Radio Lelaki Popular Penyampai Radio Wanita Popular
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Search

Anugerah Online

  • Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular: Soffi Jikan
  • Gandingan di Layar Serasi: Johan & Zizan Razak
  • Watak Animasi Tempatan Paling Popular: Upin & Ipin
  • Artis Paling Berpengaruh di Laman Media Sosial: Zizan Razak
  • Artis Lelaki Stailo: Zizan Razak
  • Artis Wanita Stailo: Melissa Francis
  • Artis Asia Paling Popular: Zizan Razak

Rujukan

  1. ^ ABPBH 2012 Wujudkan Panel Penilaian, Gua.com.my, 22 November 2012. Dicapai pada 7 April 2013.
  2. ^ Sharifah Shahira Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH 2011, 12 Januari 2012. Dicapai pada 7 April 2013.
  3. ^ Cara Mengundi, Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dicapai pada 7 April 2013.
Ady Putra

Dato' Mohamed Hadi Putera bin Halim (lahir 26 Februari 1981) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Singapura. Beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2, dan terkenal dengan peranannya dalam filem Anak Halal (2007), Akhirat (2008), KL Gangster (2011-13), Aku Terima Nikahnya (2012), Balistik (2014), dan Makrifat Cinta (2018). Pada 2016, Ady memegang watak sebagai Dain Maroola dalam filem drama epik Hanyut, arahan U-Wei Hj Saari. Beliau juga berjinak-jinak menceburi bidang muzik dengan melancarkan album studio solo perdananya, Kelahiran (2008).

Bagi peranan lakonannya di televisyen, beliau terkenal dengan watak Ridzuan dalam Akukah Tanggang (2008), Reza dalam Na O Mei (2010), Indra Putra dalam Suria di Cordoba, Tengku Samson dalam Samson dan Delaila dan Zikir dalam Tentang Dhia (2011), Wahyu dalam Cinta Qaseh (2013), Fariz Adryan dalam Cinta Si Wedding Planner (2015) dan Alif dalam Sejadah Untuk Dia (2018). Selain peranan di televisyen dan filem, Ady juga terkenal dengan peranan di pentas teater termasuk Sri Mersing (2010) dan Di Bawah Lindungan Ka'bah (2014).

Sehingga 2017, Ady telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan sepanjang kerjayanya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah Melodi TV3. Pada 23 Disember 2017, beliau dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.Pada April 2018, beliau telah mengumumkan di laman Instagramnya bahawa beliau telah mendapat taraf warganegara Malaysia.

Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim Bin Ridza Abdoh (lahir 17 Januari 1989) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan bekas pemain bola sepak amatur Malaysia. Beliau mula mencipta nama dalam bidang hiburan tanahair apabila beliau menjadi peserta rancangan realiti TV Mentor kelima di TV3 dan terkenal menerusi lakonannya dalam siri drama Vanila Coklat (2011), Diandra (2013), Projek Memikat Suami (2013), Isteri Separuh Masa (2015), Urusan Hati Cik Drama Queen (2017) dan Girlfriend Aku Dari Neraka The Series (2017). Filem sulung lakonan beliau, Kimchi Untuk Awak ditayangkan pada 30 Mac 2017.

Awal Ashaari

Ahmad Awaluddin Ashaari (lahir 6 Ogos 1981) ialah seorang pengacara televisyen, model, dan pelakon Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan realiti One in a Million dan pelakon utama filem dan siri TV Impak Maksima. Selain dari itu beliau juga telah ditawarkan pelbagai kerja pengacaraan majlis dan juga model jurucakap bagi beberapa produk-produk yang berada di pasaran.

Bront Palarae

Nasrul Suhaimin bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae (lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, penulis dan pengacara televisyen Malaysia. Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kusyairi and the Velveboys (2000) dan peranan pembantu dalam Dengan Nama Cinta (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk Castello dan Tipah Tertipu The Movie (kedua-duanya 2006), Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), V3: Samseng Jalanan dan Belukar (2010), Ombak Rindu (2011), dan Terbaik dari Langit (2014).

Bront memulakan kerjaya antarabangsanya pada 2015 menerusi filem Jepun, Redemption Night, seterusnya muncul dalam filem Indonesia, Headshot (2016). Sebagai krew filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem termasuk Kolumpo (2013) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 pada 2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Izara Aishah

Izara Aishah Hisham (lahir 28 September 1992) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan muncul dalam beberapa drama, telefilem dan filem.

