Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) atau Anugerah Bintang Popular (ABP) ialah majlis penganugerahan tahunan anjuran akhbar Berita Harian untuk memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan. Para pemenang anugerah ditentukan oleh undian daripada para pembaca Berita Harian dan akhbar-akhbar lain terbitan New Straits Times Press (Harian Metro dan New Straits Times) yang mengisi lalu menghantar borang undian yang tersedia dalam akhbar-akhbar berkenaan. Bermula tahun 2017, anugerah berprestij ini bertukar format pengundiannya di mana pembaca mahupun peminat boleh mengundi penggiat seni dan penghibur kegemaran masing-masing yang tercalon melalui atas talian sepenuhnya.

Anugerah Bintang Popular
Berita Harian
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Logo-ABPBH 2013
PenghargaanPenggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan
NegaraMalaysia
Disampaikan olehBerita Harian
Anugerah pertama1987
Anugerah terakhir2018
Laman web rasmiwww.abpbh.com.my

Sejarah

Semuanya tercetus pada 1987, hasil idea bernas bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A. Nazri Abdullah bersama beberapa orang penting dalam dunia hiburan ketika itu terutamanya Pengarang Unit Hiburan (dulu dikenali sebagai Pusparia), Nordin Mohamad serta wartawan hiburan Berita Harian, Zubairi Zabidin. Dengan dibantu Pengurus Promosi Kumpulan New Straits Times (NST), Oliver Jackson mereka mula mencari penaja untuk menyokong anugerah yang memberi peluang kepada pembaca memilih calon artis pujaan masing-masing menerusi undian di akhbar ini. Dari situlah munculnya Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada waktu malam 1 Disember 1987.[1]

Hanya tujuh kategori dipertandingkan iaitu: Pelakon Lelaki Popular yang dimenangi Eman Manan, Pelakon Wanita Popular (Fauziah Ahmad Daud), Pelakon Pembantu Lelaki Popular (Ahmad Tarmimi Siregar), Pelakon Pembantu Wanita Popular (Marlia Musa), Penyanyi Lelaki Popular (Shidee), Penyanyi Wanita Popular (Francissca Peter), dan Penyanyi Berkumpulan Popular (Search). Hampir 380,000 borang undian diterima daripada pembaca akhbar ini pada tahun pertama. Artis yang mendapat undian terbanyak ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (284,813 undi), diikuti Fran (246,838 undi).[1]

Impak daripada kejayaan pertama, APPP88 pula dianjurkan, ia turut mengekalkan tujuh kategori yang sama. Pemenang pada tahun kedua ialah Sabree Fadzil (Pelakon Lelaki Popular), Aznah Hamid (Pelakon Wanita Popular), Ridzuan Hashim (Pelakon Pembantu Lelaki Popular), Raja Ema (Pelakon Pembantu Wanita Popular), Jay Jay (Penyanyi Lelaki Popular), Ramlah Ram (Penyanyi Wanita Popular) dan Gersang (Penyanyi Berkumpulan Popular). Acara kemuncak berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya Selangor, pada malam 10 Disember 1988, dihoskan oleh N.D. Lala dan Charmaine Agustine. dirakamkan oleh TV3 untuk siaran pada 25 Disember 1988.[1]

Kemudian barulah muncul APPP89 yang dianjurkan dengan kerjasama RTM dan Salem, bersiaran langsung dari Angkasapuri, pada 13 Januari 1990, jam 8.30 malam. Hosnya adalah DJ Ainul Jamal dan Sharifah Sakinah Al Junid. Mulai 1990, diperkenalkannya anugerah terbesar Artis Paling Popular yang diberikan kepada artis yang meraih jumlah undian terbanyak dari kesemua kategori lain. Pemenang pertama Artis Paling Popular ialah Aishah.[2]

Mulai 1992, Anugerah Penyanyi/Pelakon Popular ditukar namanya menjadi Anugerah Bintang-Bintang Popular, di samping bilangan anugerah ditambah kepada 15, termasuk Penghibur TV Lelaki dan Wanita, Pelakon TV Lelaki dan Wanita, Artis Komedi Lelaki dan Wanita, dan Drama TV.[3] Anugerah Drama TV hanya bertahan selama setahun, iaitu dimenangi oleh siri TV Opah. Mulai 1994, nama penganugerahan dipendekkan menjadi Anugerah Bintang Popular.

