Abad ke-16



Abad ke-16 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1501 hingga 1600 dalam kalendar Gregory.

Milenium: milenium ke-2
Abad:
Garis masa:
Ketua negara:
  • abad ke-15
  • abad ke-16
  • abad ke-17
Dekad:
Kategori: Kelahiran – Kematian
Penubuhan – Pembubaran

Peristiwa

1490-an 1490 1491 1492 1493 1494 1495 1496 1497 1498 1499
1500-an 1500 1501 1502 1503 1504 1505 1506 1507 1508 1509
1510-an 1510 1511 1512 1513 1514 1515 1516 1517 1518 1519
1520-an 1520 1521 1522 1523 1524 1525 1526 1527 1528 1529
1530-an 1530 1531 1532 1533 1534 1535 1536 1537 1538 1539
1540-an 1540 1541 1542 1543 1544 1545 1546 1547 1548 1549
1550-an 1550 1551 1552 1553 1554 1555 1556 1557 1558 1559
1560-an 1560 1561 1562 1563 1564 1565 1566 1567 1568 1569
1570-an 1570 1571 1572 1573 1574 1575 1576 1577 1578 1579
1580-an 1580 1581 1582 1583 1584 1585 1586 1587 1588 1589
1590-an 1590 1591 1592 1593 1594 1595 1596 1597 1598 1599
1600-an 1600 1601 1602 1603 1604 1605 1606 1607 1608 1609
Abad ke-15

Abad ke-15 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1401 hingga 1500 dalam kalendar Gregory.

Abad ke-16 SM

Abad ke-16 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1600 SM hingga 31 Disember 1501 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-17

Abad ke-17 merujuk kepada tempuh dari 1601 hingga 1700 dalam kalendar Gregory.

Aceh Jaya

Aceh Jaya ialah sebuah kabupaten baru hasil pemecahan Kabupaten Aceh Barat. Sebelah utara kabupaten ini bersempadan dengan Kabupaten Aceh Besar, sebelah barat bersempadan dengan Lautan Hindi, kemudian sebelah selatan bersempadan dengan Kabupaten Aceh Barat dan sebelah timur dengan Kabupaten Pidie.

Kabupaten Aceh Jaya, khususnya kecamatan Jaya terkenal dengan profil penduduknya yang khas. Sebahagian penduduk kecamatan Jaya ini berprofil seperti orang Europah di mana ada yang berkulit putih, bermata biru dan berambut perang. Mereka dipercaya merupakan keturunan prajurit Portugis di abad ke-16 yang kapalnya terdampar di pantai Kerajaan Daya, dan ditawan oleh raja kawasan itu. Para prajurit Portugis yang tertawan ini lama-kelamaan masuk Islam, menikah dengan penduduk setempat dan menyerap tradisi Aceh secara turun-temurun. Keturunan mereka ketika ini bertumpu khususnya di kecamatan Jaya (sekitar 75 km arah barat daya Banda Aceh).

Aceh Jaya beribukota di Calang

Aceh Jaya terdiri dari kecamatan-kecamatan sebagai berikut :

Jaya

Krueng Sabee

Panga

Sampoi Niet, dan

Setia Bakti

Cenderawasih (buruj)

Cenderawasih atau Apus (Aps) ialah sebuah buruj malap di langit selatan, pertama kali ditakrifkan pada hujung abad ke-16. Namanya bermaksud "tanpa kaki" dalam bahasa Yunani, dan buruj ini mewakili cenderawasih (yang pernah dipercayai tidak berkaki). Buruj ini disempadani oleh Triangulum Australe (Segi Tiga Selatan), Circinus (Kompas), Musca (Lalat), Chamaeleon (Sumpah-sumpah), Octans (Oktan), Pavo (Merak) dan Ara (buruj).

Henry VII dari England

Henry VII (Bahasa Wales: Harri Tudur; 28 Januari 1457 – 21 April 1509) merupakan Raja England dan Lord Ireland sejak baginda merampas takhta pada 22 Ogos 1485 sehinggalah kemangkatan baginda pada 21 April 1509. Baginda merupakan raja pertama dari Kerabat Tudor.

Henry memperoleh takhta berkenaan apabila angkatan baginda mengalahkan Raja Richard III di Pertempuran Padang Bosworth, the culmination of the Perang Bunga Mawar. Baginda merupakan raja terakhir England untuk memenangi takhta dalam medan pertempuran. Baginda mengeratkan tuntutannya dengan mengahwini Elizabeth of York, paduka puteri Raja Edward IV dan paduka puteri saudara Raja Richard III. Henry berjaya memulihkan kuasa dan kestabilan pemerintahan beraja Inggeris selepas perang saudara.

