Abad ke-4



Abad ke-4 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 301 hingga 400 dalam kalendar Gregory.

Milenium: milenium pertama
Abad:
Garis masa:
Ketua negara:
  • abad ke-3
  • abad ke-4
  • abad ke-5
Dekad:
Kategori: Kelahiran – Kematian
Penubuhan – Pembubaran

Peristiwa

Musei Capitolini-testa bronzea di Costantino-antmoose
Kepala gangsa Constantine I.
  • 301: Armenia yang mula-mula mengambil Kristian sebagai agama negeri: diikuti Habsyah kira-kira 320
  • 306337: Constantine I, menghentikan penindasan terhadap orang Kristian dalam Empayar Rom, membentuk Majlis Nicaea Pertama, lihat juga anjakan Constantinian, Constantinople menjadi pusat pemerintahan baru (Rom Baru)
  • 350: Lebih kurang waktu ini, golongan Hun mula menakluk Dinasti Sassanid. [1]
  • 376: Visigoth muncul di Danube dan dibenarkan memasuki Empayar Rom ketika melarikan diri daripada serangan Huns.
  • 378: Pertarungan Adrianople. Tentera Rom dikalahkan oleh tentera berkuda Visigoth. Maharaja Valens dibunuh.
  • 378395: Theodosius I, Maharaja Rom, mengharamkan penyembahan-penyembahan jahiliah, Kristian dijadikan agama rasmi Empayar.
  • 383: Peperangan Sungai Fei di China

Tokoh ketara

  • Arius, pengasas Arianisme
  • Athanasius, penentang Arius
  • Saint Augustine dari Hippo, ahli agama
  • Saint Ambrose, biskop Milan
  • Basil dari Caesarea, pembentuk semula kebiaraan Kristian
  • Julian the Apostate
  • Eusebius, sejarawan Gereja Kristian terkenal
  • Frumentius, Hawari Habsyah
  • Ge Hong, ahli alkimia China
  • Gu Kaizhi, pelukis China
  • Ammianus Marcellinus, Sejarawan Rom
  • Saint Martin dari Tours
  • Pachomius, pengasas kebiaraan Kristian
  • Ulfilas, Hawari Goth
  • Gwanggaeto the Great of Goguryeo, Raja negeri Korea purba Goguryeo secara hebatnya mengembangkan wilayah
  • Tao Qian, pemuisi China

Ciptaan, penemuan, pengenalan

Rujukan

  1. ^ Roberts, J: "History of the World.". Penguin, 1994.
  2. ^ The stirrup and its effect on chinese military history
  3. ^ The invention and influences of stirrup
290-an 290 291 292 293 294 295 296 297 298 299
300-an 300 301 302 303 304 305 306 307 308 309
310-an 310 311 312 313 314 315 316 317 318 319
320-an 320 321 322 323 324 325 326 327 328 329
330-an 330 331 332 333 334 335 336 337 338 339
340-an 340 341 342 343 344 345 346 347 348 349
350-an 350 351 352 353 354 355 356 357 358 359
360-an 360 361 362 363 364 365 366 367 368 369
370-an 370 371 372 373 374 375 376 377 378 379
380-an 380 381 382 383 384 385 386 387 388 389
390-an 390 391 392 393 394 395 396 397 398 399
400-an 400 401 402 403 404 405 406 407 408 409
320-an

Dekad 320-an merupakan tahun-tahun dari 320 hingga 329.

330-an

Dekad 330-an merupakan tahun-tahun dari 330 hingga 339.

340-an

Dekad 340-an merupakan tahun-tahun dari 340 hingga 349.

400-an

Dekad 400-an merupakan tahun-tahun dari 400 hingga 409.

430-an

Dekad 430-an merupakan tahun-tahun dari 430 hingga 439.

450-an

Dekad 450-an merupakan tahun-tahun dari 450 hingga 459.

470-an

Dekad 470-an merupakan tahun-tahun dari 470 hingga 479.

490-an

Dekad 490-an merupakan tahun-tahun dari 490 hingga 499.

Abad ke-3

Abad ke-3 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 201 hingga 300 dalam kalendar Gregory.

Abad ke-3 SM

Abad ke-3 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 300 SM hingga 31 Disember 201 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-4 SM

Abad ke-4 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 400 SM hingga 31 Disember 301 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-5

Abad ke-5 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 401 hingga 500 dalam kalendar Gregory.

Antokiah

Antokiah di Orontes adalah satu bandar lama di sebelah timur (tebing kiri) Sungai Orontes di tapak bandar moden Antakya, Turki.

Bandar ini ditubuhkan pada akhir abad ke-4 SM oleh Seleucus Nicator I, seorang jeneral Alexander Agung. Antioch menjadi saingan Iskandariah sebagai bandar raya utama di timur. Ia merupakan satu dari empat bandar raya tetrapolis orang Syria.