Anugerah Bintang Popular 1996 memperkenalkan dua kategori yang dinilai oleh juri, iaitu Kategori Filem (Filem, Pelakon Lelaki dan Wanita, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Hadiah Khas Juri Grand Brilliance) dan Kategori Drama (Drama, Pengarah, Pelakon Lelaki dan Wanita, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita, Skrip, Suntingan, Videografi Terbaik; Anugerah Khas Juri),[4] tetapi kategori-kategori ini bertahan sehingga edisi 1997/98 sahaja.[5] Edisi 1996 turut memperkenalkan anugerah Artis Remaja Popular selama setahun (dimenangi oleh Siti Nurhaliza)[4], kemudian menggantikannya dengan Artis Baru Popular (dimenangi oleh Ahmad Idham) pada edisi seterusnya.[5] Edisi 1996 juga menggabungkan Penghibur TV Lelaki dan Wanita Popular menjadi satu anugerah Penghibur TV Popular untuk direbut oleh kedua-dua jantina.

Anugerah Bintang Popular 1998/99 memperkenalkan anugerah baru untuk Penyanyi Nasyid Popular yang dihadiahkan setiap tahun hingga kini; pemenang pertamanya ialah Raihan. Selain itu, edisi ABP 1998/99 turut menyediakan dua Anugerah Khas untuk Seniman Veteran dan Seniwati Veteran (masing-masing dimenangi oleh Ibrahim Pendek dan Ruminah Sidek); masing-masing ditukar namanya menjadi Anugerah Seniman Veteran dan Anugerah Seniwati Veteran dan bertahan hingga edisi 2001. Edisi 1998/99 turut anugerah Artis Bukan Melayu Popular untuk seniman bukan berketurunan Melayu, dan pemenang pertamanya ialah Sathiya yang berketurunan India[6]; anugerah ini bertahan sehingga 2004 dengan Vince (kacukan Cina/Inggeris) sebagai pemenang terakhirnya.[7]

ABP 2000 menyaksikan "Anugerah Khas Bintang Popular" yang bertahan sehingga edisi 2006; antara pemenangnya ialah Anita Sarawak, Sheila on 7 (sebuah kugiran dari Indonesia) dan Datuk Jamil Sulong.[8] Edisi 2000 turut mencari Artis Kanak-kanak Popular untuk setahun sahaja; pemenangnya ialah kumpulan Kristal.[8]

RTM yang menjadi penyiar siaran langsung ABP sepanjang 1990-an menyerahkan tugasnya ini kepada TV3 mulai edisi 2001, dan begitu juga tempat acara berpindah dari Angkasapuri ke Genting Highlands.[9]

ABP 2003 menyaksikan anugerah Artis Berkumpulan Popular diubah namanya menjadi Artis Berkumpulan/Duo Popular yang dikekalkan hingga kini; serta anugerah-anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular ditukar namanya kepada "Pelakon TV/VCD Lelaki Popular" dan "Pelakon TV/VCD Wanita Popular" sempena populariti drama VCD tempatan ketika itu,[10] sehingga dipulihkan nama-nama asalnya pada edisi 2005.

ABP 2007 menggantikan tiga anugerah khas juri iaitu Anugerah Biduan Veteran, Anugerah Seniwati Veteran dan Anugerah Khas Bintang Popular, dengan satu anugerah yang serupa peranannya iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat; penerima pertamanya ialah M. Nasir.

Anugerah bintang paling popular turut berubah format pada tahun 2002 dan 2003 (pemilihan berdasarkan jumlah undian paling banyak diterima dalam satu kategori) sebelum kembali kepada format asal (kategori bintang paling popular disediakan untuk diundi).

Pada tahun 2014, kategori dalam talian diwujudkan dimana para pembaca akhbar BH dan peminat boleh mengundi selebriti kegemaran mereka secara atas talian bagi kategori dalam talian tersebut.

Pada tahun 2016, satu kategori baru telah diperkenalkan iaitu Artis Versatil Popular demi mengiktiraf anak seni yang mempunyai pelbagai bakat dalam bidang seni dan artis serbaboleh Ifa Raziah telah menjadi selebriti pertama yang berjaya memenangi kategori itu. Manakala kategori Pengacara TV Lelaki Popular & Pengacara TV Wanita Popular disatukan menjadi Pengacara TV Popular begitu juga dengan kategori Artis Komedi Lelaki Popular & Artis Komedi Wanita Popular disatukan menjadi Artis Komedi Popular.

