91 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
  • 11-an SM
  • 10-an SM
  • 9-an SM
  • 8-an SM
  • 7-an SM
Tahun:

Peristiwa

Mengikut tempat

Asia

  • Liu Ju, putera mahkota Dinasti Han memberontak terhadap bapanya, Maharaja Wu, serta perbicaraan-pembicaraan ilmu sihirnya. Selepas pemberontakannya gagal, beliau menggantung diri.
  • Rekod-rekod Ahli Sejarah Agung disusun oleh Sima Qian.

Rom

  • Konsul-konsul: Sextus Julius Caesar, dan Lucius Marcius Philippus
  • Tribun Marcus Livius Drusus mencadangkan pemberian kewarganegaraan Rom kepada sekutu-sekutu kota Italinya, tetapi dibunuh dan mencetuskan Perang Sosial.

Kelahiran

  • Maharaja Xuan dari Han

Kematian

  • Nicomedes II, raja Bithynia
  • Marcus Livius Drusus (dibunuh)
  • Lucius Licinius Crassus, konsul dan pemidato Rom
  • Liu Ju, putera mahkota Dinasti Han (pembunuhan diri)
90-an SM

Dekad 90-an SM merupakan tahun-tahun dari 99 SM hingga 90 SM.

Abad ke-11 SM

Abad ke-11 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1100 SM hingga 31 Disember 1001 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-2 SM

Abad ke-2 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 200 SM hingga 31 Disember 101 SM dalam kalendar Gregory.

Abad pertama SM

Abad ke-1 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 100 SM hingga 31 Disember 1 SM dalam kalendar Gregory. Nama lainnya "abad terakhir SM". Sistem kalendar Gregory tidak mempunyai tahun sifar.

Chi (mitos)

Chi (Bahasa Cina: 螭; pinyin: chī; Wade-Giles: ch'ih) bererti "naga tanpa tanduk" atau "puaka gunung" (iaituchimei 螭魅) dalam mitos Cina. Naga tanpa tanduk ini merupakan motif yang sering ditemui dalam seni Cina purba, dan the chiwen 螭吻 (har. "mulut naga tanpa tanduk") merupakan sejenis hiasan bumbung istana dalam seni bina Cina tradisional.

Papan selaju

Papan selaju (Bahasa Inggeris: skateboard) ialah sejenis papan yang memiliki empat roda dan digunakan untuk meluncur papan selaju. Papan ini memiliki tenaga yang dipacu dengan menggunakan satu kaki sementara kaki sebelahnya memijak papan. Pengguna boleh juga berdiri di atasnya apabila papan ini meluncur ke bawah di atas permukaan yang curam menggunakan graviti sebagai pemacu.

Sejarah Republik Rom

Asal dan sejarah awal Rom tidak dapat dipastikan. Sedangkan terdapat keterangan-keterangan yang khusus tentang asal dan sejarah Rom, pemerian-pemerian itu cenderung bersifat mitologi, dan tidak dapat merupakan sejarah objektif ketika diperlakukan dengan analisis moden.

Terdapat juga temuan arkeologi di kota Rom yang wujud sebelum tarikh pengasasan yang ditentukan oleh mitologi. Sebaliknya, kesan-kesan penempatan yang benar tidaklah sehingga tarikh itu. Bagaimanapun, mitos asal Rom mungkin mengandungi beberapa aspek kebenaran dan bertanggungjawab untuk membentukkan pandangan diri orang Rom.

Shiji

Shǐjì (Cina Tradisional: 史記, Cina Ringkas: 史记 - "Catatan Sejarah", juga "Catatan Sejarah Agung" atau "Catatan Sejarawan Agung") ialah suatu karya agung yang menampilkan susur masa sejarah kerajaan-kerajaan dalam tamadun Cina. Ia dimulakan Sima Tan, Ahli Nujum dan Sejarawan Agung dinasti Han dan dihabiskan anaknya, Sima Qian pada sekitar tahun 94 SM. Ia merangkumi segala maklumat mengenai ketamadunan Tionghua selama 2500 tahun dari mula pemerintahan Maharaja Kuning sampailah ke zaman Maharaja Wu dari Han yang semasa.

Sima Qian

Sima Qian (Cina Tradisional: 司馬遷, Cina Ringkas: 司马迁 sekitar 145 SM –90 SM) ialah seorang Pengawas Jurutulis Agung (太史令) Dinasti Han. Beliau dianggap sebagai bapa historiografi Cina kerana karya beliau yang disanjung tinggi, iaitu Shiji (史記 - "Catatan Sejarawan Agung"), yang membawa gambaran keseluruhan sejarah China yang meliputi lebih dua ribu tahun mulai dari zaman pemerintahan Maharaja Kuning hingga Maharaja Han Wudi (漢武帝). Karya tetap beliau menyediakan asas kepada historiografi Cina zaman-zaman seterusnya.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.