Anatomi

Anatomi merupakan cabang biologi yang berkaitan dengan kajian struktur sesuatu organisma dan bahagiannya;[1] yang mampu dikaji dengan lebih mendalam dalam bidang zootomy (haiwan) dan phytotomy (tumbuhan). Anatomi juga berkait rapat dengan embriologi dan anatomi perbandingan, yang berkait rapat dengan biologi evolusi dan filogeni.[2] Anatomi manusia merupakan salah satu daripada kajian asas dalam bidang perubatan.[3] Disiplin anatomi dibahagikan kepada skala makroscopik dan mikroskopik. Anatomi makroskopik atau anatomi kasar merupakan kajian bahagian badan sesuatu haiwan melalui penglihatan tanpa mengunakan sebarang alat bantuan. Anatomi kasar juga meliputi cabang anatomi superfisial. Anatomi mikroskopik melibatkan penggunaan peralatan optik dalam kajian tisu (juga dikenali sebagai histologi) dan sel sesuatu struktur.

Anatomical chart, Cyclopaedia, 1728, volume 1, between pages 84 and 85
Carta anatomi dari Cyclopaedia, 1728

Definisi

Comparative view of the human and elephant frame, Benjamin Waterhouse Hawkins, 1860
Perbandingan rangka manusia dan gajah

Berasal dari Yunani ἀνατέμνω anatemnō "membedah atau memotong " dari ἀνά ana "memotong", dan τέμνω temnō "memotong",[4] anatomi merupakan kajian saintifik struktur, sistem, organ dan tisu sesuatu organisma. Anatomi meliputi rupa, kedudukan, bahan binaan dan lokasi sesuatu bahagian serta kaitannya dengan bahagian lain. Kajian anatomi berbeza daripada fisiologi dan biokimia yang masing-masing berkait dengan fungsi dan proses kimia sesuatu bahagian.

Disiplin anatomi terbahagi kepada beberapa bahagian termasuk anatomi makroskopik (anatomi kasar) dan anatomi mikroskopik. Anatomi kasar merupakan kajian struktur-struktur yang mampu dilihat dengan mata kasar dan meliputi aspek anatomi superfisial (anatomi cetek) yang menggunakan penglihatan untuk mengkaji ciri-ciri luaran badan. Anatomi mikroskopik merupakan kajian struktur dengan menggunakan skala mikroskopik, termasuklah kajian histologi (kajian tisu) dan embriologi (kajian organisma yang belum matang).[2]

Kajian anatomi dilakukan dengan menggunakan kaedah invasif atau tidak invasif, degan tujuan untuk memperoleh maklumat tentang struktur dan organisasi organ-organ atau sistem.[2]

Rujukan

  1. ^ Kamus Merriam Webster
  2. ^ a b c "Laman pengenalan, "Anatomy of the Human Body". Henry Gray. 20th edition. 1918". Diarkibkan daripada asal pada 16 March 2007. Dicapai 19 March 2007.
  3. ^ Arráez-Aybar et al. (2010). Relevance of human anatomy in daily clinical practice. Annals of Anatomy-Anatomischer Anzeiger, 192(6), 341-348.
  4. ^ O.D.E. Edisi ke-2 2005
Anatomi anjing

Anatomi, anjing. termasuk struktur dalam yang sama di dalam manusia. Perincian struktur sangat berlainan daripada baka kepada baka, lebih daripada pada mana-mana spesies haiwan lain, liar atau bela jinak, kerana anjing berlainan daripada anjing Chihuahua yang kecil hingga anjing pemburu serigala Ireland yang besar.

Bahu

Dalam anatomi manusia, sendi bahu ialah bahagian tubuh di mana humerus terlekat pada skapula. Bahu ialah kumpulan struktur di sekitar sendi itu.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Bulu

Bulu merupakan struktur seakan rambut yang tumbuh pada kulit badan haiwan mamalia.

Bulu pelepah

Bulu pelepah adalah satu tumbuhan epidermal yang membentuk penutup luar, atau bulu pada burung. Ia adalah satu ciri utama yang membezakan Kelas Aves dari yang lain.

Hidung

Hidung merupakan bahagian badan pada manusia dan haiwan vertebrat untuk mencium atau menyedut udara, terdapat pada bahagian muka atas sedikit daripada mulut.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Jari

Jari tangan ialah bahagian anggota tubuh badan yang keluar dari tangan. Setiap manusia normal mempunyai lima jari tangan. Lima jari ini mempunyai nama:

Ibu jari

Jari telunjuk

Jari hantu

Jari manis

Jari kelengkeng

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Kaki

Kaki adalah struktur biologikal yang dijumpai dalam banyak haiwan yang digunakan untuk daya bergerak.