Kategori Dipertandingkan

Kategori Utama

  1. Penyanyi Lelaki Popular (1987 - kini).
  2. Penyanyi Wanita Popular (1987 - kini).
  3. Pelakon Lelaki Popular (1987 - 1991).
  4. Pelakon Wanita Popular (1987 - 1991).
  5. Pelakon Pembantu Lelaki Popular (1987 - 1991).
  6. Pelakon Pembantu Wanita Popular (1987 - 1991).
  7. Penyanyi Berkumpulan Popular (1987 - 1998/99).
  8. Artis Paling Popular (1990 - 2000).
  9. Pelakon Filem Lelaki Popular (1992 - kini).
  10. Pelakon Filem Wanita Popular (1992 - kini).
  11. Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular (1992 - 1995).
  12. Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular (1992 - 1995).
  13. Pelakon TV Lelaki Popular (1992 - 2002; 2005 - kini).
  14. Pelakon TV Wanita Popular (1992 - 2002; 2005 - kini).
  15. Artis Komedi Lelaki Popular (1992 - 2014).
  16. Artis Komedi Wanita Popular (1992 - 2014).
  17. Penghibur TV Lelaki Popular (1992 - 1995).
  18. Penghibur TV Wanita Popular (1992 - 1995).
  19. Drama TV Popular (1992).
  20. Penghibur TV Popular (1996 - 2000).
  21. Artis Remaja Popular (1996).
  22. Artis Baru Popular (1997/98 - 2001).
  23. Penyanyi Nasyid Popular (1998/99; 2003 - 2010).
  24. Artis Bukan Melayu Popular (1998/99 - 2004).
  25. Artis Nasyid Popular (2000 - 2002).
  26. Artis Berkumpulan Popular (2000 - 2002).
  27. Artis Kanak-kanak Popular (2000).
  28. Bintang Paling Popular (2001 - kini).
  29. Pengacara TV Lelaki Popular (2001 - 2014).
  30. Pengacara TV Wanita Popular (2001 - 2014).
  31. Penyampai Radio Lelaki Popular (2001 - 2014).
  32. Penyampai Radio Wanita Popular (2001 - 2014).
  33. Artis Baru Lelaki Popular (2002 - kini).
  34. Artis Baru Wanita Popular (2002 - kini).
  35. Artis Berkumpulan/Duo Popular (2003 - 2007).
  36. Pelakon TV/VCD Lelaki Popular (2003 - 2004).
  37. Pelakon TV/VCD Wanita Popular (2003 - 2004).
  38. Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular (2008).
  39. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (2009).
  40. Artis Duo/Berkumpulan Popular (2010 - 2016).
  41. Artis Mobile Bintang Popular (2010).
  42. Artis Versatil Popular (2015 - kini).
  43. Pengacara TV Popular (2015 - kini).
  44. Penyampai Radio Popular (2015 - kini).
  45. Artis Komedi Popular (2015 - kini).
  46. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (2017 - kini).
  47. Artis Indonesia Popular (2018 - kini).
  48. Artis Korea Popular (2018 - kini).

Kategori Dalam Talian

  1. Artis Lelaki Paling Popular Online (2011).
  2. Artis Wanita Paling Popular Online (2012).
  3. Artis Lelaki Anggun Bergaya (2011).
  4. Artis Wanita Anggun Bergaya (2011).
  5. Artis Asia Paling Popular (2011 - 2012).
  6. Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular (2012 - 2013).
  7. Gandingan Serasi di Layar (2012 - 2014).
  8. Watak Animasi Tempatan Paling Popular (2012).
  9. Artis Paling Berpengaruh di Laman Media Sosial (2012 - 2013).
  10. Artis Lelaki Stailo (2012 - 2014).
  11. Artis Wanita Stailo (2012 - 2014).
  12. Chef Selebriti Paling Popular (2013).
  13. Aksi Di YouTube Paling Popular (2013).
  14. Personaliti Popular (2014).
  15. Pasangan Selebriti Romantis (2014).
  16. Artis Paling Kontroversi (2014).
  17. Artis Aksi Selfie Popular (2015).
  18. Personaliti Media Sosial Popular (2015; 2017).
  19. Artis Ikon Respek Popular (2015).
  20. Artis Trending Popular (2015).
  21. Artis YouTube Popular (2015).
  22. Gandingan Serasi Drama (2016).
  23. Gandingan Serasi Filem (2016).
  24. Artis Berpengaruh Di Laman Sosial (2016).
  25. Personaliti Media Sosial (2016).
  26. Artis Sensasi (2016).
  27. Pasangan Serasi Drama (2017).
  28. Pasangan Serasi Filem (2017).
  29. InstaFamous Cilik Popular (2017).
  30. Artis Sensasi Popular (2017 - 2018).
  31. Gandingan Serasi Drama Popular (2018).
  32. Gandingan Serasi Filem Popular (2018).
  33. Pelakon Watak Antagonis Popular (2018).
  34. Lagu Paling Boom (2018).

Anugerah Khas Juri

  1. Anugerah Khas Juri (1996 - 1997/98).
  2. Anugerah Khas Seniman Veteran (1998/99 - 2001; 2003 - 2005).
  3. Anugerah Khas Seniwati Veteran (1998/99 - 2002; 2006).
  4. Anugerah Khas Bintang Popular (2000 - 2006).
  5. Anugerah Khas Biduan Veteran (2002; 2006).
  6. Anugerah Khas Biduanita Veteran (2003 - 2005).
  7. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (2007 - kini).
  8. Anugerah Sri Perak (2011).