Johannes Kepler

Johannes Kepler (Sebutan bahasa Jerman: [ˈkɛplɐ]; 27 Disember 1571 – 15 November 1630) adalah seorang ahli matematik, astronomi and astrologi Jerman, dan merupakan orang penting di dalam revolusi saintifik abad ke-17. Beliau paling dikenali dengan pembuktiannya menggunakan hukum gerakan planet, yang dikodkan oleh ahli astronomi terkemudian, berdasarkan kerjanya Astronomia nova, Harmonices Mundi dan Epitome of Copernican Astronomy. Mereka juga menyediakan salah satu asas untuk teori graviti semesta Isaac Newton.

Kentang

Kentang ialah tanaman daripada famili Solanaceae yang memiliki ubi. Ubi kentang sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan.

Penjelajah-penjelajah Sepanyol dan Portugis pertama kali membawa tumbuhan ini ke Eropah dan menanamnya pada abad ke-16. Dengan cepatnya, menu baru ini tersebar ke seluruh Eropah. Dalam sejarah penghijrahan orang Eropah ke Amerika, tanaman ini pernah menjadi pencetus utama penghijrahan bangsa Ireland ke Amerika pada abad ke-19 semasa wabak penyakit ubi merebak di Ireland, akibat kulapuk yang dipanggil ergot.

Masjid Eid Gah

Masjid Eid Gah atau Masjid Id Gah adalah masjid kedua terbesar di Kabul yang merupakan ibu negara bagi Afghanistan. Ia dianggap sebagai masjid yang penting di negara ini di mana satu juta orang menunaikan Solat Sunat Hari Raya dua kali setahun.

Milenium ke-2

Milenium ke-2 bermula dari 1 Januari 1001 hingga 31 Disember 2000 dalam kalendar Gregory. Milenium ini mungkin dianggap dengan lebih umum sebagai bermula dan berakhir setahun lebih awal dan oleh itu, bermula dari permulaan tahun 1000 dan tamat pada akhir tahun 1999.

Milenium ke-2 merangkumi Zaman Pertengahan Tinggi, Zaman Pembaharuan Eropah, Zaman Moden Awal, zaman Penjajahan, zaman Pengindustrian, serta kebangkitan negara-negara bangsa dan demokrasi, dan berakhir pada abad ke-20 dengan skala perang yang tidak pernah berlaku (Perang Dunia dan bom nuklear merupakan contoh), kemajuan teknologi (penjelajahan angkasa lepas), kemerosotan alam sekitar, dan pertumbuhan penduduk.

Sejak abad ke-16, pergerakan penduduk yang utama bermula, khususnya dari Eropah dan Afrika (melalui perdagangan abdi Atlantik) ke Dunia Baru dan mengawalkan zaman leluhur sama yang paling terkini untuk manusia serta memulakan proses globalisasi yang semakin memecut.

Jumlah penduduk dunia bertambah sekali ganda pada tujuh abad pertama dalam milenium ini dari 310 juta orang pada tahun 1000 sehingga 600 juta orang pada tahun 1700. Jumlah penduduk bertambah sepuluh kali ganda dalam tempoh tiga abad terakhir dan mencapai 6,070 juta orang pada tahun 2000.

Miri

Miri ialah bandaraya di Bahagian Miri, Sarawak, Malaysia. Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dan gas asli yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di bandar Miri. Semenjak itu, Daerah Miri terus pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputera Miri pada abad ke-16. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini.

Bandaraya ini dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei. Keluasan bandaraya Miri ialah 977.43 km persegi. Ia mempunyai kira-kira 350 ribu orang penduduk terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melayu, Melanau, India, Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan, Bidayuh, Kedayan , Lun Bawang/Lun Dayeh dan lain-lain lagi.

Setelah diiktiraf sebagai bandaraya pada Mei 2005 lalu, bandar Miri semakin pesat membangun dan kini lebih dikenali sebagai bandaraya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Hal ini menjadikan Miri sebagai salah satu tumpuan pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri keindahannya. Mencari gali minyak masih diteruskan tetapi lebih tertumpu di persisiran pantai Miri.

Antara tempat yang menarik di Miri ialah Taman Negara Lambir, Taman Negara Niah, Taman Negara Mulu dan Taman Buaya.

Nagasaki

Nagasaki (長崎市, Nagasaki-shi) ( dengar ) ialah pusat pentadbiran dan bandar raya terbesar di Wilayah Nagasaki di Jepun, dan dahulunya merupakan sebahagian Daerah Nishisonogi.

Nagasaki merupakan pusat pengaruh Eropah pada abad ke-16, dan menjadi sebuah markas Tentera Laut Maharaja Jepun yang utama ketika Perang China-Jepun Pertama dan Perang Rusia-Jepun.

Ketika Perang Dunia II, Nagasaki menjadi bandaraya kedua di dunia yang menjadi mangsa perang nuklear.

