Abad ke-2

Abad ke-2 merujuk kepada tempoh antara 101 hingga 200 dalam Zaman Kristian, menurut takwim Julius. Abad ini dianggap sebagai sebahagian Zaman Klasik atau Zaman Sejarah.

Milenium: milenium pertama
Abad:
Garis masa:
Ketua negara:
  • abad pertama
  • abad ke-2
  • abad ke-3
Dekad:
Kategori: Kelahiran – Kematian
Penubuhan – Pembubaran

Peristiwa

Hadrian's wall at Greenhead Lough
Sebahagian Tembok Hadrian di Great Britain masih wujud berhampiran dengan Greenhead dan di sepanjang laluannya, walaupun banyak bahagian telah dimusnahkan supaya dapat memperoleh batu-batunya untuk berbagai-bagai projek pembinaan yang berhampiran.

Tokoh-tokoh

Perekaan, penemuan, dan pengenalan

90-an 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99
100-an 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109
110-an 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119
120-an 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129
130-an 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139
140-an 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149
150-an 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159
160-an 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169
170-an 170 171 172 173 174 175 176 177 178 179
180-an 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189
190-an 190 191 192 193 194 195 196 197 198 199
200-an 200 201 202 203 204 205 206 207 208 209
Abad ke-2 SM

Abad ke-2 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 200 SM hingga 31 Disember 101 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-3

Abad ke-3 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 201 hingga 300 dalam kalendar Gregory.

Abad ke-3 SM

Abad ke-3 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 300 SM hingga 31 Disember 201 SM dalam kalendar Gregory.

Abad pertama

Abad Pertama merujuk kepada tempoh dari 1 hingga 100 dalam takwim Gregorius. Bagi takwim astronomi, abad ini ialah antara tahun 0 hingga tahun 99. Abad ini dianggap sebagai sebahagian Zaman Klasik atau Zaman Sejarah.

Abad pertama SM

Abad ke-1 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 100 SM hingga 31 Disember 1 SM dalam kalendar Gregory. Nama lainnya "abad terakhir SM". Sistem kalendar Gregory tidak mempunyai tahun sifar.

Buruj

Dalam astronomi moden, suatu buruj atau konstelasi atau gugusan ialah kawasan yang dinyatakan di seluruh daripada sfera cakerawala. Kawasan-kawasan ini dikelaskan di dalam asterisme, yang merupakan corak terbentuk oleh bintang-bintang ulung dengan kedekatan nyata ke satu sama lain di langit malam Bumi.

Terdapat 88 buruj piawai diakui oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union, IAU) sejak 1922. Kebanyakannya dirujuk kepada 48 buruj dinyatakan oleh Ptolemy dalam Almagest bertarikh abad ke-2. Selebihnya dinyatakan pada abad ke-17 dan ke-18; yang terkini ditemui di langit selatan, dinyatakan dalam Coelum australe stelliferum oleh Nicolas Louis de Lacaille pada 1763.

Ada juga sebilangan buruj terdahulu yang tidak diakui oleh IAU, atau buruj yang diakui dalam tradisi rantauan astronomi atau astrologi, seperti buruj-buruj Cina, Hindu atau Orang Asli Australia. Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam rajah contoh di sebelah, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.

Cawan (buruj)

Cawan, Cangkir, atau Crater (Crt) ialah sebuah buruj. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud cawan atau cangkir, dan dalam mitologi Yunani, buruj ini dikenal pasti dengan cawan dewa Apollo. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Buruj ini adalah malap, tanpa bintang yang lebih cerah daripada magnitud ketiga.

Fiqah

Fiqah (Bahasa Arab: فقه‎) menurut bahasa bererti mengetahui dan memahamkan. Menurut istilah, ia adalah suatu ilmu yang menerangkan segala hukum syarak yang diambil dari al-Quran dan sunah Nabi Muhammad secara penelitian yang mendalam iaitu dengan jalan ijtihad dan istinbat.

Gagak (buruj)

Gagak, Burung Gagak, atau Corvus (Crv) ialah sebuah buruj kecil di Hemisfera Samawi Selatan. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "gagak". Buruj ini menyertakan hanya 11 buah bintang dengan magnitud lebih cerah daripada 4.02. Sebagai salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, buruj ini kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Keempat-emapt bintang tercerahnya, Gamma, Delta, Epsilon, dan Beta Corvi membentuk sebuah segi empat yang menonjol di langit malam.

Geografi

Geografi (Tulisan Jawi: ڬيوڬرافي) ialah sains ruang dan tempat. Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia hidup. Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semula jadi dan budaya yang terdapat di merata tempat di dunia. Perkataan "Geografi" berasal daripada dua perkataan bahasa Yunani, iaitu kata nama "geo" yang bermaksud bumi dan kata kerja "graphon" yang bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang Yunani telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang bumi". Ahli-ahli geografi menumpukan perhatian mereka terhadap ciri-ciri dan pola-pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui deskripsi dalam buku mahupun melalui persembahan visual dalam peta. Mereka sentiasa cuba menghuraikan bagaimana setiap ciri-ciri dan pola yang istimewa terhadap sesuatu tempat di permukaan bumi telah timbul. Mereka juga sentiasa mencari sebab-sebab tentang kewujudan ciri dan pola taburan sesuatu fenomena, khasnya jika dikaitkan dengan ruang dan masa. Pendek kata, objektif utama bidang geografi ialah untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi.

Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.

Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

Herkules (buruj)

Herkules atau Hercules (Her) ialah sebuah buruj yang dinamai sempena Herkules, wira mitologi Rom yang diadaptasi daripada wira mitologi Yunani, Herakles. Hercules merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden kini. Buruj ini ialah buruj moden kelima terbesar.

Marcus Aurelius

Marcus Aurelius Antoninus Augustus 26 April 121 – 17 Mac 180 Masihi) merupakan Maharaja Rom 161 to 180. Baginda memerintah bersama kakanda angkatnya, Lucius Verus (sehingga 169) dan Commodus (anak Lucius, sehingga 177).

Baginda berpegang kuat kepada falsafah Stoikisme, penulisan mengenai pengalamannya berfalsafah sendiri iaitu Ta eis heauton dianggap sebagai salah satu mahakarya dalam bidang ini secara umumnya.Kemangkatan baginda menandakan berakhirnya Pax Romana lalu membawa kepada runtuhnya Empayar Rom Barat akibat ketidakstabilan dalaman yang berlaku di seluruh kawasannya.

Naga (buruj)

Naga atau Draco (Dra) ialah sebuah buruj di langit jauh utara. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud naga. Draco adalah keliling kutub (iaitu, tidak pernah tetap) untuk ramai pencerap di hemisfera utara. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden kini. Kutub utara bagi ekliptik adalah dalam Draco. Draco boleh dilihat sepanjang tahun dari garis-garis lintang utara.

Pemanah (buruj)

Pemanah, Danuh (Bahasa Sanskrit: धनु Dhanu), Kaus (Bahasa Arab: القوس‎ al-Qaws), atau Sagitarius atau Sagittarius (Sgr) ialah salah sebuah buruj zodiak. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud pemanah, dan lambangnya ialah (Unicode U+2650 ♐). Sagittarius kerap diwakilkan sebagai sentaur yang menarik busur. Buruj ini terletak di antara Scorpius (Kala) dan Ophiuchus (Peregang Ular) ke barat dengan Capricornus (Kambing Duyung) ke timur.

Peregang Ular

Peregang Ular, Pembawa Ular, atau Ofiukus atau Ophiuchus (Oph) ialah sebuah buruj besar yang terletak di sekitar khatulistiwa samawi. Namanya dalam bahasa Latin adalah daripada Ὀφιοῦχος "pembawa ular" dalam bahasa Yunani, dan kerap diwakilkan sebagai seorang lelaki yang menggenggam ular yang diwakili oleh buruj Serpens (Ular). Ophiuchus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Buruj ini dahulu dikenali sebagai Serpentarius dan Anguitenens.

Sabtu

Hari Sabtu (Saturday dalam Bahasa Inggeris) merupakan hari terakhir dalam seminggu dan datang selepas hari Jumaat. Hari Sabtu dikira hari sebelum hari Ahad. Perkataan Sabtu juga berasal daripada Bahasa Arab. Orang berbangsa Rom menamakannya sebagai Sāturni diēs ("Hari Zuhal") sebelum abad ke-2 bagi merujuk planet Zuhal, yang mana ia mengawal jam pertama untuk hari itu berdasarkan Vettius Valens.[petikan diperlukan] Kemudian, nama hari itu diperkenalkan ke dalam bahasa-bahasa Germanik Barat dan direkodkan ke dalam Bahasa-bahasa Germanik Rendah seperti German Tengah Rendah sater(s)dach, Tengah Belanda saterdag (Belanda Moden zaterdag) dan bahasa Inggeris lama berbunyi Sætern(es)dæġ dan Sæterdæġ. Namun begitu, nama itu telah dipilih sebagai calque dalam mitologi tuhan Saturn, daripada inilah planet Zuhal mendapat nama. Dalam Inggeris Lama, Saturday juga dikenali sebagai sunnanæfen ("matahari" + "ambang" cf. Jerman berdialek Sonnabend).Di Malaysia, hari Sabtu ialah hari cuti mingguan. Sambutan hari lahir Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia adalah pada Sabtu pertama dalam bulan Jun.

Bagi orang Yahudi dan mazhab Kristian protestan [:en:Seventh-day Adventist Seventh-day Adventist Church], hari Sabtu juga dikenali sebagai Shabbat, 'Sabat', iaitu hari rehat dan hari penyembahan ketika mana mereka pergi ke sinagog atau gereja berdasarkan Kitab Suci.

Senarai tahun

Halaman ini mengindekskan halaman-halaman tahun yang berasingan.

Serigala (buruj)

Serigala atau Lupus (Lup) ialah sebuah buruj yang terletak di langit lepas selatan. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud serigala. Lupus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden, tetapi buruj ini dahulu merupakan asterisme yang berkaitan dengan buruj jiran Centaurus (Sentaur).

Sungai (buruj)

Sungai, Sungai Eridanus, atau Eridanus (Eri) ialah sebuah buruj di hemisfera selatan. Buruj ini diwakilkan sebagai sungai; namanya dalam bahasa Latin merupakan nama Latin untuk Sungai Po. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Buruj ini merupakan buruj keenam terbesar daripada buruj-buruj moden.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.