Pemenang Bintang Paling Popular

Tahun Edisi Pemenang Asal Bidang Undian
1987 Pertama Fauziah Ahmad Daud1  Singapura Pelakon 24,813
1988 ke-2 Ramlah Ram1  Johor Penyanyi 65,426
1989 ke-3 Kumpulan Search1  Johor Penyanyi/ Pemuzik 99,873
1990 ke-4 Aishah  Negeri Sembilan Penyanyi 124,572
1991 ke-5 Zainal Abidin  Johor Penyanyi 184,355
1992 ke-6 Eman Manan  Terengganu Pelakon 63,675
1993 ke-7 Sofia Jane  England Pelakon 170,698
1994 ke-8 M. Nasir  Singapura Penyanyi 179,830
1995 ke-9 Ziana Zain  Melaka Penyanyi 58,462
1996 ke-10 Siti Nurhaliza  Pahang Penyanyi 226,931
1997/98 ke-11 Siti Nurhaliza (2)  Pahang Penyanyi 16,867
1998/99 ke-12 Siti Nurhaliza (3)  Pahang Penyanyi 30,738
2000 ke-13 Siti Nurhaliza (4)  Pahang Penyanyi 44,703
2001 ke-14 Siti Nurhaliza (5)  Pahang Penyanyi 1.17 Juta
2002 ke-15 Rosyam Nor  Kedah Pelakon 335,272
2003 ke-16 Saiful Apek  Selangor Pelawak 97,680
2004 ke-17 Siti Nurhaliza (6)  Pahang Penyanyi 110,585
2005 ke-18 Mawi  Johor Penyanyi 351,570
2006 ke-19 Mawi (2)  Johor Penyanyi 261,555
2007 ke-20 Mawi (3)  Johor Penyanyi 119,268
2008 ke-21 Nabil Ahmad  Negeri Sembilan Pelawak 127,524
2009 ke-22 Siti Nurhaliza (7)  Pahang Penyanyi 225,300
2010 ke-23 Shaheizy Sam  Sarawak Pelakon 126,168
2011 ke-24 Aaron Aziz  Singapura Pelakon 87,669
2012 ke-25 Shaheizy Sam (2)  Sarawak Pelakon 79,656
2013 ke-26 Aaron Aziz (2)  Singapura Pelakon 76,742
2014 ke-27 Shaheizy Sam (3)  Sarawak Pelakon 265,703
2015 ke-29 Neelofa  Kelantan Pengacara 212,829
2016 ke-30 Fattah Amin Sabah Sabah Pelakon 82,635
2017 ke-31 Wany Hasrita Negeri Perak Perak Penyanyi 2.05 juta
2018 ke-32 Mira Filzah Negeri Perak Perak Pelakon 6.03 juta

Nota
↑Nota 1  : Sebelum gelaran ini diperkenalkan pada edisi ke- 4 pada tahun 1990, Berita Harian sekadar menamakan artis dengan undian tertinggi dalam kalangan semua kategori yang bertanding. Namun ketiga-tiga artis ini tidak ditabalkan sebagai Artis/Bintang Paling Popular, sebaliknya hanya menang atas tiket kategori.