Kepala

Dalam anatomi, kepala ialah bahagian rostral (menurut istilah lokasi anatomi) yang biasanya terdiri daripada otak, mata, telinga, hidung, dan mulut (yang kesemuanya membantu pelbagai fungsi pengesan seperti penglihatan, pendengaran, hidu, dan sentuhan). Beberapa haiwan yang sangat sederhana tidak memiliki kepala, tetapi haiwan yang berbentuk simetri bilateral lazimnya memiliki kepala.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Kulit

Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.

Leher

Leher adalah bahagian yang menghubungkan kepala dengan tubuh. Pada beberapa haiwan, leher dapat tumbuh panjang, misalnya pada zirafah. Walau bagaimanapun, tulang leher tetap mempunyai tujuh tulang. Di dalam leher terdapat saluran-saluran pernafasan dan pencernaan.

Lutut

Lutut merupakan sendi yang menghubungkan paha dengan kaki dan mengandungi dua persendian: satu di antara femur dan tibia, dan satu lagi di antara femur dan patela.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Muka

Muka merupakan bahagian hadapan kepala dari kaki rambut hingga ke dagu.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Organ badan

Organ ialah sekumpulan tisu biologi yang melakukan fungsi tertentu atau sekumpulan fungsi.

Patologi

Patologi merupakan cabang bidang perubatan yang berkaitan dengan ciri-ciri dan perkembangan penyakit melalui analisis perubahan kepada fungsi atau keadaan bahagian badan.

Patologi terdiri daripada patologi anatomi dan patologi klinikal. Ahli patologi anatomi membuat kajian dengan mengkaji organ manakala ahli patologi klinikal mengkaji perubahan pada fungsi yang nyata.

Punggung

Punggung merupakan bahagian badan sebelah belakang di antara pinggang dengan paha. Ia berfungsi sebagai tempat tumpuan badan ketika duduk.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Rambut

Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.

Tangan

Tangan ialah bahagian badan pada hujung lengan manusia dan haiwan primat. Tangan merupakan organ utama yang digunakan untuk memanipulasi persekitaran. Kebanyakan manusia mempunyai dua belah tangan, biasanya dengan empat jari dan satu ibu jari. Bahagian dalam tangan dikenali sebagai telapak tangan. Apabila semua jari digenggam erat, tangan membentuk penumbuk. Sambungan antara jari dipanggil sendi.

Tisu biologi

Tisu ialah peringkat susunan sel pertengahan antara peringkat sel dan seluruh organisma. Justera, ia merupakan sekumpulan sel yang tidak semestinya serupa, tetapi mempunyai asal sepunya, dan yang bersama-sama melakukan fungsi yang tertentu. Organ dibentuk pula daripada pengumpulan fungsian tisu-tisu berbilang. Kajian tisu dikenali sebagai histologi atau jika berkaitan dengan penyakit, sebagai histopatologi. Peralatan klasik yang digunakan untuk mengkaji tisu ialah:

blok parifin yang membenamkan tisu untuk dikerat kemudian;

pewarna histologi; dan

mikroskop optik.Sejak beberapa dekad yang lalu, perkembangan dalam mikroskopi elektron, imunopendarfluor, dan penggunaan irisan tisu beku telah mempertingkat perincian tisu yang dapat dicerap. Dengan peralatan tersebut, rupa bentuk klasik tisu dalam keadaan sihat mahupun semasa menghidap penyakit dapat diteliti dan justera, membolehkan penghalusan diagnosis dan prognosis klinikal secara ketara.

Terdapat empat jenis tisu asas di dalam tubuh:

Epitelium: Untuk melapik, menyelitupi, melindung, menyerap, dan merembas;

Tisu penyambung - Untuk memegang semua benda, dengan darah dianggap sebagai salah satu tisu penyambung;

Tisu otot - Sel otot mengandungi bebenang pengecupan "filamen mengecut" yang berselisih dan menukar saiz sel;

Tisu saraf.

Tulang

Tulang adalah sebahagian organ tegar yang juga rangka dalam manusia dan haiwan vertebrat. Organ ini berfungsi menggerakkan, menyokong dan melindungi pelbagai organ di dalam badan. Tulang juga merupakan tempat penghasilan sel darah putih dan merah serta penyimpanan galian.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Cabang biologi

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.