Fiqah

Fiqah (Bahasa Arab: فقه‎) menurut bahasa bererti mengetahui dan memahamkan. Menurut istilah, ia adalah suatu ilmu yang menerangkan segala hukum syarak yang diambil dari al-Quran dan sunah Nabi Muhammad secara penelitian yang mendalam iaitu dengan jalan ijtihad dan istinbat.

Habsyah

Habsyah ([hab-syah], dari bahasa Arab: الحبشة) atau Ethiopia [i-ti-yo-pi-ya] merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Tanduk Afrika dan tergolong dalam negara-negara tertua di dunia. Kawasan Ethiopia juga merupakan antara tapak tamadun yang terawal di dunia. Kerajaan Ethiopa pertama dibentuk sekitar tahun 980 S.M. dan menerima agama Kristian pada abad ke-4 M. Kini, Ethiopia merupakan negara berbentuk republik dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kerjasama antarabangsa. Ibu negaranya, Addis Ababa merupakan pusat pentadbiran Kesatuan Afrika (AU).

Milenium pertama

Milenium ke-1 merupakan tempoh seribu tahun yang pertama dari 1 Januari 1 hingga 31 Disember 1000 dalam kalendar Gregory. Tidak adanya "tahun sifar" dalam kalendar Gregory.

Bahagian awal milenium ke-1 menandakan kemuncak Empayar Rom. Zaman Purba Akhir ialah tempoh peralihan yang mengubahkan Empayar Rom Timur menjadi Empayar Byzantin, manakala Empayar Rom Barat jatuh dan menimbulkan Zaman Pertengahan Awal Eropah. Agama Kristian dan Islam masing-masing bangkit untuk berkuasa pada abad ke-4 dan ke-7. Bahagian akhir milenium ke-1 melihat peralihan kepada Zaman Pertengahan Tinggi. Jumlah penduduk dunia yang telah bertambah sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan milenium sebelumnya bertambah dengan lebih perlahan dan mungkin juga merosot. Mengikut satu anggaran, jumlah penduduk dunia bertambah daripada kira-kira 170 hingga 300 juta, tetapi terdapat juga anggaran-anggaran yang berlainan, dengan sesetengah anggaran yang menganggap bahawa jumlah penduduk dunia telah dikurangkan daripada 400 juta orang sehingga 250 juta orang.

Milenium pertama SM

Milenium Ke-1 SM merangkumi Zaman Besi dan melihat kebangkitan empayar-empayar yang berturut-turut. Empayar Neo-Assyria disusuli oleh Empayar Achaemenid. Di Yunani, Zaman Purba Klasik bermula dengan penjajahan Magna Graecia dan memuncak dengan kebangkitan Hellenisme. Akhir milenium ini melihat kebangkitan Empayar Rom. Di Asia Selatan, peradaban Veda bersepadu dengan Empayar Maurya. Orang-orang Celt awal menguasai Eropah Tengah, sementara Eropah Utara masih berada dalam Zaman Besi Pra-Rom. Orang-orang Scythia menguasai Asia Tengah. Di China, Zaman Musim Luruh dan Musim Bunga melihat kebangkitan Konfusianisme. Menjelang akhir milenium ini, Dinasti Han memperluas kuasa Cina ke Asia Tengah sehingga sempadan negara-negara Indo-Yunani dan Iran. Peradaban Maya bangkit di Amerika Tengah sementara di Afrika, Mesir Kuno mula merosot dan peradaban Ethiopia bangkit. Agama-agama Yahudi, Zoroastrianisme, Hinduisme (agama Veda dan Vedanta), Jainisme dan Buddhisme berkembang. Eropah Yunani-Rom, India dan China melihat kebangkitan kesusasteraan. Jumlah penduduk dunia bertambah secara pesat pada sepanjang milenium dan mencapai 170 hingga 400 juta orang pada akhir milenium ini, bergantung kepada anggaran yang digunakan.

Senarai tahun

Halaman ini mengindekskan halaman-halaman tahun yang berasingan.

Strasbourg

Strasbourg atau dalam bahasa Jerman Straßburg, "bandar jalan") merupakan bandar utama daerah Alsace di timur Perancis, berhampiran sempadan Rhine dengan Jerrnan. Strasbourg dikelilingi kawasan perumahan yang luas. Strasbourg merupakan ibunegeri jajahan préfecture Bas-Rhin.

Strasbourg merupakan pusat perusahaan dan kejuruteraan, termasuk juga perhubungan jalan, landasan, dan sungai. sungai Strasbourg juga merupakan pusat Majlis Eropah dan Mahkamah Hak Assasi Eropah dan merupakan satu dari tapak Parliment Eropah.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.