Senarai penganjuran

Tahun Tarikh Tempat Siaran Pengacara Ketua Jawatankuasa Pengelola Penaja Utama Tema
1987 1 Disember 1987 Riverside Cafe, Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Tidak disiarkan di kaca TV Ahmad Daud Ahmad Zubairi (BH) Nescafe
1988 10 Disember 1988 Holiday Villa, Subang Jaya TV3, 9 - 10 malam
Rakaman acara disiarkan pada 25 Disember 1988
ND Lala
Charmaine Agustine
1989 13 Januari 1990 Angkasapuri, Bangsar, Kuala Lumpur TV1, 8.30 - 10 malam
Kali pertama disiarkan secara langsung
Ainul Jamal
Sharifah Sakinah Al Junid
Ahmad Zubairi (BH)
Jack Nadarajah (RTM)
RJ Reynolds (Salem)
1990 12 Januari 1991 Auditorium Majlis Perbandaran, Shah Alam TV3, 8.30 - 10 malam Mahadzir Lokman
Nurfarahin Jamsari
Ahmad Zubairi (BH)
1991 11 Januari 1992 Angkasapuri, Bangsar, Kuala Lumpur TV1, 8.30 - 10 malam Azmil Mustapha
Tiara Jacquelina
Ahmad Nazri Abdullah (BH)
Subuhi Md Yatim (TV3)
1992 13 Februari 1993 ND Lala
Syafinaz Selamat
Ahmad Nazri Abdullah (BH)
Normah Aziz (RTM)
Singer Kaulah Bintang
1993 8 Mei 1994 Eman Manan
Erma Fatima
Sabri Yunus
Ali Mamak
Accapan
Imuda
Zainuddin Ayip (BH)
Jack Nadarajah (RTM)
Celcom Technology
1994 29 April 1995 Jalaluddin Hassan
Haliza Misbun
Zainuddin Ayip (BH)
Noriah Letuar (RTM)
1995 19 Oktober 1996 Rosyam Nor
Seha
Zainuddin Ayip (BH)
Helen Abu (RTM)
Measat Broadcast Network
1996 24 Ogos 1997 Auditorium Majlis Perbandaran, Shah Alam TV3, 8.30 - 10 malam Fauziah Ahmad Daud Zainuddin Ayip (BH)
Bukhari Che Muda (TV3)
Malaysian Borneo Finance (MBF) Era Kegemilangan Filem Melayu Klasik
1997/98 15 November 1998 Auditorium Sri Panggung, Kota Francais, Shah Alam TV3, 2.30 - 4.30 petang Fadzil Abdullah (BH)
Nik Ramzi Nik Hassan (TV3)
Michael Christian Simon (TV3)
Recording Industry of Malaysia (RIM)
Vistacomm
1998/99 4 Disember 1999 Angkasapuri, Bangsar, Kuala Lumpur TV1, 3.00 - 5.00 petang Bob Lokman
Janet Khoo
Fadzil Abdullah (BH)
Albert Khoo (RTM)
Pelangi Air
Proton
Mengembalikan Kegemilangan Komedi Tanahair
2000 12 November 2000 Pusat Konvensyen Bandar Sunway, Petaling Jaya TV1, 9.00 - 11 malam Raja Azura
Rosyam Nor
Sarimah Ibrahim
Hanizam Abdullah (BH)
Jack Nadarajah (RTM)
Kotex Malam Pesona Bintang
2001 14 Oktober 2001 Arena of Stars, Genting Highlands TV3, 4.00 - 7 malam Campuran regu
ND Lala / Normala Samsudin
Ally Iskandar/ Maya Karin
Salih Yaacob/ Linda Onn
Aidil Abdul Ghafar/ Intan Suraya
Hanizam Abdullah (BH) Resorts World Berhad
Edaran Otomobil Nasional
Gala Pesona Bintang
2002 13 Oktober 2002 Anita Sarawak
Raja Azura
Hanizam Abdullah (BH)
Azhar Borhan (TV3)
Time dotCom Berhad
Edaran Otomobil Nasional
Gala Pesona Bintang
2003 14 Mac 2004 TV3
Era FM, 9.00 - 11.30 malam
Fauziah Ahmad Daud
Salih Yaacob
Hicomobil (Chevrolet) Penghormatan Kepada Bintang-bintang
2004 3 April 2005 Hanizam Abdullah (BH)
Aziz Bakar (PAIMM)
Naza Kia & Naza Bikers Gemilang Bersama Bintang
2005 26 Februari 2006 Raja Azura
Sharifah Shahirah
2006 4 Februari 2007 Fauziah Ahmad Daud
Raja Azura
Hanizam Abdullah (BH)
Jennifer Thompson (PAIMM)
2007 30 Mac 2008 TV3
Hot FM, 9.00 - 11.30 malam
Habib Jewels Batik Glam
2008 12 April 2009 Adlin Aman Ramli
Sharifah Shahirah
Pos Malaysia
Empire Classic Furniture
Sentuhan Tenun
2009 4 April 2010 Raja Azura
Sharifah Shahirah
Celcom Axiata Berhad Cetusan Warna
2010 3 April 2011 Raja Azura
Sharifah Shahirah
Zizan Razak
Hanizam Abdullah (BH)
Zainuri Misfar(BH)
Puncak Kegemilangan
2011 8 April 2012 Didie Alias
Raja Azura
Sharifah Shahirah
Zizan Razak
Lux Larger Than Life
2012 7 April 2013 Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Fara Fauzana
Johan Yazid Lim
Zizan Razak
Hanizam Abdullah (BH)
Shamshul Azree Samshir(BH)
Habib Jewels Ledakan Geometri
2013 24 Mei 2014 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya Ajak Shiro
Amy Mastura
Fara Fauzana
Shahrol Shiro
Eynasha Magis Alam
2014 5 April 2015 Arena of Stars, Genting Highlands Amy Mastura
Sherry Alhadad
AG Selamat
Shamshul Azree Samshir (BH) Zarra Cosmetic Semarak Cinta
2015 8 Mei 2016 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya TV3
Hot FM
Kool FM
9.00 malam - 12.00 malam
AG Selamat
Mira Filzah
Zizan Razak
Haiza
U-Mobile #Respek
2016 14 Mei 2017 Faizal Ismail
Zulin Aziz
Fauziah Ahmad Daud
Pamoga QuPuteh
Coca Cola
Futuristik
2017 7 Oktober 2018 Zara Zya
Ajak Shiro
Janna Nick
Alha Alfa Infiniti
2018 22 September 2019 AC Mizal
Elly Mazlein
Ahmad Zaini Kamaruzzaman Alha Alfa
DuitNow
Melangkaui Sempadan

Kekerapan pengacara

Berikut adalah senarai kekerapan pengacara (lebih daripada dua kali) mengendalikan majlis berprestij ini.