Izzue Islam

Muhammad Izzul Islam bin Mazlan (lahir 2 Jun 1990) ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon Malaysia. Memulakan kerjaya seninya dengan berlakon dan seterusnya nyanyian dengan menyertai sebuah kumpulan di bawah naungan KRU Studios iaitu kumpulan Forteen. Beliau mula dikenali selepas memenangi anugerah "Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25" dan "Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2". Namanya kian meningkat apabila diberikan tanggungjawab menggalas watak utama di dalam drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia!.

Johan As'ari

Johan Ariff bin As'ari (lahir 3 Disember 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Botak dalam siri TV Juvana. Beliau merupakan anak kepada Datuk As'ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Noor Neelofa Mohd Noor

Noor Neelofa binti Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi dan skandal seperti bergaduh dengan artis lain. Pada tahun 2016, beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Bintang Paling Popular selepas hampir lima tahun bertanding, beliau menang dua daripada tiga pencalonan yang diterimanya. Beliau juga telah dipilih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui program CelebExports.Beliau kembali ke layar kaca menerusi drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot arahan Michael Ang. yang bersiaran di Astro Ria, bergandingan bersama pelakon Fattah Amin selepas sekian lama tidak berlakon. Drama ini merupakan drama televisyen pertama lakonannya yang menampilkan beliau bertudung sejak beliau mula bertudung pada 2014. Pada tahun 2015, beliau membintangi telefilem Lukisan Takdir dan Wan Embong. Kedua-dua telefilem itu menampilkannya bertudung.

Pada Mac 2017, Neelofa telah dipilih bagi menghiasi majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia.

Shaheizy Sam

Shaheizy Sam bin Abdul Samad (lahir 4 September 1982) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang menempa nama sebagai pelakon remaja pada era 1990-an. Beliau membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan pada 1995 menerusi filem Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi sebelum melonjak naik dalam bidang perfileman melalui filem kontroversi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan filem aksi komedi Adnan Sempit (2010-14). Sam telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk Jangan Pandang Belakang Congkak (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Sekali Lagi (2011), Bini-Biniku Gangster (2011), SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), Mamak Cupcake (2014), dan Polis EVO (2015-18). Selain berlakon filem, Sam telah muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Kasanova XXL (2009), Impak Maksima the Series (2009), Adnan Sempit the Series (2010-11), Kisah Cinta (2013), Aku Bukan Bimbo (2016) dan lain-lain lagi. Beliau memulakan kerjaya muziknya pada 1998 dengan menganggotai kumpulan M.O.B sehingga pembubaran mereka.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang lakonan, Sam telah bekerjasama dengan ramai rakan seangkatannya, termasuk Syamsul Yusof, Farid Kamil, Lisa Surihani, Yana Samsudin dan Intan Ladyana. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam televisyen, filem dan platform lain, termasuk dua pencalonan bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 (menerusi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan ke-23 (menerusi Evolusi KL Drift 2), serta memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24, beliau turut memenangi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Anugerah lain yang diraih oleh beliau termasuk Anugerah Shout!, Anugerah Skrin, Anugerah Blokbuster, Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan dan Anugerah Lawak Warna. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Siti Saleha

Siti Saleha binti Mohd Baharom (lahir 14 Mac 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia berketurunan Inggeris dan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam Baharom. Beliau memulakan kerjayanya dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun, seterusnya mula menempa nama menerusi watak Nora Elena lakonan beliau bersama Aaron Aziz di dalam drama bersiri dengan tajuk sama yang disiarkan di TV3 mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1.3 juta penonton di laman Tonton.com.my.

Saleha kemudiannya mencapai kejayaan komersial menerusi drama lakonannya termasuk Asmara Luna (2013), Ramadan Jangan Pergi (2014), Uda & Dara dan 7 Hari Mencintaiku (kedua-duanya 2016). Beliau telah membintangi beberapa filem termasuk Kerat 14 dan Balada Pencinta (kedua-duanya 2013), Mamak Cupcake (2014) dan Langit Cinta (2016). Beliau juga dikenali sebagai seorang yang bijak dalam pengendalian kewangannya selain daripada wajahnya yang menawan.

Wawa Zainal

Wawa Zainal (dilahirkan sebagai Nur Hawa binti Zainal Abidin; 12 Mac 1991) merupakan seorang model dan pelakon yang berasal dari Lahad Datu, Sabah. Beliau merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik. Beliau telah berkahwin dengan pelakon Suhairil Sunari ataupun lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel.

Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular
Anugerah Bintang-Bintang Popular
Anugerah Skrin dan Bintang Popular
Anugerah Bintang Popular

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.