90 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
  • 11-an SM
  • 10-an SM
  • 9-an SM
  • 8-an SM
  • 7-an SM
Tahun:

Peristiwa

Mengikut tempat

Anatolia

  • Nicomedes IV dari Bithynia ditewaskan dalam pertempuran oleh seangkatan tentera gabungan yang terdiri daripada tentera abang (atau adiknya), Socrates, dan Mithridates VI dari Pontus. Nicomedes melarikan diri ke Rom.

Rom

  • Konsul-konsul: Lucius Julius Caesar, dan Publius Rutilius Lupus.
  • Pompeius Strabo dan Gaius Marius mendapat nama dalam Perang Sosial yang berlarutan.
  • Penduduk-penduduk Etruria diberikan kewarganegaraan Rom.
  • Corfinium di Itali tengah-selatan merupakan pusat untuk sebuah pemberontakan terhadap Rom.
  • Undang-undang Lex Iulia memberikan kewarganegaraan kepada semua penduduk-penduduk Itali yang tidak menentang Rom semasa Perang Sosial.

Kelahiran

Kematian

90-an SM

Dekad 90-an SM merupakan tahun-tahun dari 99 SM hingga 90 SM.

Abad ke-11 SM

Abad ke-11 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1100 SM hingga 31 Disember 1001 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-2 SM

Abad ke-2 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 200 SM hingga 31 Disember 101 SM dalam kalendar Gregory.

Abad pertama SM

Abad ke-1 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 100 SM hingga 31 Disember 1 SM dalam kalendar Gregory. Nama lainnya "abad terakhir SM". Sistem kalendar Gregory tidak mempunyai tahun sifar.

Atilia

Atilia (kadangkala dieja Attilia), merupakan anak perempuan kepada C. Atilius Serranus. Beliau juga adalah isteri pertama Marcus Porcius Cato Uticencis yang dinikahinya sekitar 73 SM. Aemilia Lepida yang merupakan bakal isteri kepada Marcus, telah menikah dengan Quintus Caecilius Metellus Pius Scipio Nasica. Atilia dilahirkan sekitar 90 SM.

Plutarch telah menulis melalui karya Parallel Lives, Life of Cato the Younger, 7:

[Atilia] merupakan wanita pertama yang mengadakan hubungan kelamin dengannya, tetapi bukanlah satu-satunya wanita yang pernah bersamanya. Laelius, merupakan rakan kepada Scipio Africanus; Laelius, dianggap lebih bernasib baik kerana telah mengadakan hubungan dengan seorang wanita sahaja sepanjang hayatnya.Marcus dan Atilia mempunyai seorang anak lelaki, Marcus Porcius Cato yang meninggal dunia pada pertempuran kedua Philippi, dan anak perempuan, Porcia Catonis yang menjadi isteri kepada sepupunya, Marcus Junius Brutus.

Pada sekitar tahun 63 SM, Marcus bercerai dengan Atilia atas alasan perzinaan (Atilia telah dikatakan menjadi salah satu teman wanita Julius Caesar). Marcus kemudiannya menikahi Marcia. Selepas daripada peristiwa tersebut, nama Atilia tidak lagi disebut dalam kalangan masyarakat pada ketika itu.

Diodorus

Diodorus atau Diodorus Siculus (bahasa Greek: Διόδωρος Σικελιώτης) (±.90-±.30 sbM) adalah seorang sejarawan Yunani dari Agyrium, Sisilia. Beliau telah menulis buku tentang Bibliotheca historia (Perpustakaan Sejarah) terdiri di atas 40 jilid, yang utamanya merupakan kompilasi karya-karya kuno.

Hieronimus pernah menulis bahawa Diodorus telah mencapai kesenangan (naik daun) pada tahun 49 SM yang disokong dengan pernyataan peribadi oleh Diodorus. Waktu yang paling awal disebutkan Diodorus adalah kunjungannya ke Mesir pada Olimpik Kuno ke-180 (antara tahun 60 dan 56 SM). Kunjungan ini ditandai dengan saat beliau menyaksikan kemarahan masyarakat yang meminta seorang warganegara Romawi yang secara tidak sengaja membunuh seekor kucing, haiwan yang dianggap suci oleh budaya Mesir Kuno (Bibliotheca historica 1.41, 1.83). Peristiwa terakhir yang disebutkan Diodorus adalah pembalasan Octavius ke atas kota Tauromenium, yang penolakannya atas bantuan yang diminta menimbulkan kekalahan dalam peperangan laut Octavius sekitar tahun 36 SM (16.7).

Pokok Galak Tua

Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.

Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.

Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.

Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.

Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu.

Ubi kemili mengandungi khasiat makanan yang agak sederhana. Dalam setiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan ubinya mengandungi: Air 75 g, protein 1.6g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin 0, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg vitamin C 8.1 mg.

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid atau nama ringkasnya SMK Raja Lope Nor Rashid, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Bawah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid memiliki 663 pelajar lelaki dan 744 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1407 orang. Ia mempunyai seramai 102 orang guru.2009Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Kerian, Perak.

Sima Qian

Sima Qian (Cina Tradisional: 司馬遷, Cina Ringkas: 司马迁 sekitar 145 SM –90 SM) ialah seorang Pengawas Jurutulis Agung (太史令) Dinasti Han. Beliau dianggap sebagai bapa historiografi Cina kerana karya beliau yang disanjung tinggi, iaitu Shiji (史記 - "Catatan Sejarawan Agung"), yang membawa gambaran keseluruhan sejarah China yang meliputi lebih dua ribu tahun mulai dari zaman pemerintahan Maharaja Kuning hingga Maharaja Han Wudi (漢武帝). Karya tetap beliau menyediakan asas kepada historiografi Cina zaman-zaman seterusnya.

Tentera Terracotta

Tentera Terracotta (Cina ringkas: 兵马俑; Cina tradisional: 兵馬俑; pinyin: bīngmǎ yǒng; secara harfiahnya "patung-patung pengebumian kuda dan tentera") adalah Pahlawan dan Kuda Terra Cotta untuk Maharaja China pertama Qin Shi Huang. Patung-patung terracotta, bertarikh 210 SM, telah dijumpai pada tahun 1974 oleh beberapa petani tempatan berdekatan Xi'an, wilayah Shaanxi, China berdekatan makan Maharaja Qin Pertama. (Bahasa Cina: 秦始皇陵; pinyin: Qín Shǐhuáng di). Ketinggian patung-patung ini di antara (183–195 cm - 6 kaki–6 kaki 5in), berdasarkan peranan mereka, patung tertinggi merupakan para jeneral. Antara patung yang dijumpai termasuklah pahlawan, kereta kuda, kuda, pegawai, akrobat, orang kuat, dan ahli muzik. Anggaran semasa adalah dalam tiga lubang yang mengandungi Tentera Terracotta terdapat 8,000 tentera, 130 pedati dengan 520 kuda dan 150 tentera kavalri, sebahagian besar darinya masih tertimbus dalam lubang. Ramai pakar kaji purba percaya bahawa terdapat banyak lagi lubang yang masih belum dijumpai.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.