Proses pencalonan

Label rakaman, stesen TV, stesen radio dan syarikat penerbitan filem bertanggungjawab menyerahkan senarai nama artis yang layak bertanding dalam setiap kategori. Calon-calonnya termasuk kakitangan, selebriti, pelakon, dan penyanyi yang aktif dan berprestasi konsisten dalam bidang masing-masing dalam tempoh kelayakan yang diberikan.[11]

Untuk setiap rangkaian atau stesen radio, pencalonan terhad kepada tiga orang penyampai lelaki dan wanita, apatah lagi stesen radio itu mestilah dapat didengari di sekurang-kurangnya tiga negeri (tidak termasuk radio Internet). Untuk pengacara TV, pencalonan dilayakkan untuk mereka yang menjadi pengacara tetap untuk sesebuah program dalam tempoh sekurang-kurangnya dua musim siarannya.[11]

Pencalonan bagi kategori pelakon filem adalah berdasarkan filem yang sudah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan mendapat tarikh tayangan daripada Unit Wajib Tayang Finas. Setiap sebuah filem boleh mencalonkan dua pelakon lelaki dan wanita bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular selain untuk kategori Artis Baru Lelaki dan Artis Baru Wanita.[11]

Sementara itu, syarat bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Penyanyi Berkumpulan/Dua Popular pula secara umumnya berpandukan kepada peraturan yang diamalkan oleh Anugerah Industri Muzik (AIM). Bagaimanapun, mulai edisi 2007, sedikit kelonggaran diberikan apabila penyanyi atau artis berkumpulan/duo yang boleh dicalonkan mestilah sudah merakamkan satu single atau satu lagu baru.[11]

Pencalonan awal disiarkan di akhbar Berita Harian dan sekutu-sekutunya selama lebih kurang lima minggu berturut-turut, untuk para pembaca memilih lima calon terbaik bagi setiap kategori yang ada. Setelah dimuktamadkan finalis-finalisnya, pusingan kedua undian akan disiarkan untuk semua pembaca untuk memilih seorang sahaja artis bagi setiap kategori. Akhir sekali, para pemenang anugerah diumumkan di majlis gilang-gemilang. Mulai edisi 2009, para peminat juga boleh mengundi melalui SMS.[12]

Rujukan

  1. ^ a b c Latar Belakang ABP. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  2. ^ Arkib Pemenang ABP (1990). Dicapai pada 6 Disember 2009.
  3. ^ Arkib Pemenang ABP (1992). Dicapai pada 6 Disember 2009.
  4. ^ a b Arkib Pemenang ABP (1996). Dicapai pada 6 Disember 2009.
  5. ^ a b Arkib Pemenang ABP (1997/98). Dicapai pada 6 Disember 2009.
  6. ^ Arkib Pemenang ABP (1998/99). Dicapai pada 6 Disember 2009.
  7. ^ Arkib Pemenang ABP (2004). Dicapai pada 6 Disember 2009.
  8. ^ a b Arkib Pemenang ABP (2000). Dicapai pada 6 Disember 2009.
  9. ^ "TV3 to broadcast 'Anugerah Bintang Popular'". New Straits Times. 14 September 2001. Dicapai 6 Disember 2009.
  10. ^ Arkib Pemenang ABP (2003). Dicapai pada 6 Disember 2009.
  11. ^ a b c d "Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November". Berita Harian. Dicapai 6 Disember 2009.
  12. ^ Nurulhisham Abdul Latiff dan Zaidi Mohamad (3 Disember 2009). "Format pengundian baru diperkenal, selain guna borang". Berita Harian. Dicapai 6 Disember 2009.

Pautan luar

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-12 anjuran Berita Harian. Pada kali ini, kategori juri untuk filem dan drama sudah digugurkan, di samping kemunculan anugerah baru Penyanyi Nasyid Popular dan Artis Bukan Melayu Popular, di samping pemecahan Anugerah Khas kepada Seniman dan Seniwati Veteran.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-14

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-13 anjuran Berita Harian. Pada majlis kali ini, diperkenalkan anugerah "Artis Kanak-kanak Popular", dan "Anugerah Khas Bintang Popular" yang diberi hasil penilaian pihak juri Ia diadakan khusus bagi menghargai karyawan seni tanah air sejak 1987, telah berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, 12 November 2000.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-14 anjuran Berita Harian. Pada majlis kali ini, anugerah "Artis Kanak-kanak Popular" digugurkan setelah dihadiahkan sekali sahaja, sebaliknya diperkenalkan anugerah baru iaitu "Penyampai Radio Lelaki Popular" dan "Penyampai Radio Wanita Popular".