Nicolaus Copernicus

Nicolaus Copernicus (19 Februari 1473 – 24 Mei 1543) merupakan ahli astronomi dan biarawan Katolik Rom kelahiran utara Poland.

Beliau dianggap bapa ilmu falak moden. Ketika hidupnya, Copernicus dipandang remeh kerana dia hanyalah biarawan rendah / bruder dalam hirarki gereja Katolik.

Peru

Republik Peru (Bahasa Sepanyol: Perú; Quechua, Aymara: Piruw) adalah sebuah negara di Amerika Selatan bahagian barat, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara, Brazil di timur, Bolivia di timur, tenggara dan selatan, Chile di selatan dan Lautan Pasifik di barat. Peru merupakan negara yang kaya dalam budaya antropologi, dan dikenali sebagai tempat lahir Empayar Inca yang beribu kota di Macchu Piccu.

Wilayah Peru adalah pusat tamadun Norte Chico, salah satu daripada tamadun tertua di dunia, Empayar Inca adalah negara terbesar di zaman Colombia Amerika. Empayar Sepanyol telah menjajah negara ini sejak abad ke-16 dan melaksanakan sistem Wizurai di semua koloni Sepanyol di Amerika Latin. Peru merdeka pada 1821 dan menempuh pelbagai kesukaran dari segi politik dan kegawatan ekonomi.

Peru melaksanakan sistem demokratik perwakilan di mana Peru dibahagi kepada 25 negeri.

Dari segi geografi, Peru menganjur dari pantai Lautan Pasifik hingga ke puncak pergunungan Andes. Hutannya sama seperti Malaysia iaitu hutan tropika terutama di Lembah Amazon. Peru merupakan sebuah negara sedang membangun. Indek Pembangunan Kemanusiaan pada kadar 50 % sahaja. Ekonomi utama ialah pertanian, perikanan, perlombongan, pengeluaran barangan terutama tekstil.

Penduduknya seramai 28 juta dan pelbagai etnik. Ini termasuklah Amerindian, Afrikan dan berketurunan Sepanyol. Mereka bercakap dalam bahasa Sepanyol kerana pernah dijajah selama ratusan tahun oleh Sepanyol. Bahasa lain ialah bahasa Quechua.

Sabbioneta

Sabbioneta ialah sebuah bandar yang terletak di Wilayah Mantova, Itali, kira-kira 30 km di utara Panama. Bandar ini memiliki keluasan sebesar 37 km². Bandar ini memiliki penduduk seramai 4,260 orang. Bandar ini terletak memiliki poskod 46018.

Sabbioneta diasaskan oleh Vespasiano I Gonzaga pada akhir abad ke-16.

Schipperke

Schipperke (Sebutan bahasa Melayu: [skipərkə]; Sebutan Belanda: [ˈsxɪpərkə]) ialah satu baka anjing Belgium kecil yang berasal pada abad ke-16. Ada perdebatan tidak rasmi panjang sama ada jenis anjing ini ialah spits atau anjing gembala kecil. Di tanah airnya, Belgium, ia dianggap sebagai anjing gembala kecil.

Virginia

Virginia adalah negeri di Amerika Syarikat di sebelah barat dengan populasi melebihi 7.7 juta. Negeri ini dikenali sebagai "ibu kepada presiden-presiden" kerana ia adalah tempat lahir untuk lapan orang presiden Amerika Syarikat.

Nama Virginia diberikan para peneroka dari England - terutamanya dalam ekspidisi Walter Raleigh pada abad ke-16 - sempena memperingati Ratu England, Elizabeth I yang tidak pernah berkahwin dan lalu diberi julukan "Ratu Perawan" (The Virgin Queen).

Zaman Sengoku

Zaman Sengoku (戦国時代, sengoku jidai, zaman negara-negara berperang) (sekitar 1493 - sekitar 1573) adalah salah satu pembagian zaman dalam sejarah Jepun yang dimulai sekitar tahun 1493 Peristiwa Meiōnoseihen (pergolakan di dalam klan Ashikaga untuk menentukan pewaris jabatan shogun) sampai shogun ke-15 Ashikaga Yoshiaki ditaklukkan oleh Oda Nobunaga yang menandai akhir zaman Muromachi dan mengawali zaman Azuchi Momoyama. Zaman Sengoku adalah akhir dari zaman Muromachi. Ada juga pendapat yang mengatakan zaman Azuchi Momoyama atau disebut juga zaman Shokuhō (織豊時代, shokuhō jidai, zaman Oda Nobunaga-Toyotomi Hideyoshi) sudah dimulai sejak Oda Nobunaga mulai bertugas di Kyoto sebagai pengikut Ashikaga Yoshiaki.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.