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-16

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-15 anjuran Berita Harian. Pada majlis kali ini, anugerah Artis Baru dipecahkan kepada dua iaitu "Artis Baru Lelaki Popular" dan "Artis Baru Wanita Popular".

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-17

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 diadakan pada 14 Mac 2004 di Arena of Stars, Genting Highlands, dan disiarkan secara langsung di TV3 dan Era, dengan Fauziah Ahmad Daud dan Salih Yaacob sebagai pengacaranya. Penganugerahan kali ini menyaksikan beberapa anugerah diubah namanya, iaitu "Pelakon TV Popular" menjadi "Pelakon TV/VCD Popular" untuk kedua-dua jantina, dan "Artis Berkumpulan Popular" menjadi "Artis Berkumpulan/Duo Popular".

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 diadakan pada 3 April 2005 di Arena of Stars, Genting Highlands, serta disiarkan secara langsung di TV3 dan Era FM. Untuk kali kedua, Fauziah Ahmad Daud dan Salih Yaacob menyandang tugas sebagai pengacara.

Siti Nurhaliza merangkul gelaran Bintang Paling Popular dengan 110,585 undian keseluruhan hasil sumbangan pembaca Berita Harian. Beliau berjaya merangkul hadiah utama, kereta Kia Optima 2.0 bernilai RM 115,000 tajaan Naza Kia Sdn. Bhd. dan set barang kemas berasaskan mutiara tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM 180,000. Walau bagaimanapun, Siti tidak dapat hadir untuk menerima trofi kerana masih berada di England untuk persembahan solonya di Royal Albert Hall, London sejak 1 April 2005.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-19

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 diadakan pada 26 Februari 2006 di Arena of Stars, Genting Highlands, serta disiarkan secara langsung di TV3 dan Era FM.

Gelaran "Bintang Paling Popular" telah dimenangi juara Akademi Fantasia Musim 3, Mawi yang meraih 351,570 undi, cukup untuk mengalahkan saingan terdekatnya, Siti Nurhaliza. Beliau membawa pulang hadiah kereta Kia Optima edisi terhad bernilai RM 125,000 tajaan Kumpulan Naza dan set mutiara mewah tajaan Rafflesia The Pearl Centre.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-20

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 diadakan pada tahun 2007 di Arena of Stars, Genting Highlands. Pada kali ini, Mawi mempertahankan gelaran "Bintang Paling Popular" yang dimenanginya pada musim lalu dengan 261,555 undi, sekali gus mengetepikan saingan kelompok empat lagi artis yang mendapat undi tertinggi iaitu Fasha Sandha, Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Rosyam Nor. Melalui kemenangan ini, beliau meraih hadiah barang kemas tajaan Habib Jewels Sdn. Bhd. bernilai RM 200,000 dan kenderaan Naza Sorento 2.5 (A) tajaan Naza Kia Sdn. Bhd. berharga RM 143,000.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 30 Mac 2008. Majlis ini dikendalikan oleh Fauziah Ahmad Daud dan Raja Azura sebagai pengacara. Secara keseluruhannya, terdapat 16 anugerah dipertandingkan. Kategori "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat" menjadi ganti kepada tiga anugerah khas yang diberikan kepada tokoh seni veteran sebelum ini, iaitu "Anugerah Biduan Veteran", "Anugerah Seniwati Veteran" dan "Anugerah Khas Bintang Popular".

Mawi terus menyerlah apabila merangkul gelaran "Bintang Paling Popular" untuk kali ketiga berturut-turut sejak tahun 2005. Beliau hanya meraih 119,268 undian keseluruhan, kurang jumlahnya berbanding dua tahun sebelumnya, iaitu 351,570 undi (2005) dan 261,555 undi (2006). Walau bagaimanapun, beliau berjaya membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) bernilai RM 185,000 tajaan Nasim Sdn. Bhd. serta set barang kemas eksklusif daripada Habib Jewels Sdn. Bhd. bernilai RM 150,000 selain trofi.Majlis ini juga turut melakar sejarah tersendiri dengan mencatat 4.5 juta penonton ketika disiarkan secara langsung selama dua jam setengah di TV3, iaitu mewakili 63.5 % daripada keseluruhan penonton, sekali gus mengatasi jumlah penonton tahun lalu seramai 4.41 juta orang.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22

Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 12 April 2009 dan disiarkan secara langsung oleh TV3. Pada kali ini, Nabil, bekas juara Raja Lawak musim kedua, menumpaskan Mawi sebagai "Bintang Paling Popular 2008".

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-22 anjuran akhbar Berita Harian. Majlis ini dilangsungkan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 April 2010 bertemakan "Cetusan Warna". Raja Azura dan Sharifah Shahirah telah digandingkan bersama sebagai pengacara.

Anugerah tertinggi, "Bintang Paling Popular" telah dimenangi Siti Nurhaliza. Siaran langsung menerusi TV3 dan Hot FM telah memudahkan orang ramai mengikuti perkembangannya. Pada malam anugerah, Aznil Nawawi, Faizal Ismail dan Nabil sempat mengucapkan dedikasi hadiah mereka kepada allahyarham Din Beramboi dalam ucapan penerimaan hadiah masing-masing. Anugerah Bintang Paling Popular dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza yang kali terakhir memenangi anugerah tertinggi ini pada upacara tahun 2004.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-24 anjuran akhbar Berita Harian. Majlis ini dilangsungkan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 3 April 2011 dengan bertemakan "Puncak Kegemilangan". Siaran langsung bagi majlis ini dikendalikan oleh TV3, Hot FM dan khidmat penstriman video melalui laman web rasminya. Majlis bermula dari jam 9 hingga 12 malam. Penganjur telah memilih gandingan Zizan Razak, Raja Azura dan Sharifah Shahirah sebagai pengacara majlis.

Penganugerahan ABPBH 2010 dikuasai oleh pelakon Shaheizy Sam yang menjulang anugerah Bintang Paling Popular 2010 dengan meraih 126,168 undi daripada kesemua 16 kategori yang diundi oleh peminat hiburan tanah air.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-25 anjuran akhbar Berita Harian. Majlis ini diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April 2012. Majlis kali ini diacarakan oleh Sharifah Shahirah, Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak. Anugerah tertinggi, Bintang Paling Popular dirangkul oleh Aaron Aziz yang meraih sebanyak 87,669 undian keseluruhan di samping dua lagi kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Lelaki Paling Popular Online.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-26 anjuran Berita Harian. Majlis ini diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 April 2013 serta diacarakan oleh Fara Fauzana dan Zizan Razak.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-27 oleh penaja utamanya, Berita Harian. Penganjur telah memilih Putrajaya International Convention Centre yang terletak di Presint 5, Putrajaya sebagai lokasi penganugerahan tersebut di mana buat julung kalinya anugerah ini diadakan di wilayah persekutuan tersebut. Ia disiarkan secara langsung melalui TV3 dan Hot FM. Zizan Razak telah menerima pencalonan terbanyak iaitu "Pelakon Filem Lelaki Popular", "Artis Komedi Lelaki Popular", "Pengacara TV Lelaki Popular", "Gandingan Serasi di Layar" (bersama Siti Saleha), dan "Artis Berpengaruh di Laman Sosial". Anugerah ini sepatutnya diadakan pada 6 April 2014, tetapi telah ditunda kepada tarikh 24 Mei 2014 bagi menghormati peristiwa yang menimpa pesawat MH370.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-28 oleh penaja utamanya, Berita Harian. Bertemakan "Semarak Cinta", anugerah ini diadakan pada 5 April 2015 di Arena of Stars, Genting Highlands. Ia disiarkan secara langsung melalui TV3 dan Hot FM.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 (ABPBH 2015) atau ABPBH29 adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-29 oleh penaja utamanya, Berita Harian. Bertemakan "#RESPEK", anugerah ini diadakan pada 8 Mei 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Ia disiarkan secara langsung melalui TV3 dan Hot FM.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 (ABPBH 2016) (juga dikenali sebagai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0) adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-30 oleh penaja utamanya, Berita Harian, Pamoga QuPuteh dan Coca Cola. Anugerah ini diadakan pada 14 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan secara langsung melalui TV3, Hot FM dan Kool FM.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH 2017) (juga dikenali sebagai Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31) ialah anugerah yang diberikan untuk penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-31 oleh Berita Harian. Tema bagi ABPBH tahun ini ialah Infiniti. Anugerah ini diadakan pada 7 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan secara langsung melalui TV3, Hot FM dan Kool FM.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 (ABPBH 2019) juga dikenali sebagai Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 ialah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-32 oleh Berita Harian. Tema yang dipilih ialah Melangkaui Sempadan. Anugerah ini diadakan pada 22 September 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan secara langsung melalui TV3, Hot FM dan Kool FM.

1987–89
1990–2000
2001–kini
1987–91
1992–kini
1987–91
1992–kini
1987–kini
1987–kini
1987–99
2000–2002
2003–2007
2008
2009
2010–16
2017–kini
1997–2000
2002–kini
1996–2001
2002–kini
1992–2002
2003–04
2005–kini
1992–2002
2003–04
2005–kini
1992–2014
2015–kini
1992–2014
2001–2014
2001–2014
2015–kini
2001–2014
2016–17
2001–2014
2015–kini
Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular
Anugerah Bintang-Bintang Popular
Anugerah Skrin dan Bintang Popular
Anugerah Bintang Popular

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.