69 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
  • 8-an SM
  • 7-an SM
  • 6-an SM
  • 5-an SM
  • 4-an SM
Tahun:

Peristiwa

Mengikut tempat

Mesir

  • Ptolemy XII menggulingkan Cleopatra V, dan menjadi raja tunggal di Mesir.

Rom

  • Konsul-konsul: Quintus Caecilius Metellus Creticus, dan Quintus Hortensius.
  • Pompey melantik Antiochus XIII Asiaticus sebagai raja Syria.
  • Angkatan tentera Rom di bawah Lucius Lucullus menewaskan angkatan tentera Tigranes II dari Armenia dalam Pertempuran Tigranocerta , dan menawan Tigranocerta, ibu kota Armenia.
  • Parthia dan Rom menetapkan semula Sungai Euphrates sebagai sempadan bersama.
  • Gaius Julius Caesar menjadi kuaestor di Sepanyol.

Kelahiran

Kematian

60-an SM

Dekad 60-an SM merupakan tahun-tahun dari 69 SM hingga 60 SM.

Abad ke-11 SM

Abad ke-11 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1100 SM hingga 31 Disember 1001 SM dalam kalendar Gregory.

Abad pertama SM

Abad ke-1 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 100 SM hingga 31 Disember 1 SM dalam kalendar Gregory. Nama lainnya "abad terakhir SM". Sistem kalendar Gregory tidak mempunyai tahun sifar.

Cleopatra

Cleopatra Ptolemy VII (Tulisan Jawi: كليوڤترا; atau Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator -Кλеопатра — Januari 69 SM – 12 Ogos 30 SM) dikenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius (atau Marc Antony). Legendanya diturunkan melalui mitos-mitos, buku-buku, novel-novel malah filem-filem. Keperibadiannya yang berbeza, daya penarikan yang unik dan bercita-cita serta berwawasan jauh menjadikannya ratu berani yang hampir menakluki seluruh dunia. Kehidupannya ibarat sebuah teka-teki yang mengagumkan. Walau bagaimanapun, di sebalik mitos, terdapat satu keperibadian yang menakjubkan, iaitu baginda mengimpikan sebuah empayar dunia, ratu kepada dunia. Baginda menjadi ratu kepada sebuah negara yang hampir sama usia dengan tamadun itu sendiri. Piramid Firaun itu adalah purba baginya sepertimana purbanya Cleopatra kepada zaman moden.

40 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, Cleopatra telah menggugat Empayar Rom yang sedang meningkat kuasa malah lebih mengancam daripada kuasa lain di dunia. Kerana itu, sesetengahnya mengatakan baginda bermisteri dan mengagumkan.

Untuk mengenali Cleopatra, propaganda Rom dan Yunani harus dijauhi malah bukti dari Mesir purba adalah penting.[petikan diperlukan] Hal ini disebabkan baginda dikhianati malah diboikot musuhnya, iaitu yang dari Yunani dan Rom. Melalui mitos yang disebarkan, Cleopatra digambarkan sebagai wanita muda yang suka berfoya-foya tetapi bukti dari Mesir menunjukkan sebaliknya.

Julius Caesar

Ucapan terkenal Caesar, "Kudatang, Kulihat, Kutawan" (Veni Vidi Vici).Gaius Julius Caesar (Tulisan Jawi: ڬايوس جوليوس سيزر; 13 Julai 100 SM - 15 Mac 44 SM) ialah seorang ahli politik, jeneral Rom dan penulis yang memainkan peranan yang penting dalam pengubahan Republik Rom menjadi Empayar Rom. Beliau telah dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada genius tentera dalam sejarah, serta ahli politik yang bijak dan pemimpin yang kuat di dunia kuno. Caesar membuat serangan pertama oleh Rom terhadap Britain pada tahun 55 SM, dan penaklukan Gaul oleh beliau telah memperluas dunia Rom sehingga ke Lautan Atlantik. Sejak beberapa zaman, gelaran "Caesar" telah menjadi lambang pemerintah agung yang berkuasa seperti "Kaiser" dalam bahasa Jerman dan "Tsar" dalam bahasa Slavik. Pada tahun 42 SM, iaitu dua tahun selepas pembunuhannya, Senat Rom telah menerima Caesar secara rasmi sebagai salah satu daripada dewa Rom. Dilahirkan pada bulan Quinctilis (13 Julai), bulan ini kemudiannya diberikan nama "Julai" (daripada nama "Julius") untuk memperingati jasa beliau.

Caesar bertempur dalam satu perang saudara yang menyebabkan beliau menjadi penguasa dunia Rom yang tidak dapat dipertikaikan dan selepas mengambil alih kerajaan, beliau memulakan pembaharuan yang meluas untuk kedua-dua masyarakat dan kerajaan Rom. Beliau diisytiharkan sebagai diktator seumur hidup, dan memusatkan birokrasi Republik dengan pesat. Dengan penuh ironi, ini memaksakan Marcus Junius Brutus, kawan Caesar, untuk berkomplot dengan orang-orang lain bagi tujuan membunuh beliau dan memulihkan Republik Rom. Pembunuhan yang dramatik ini pada 15 Mac 44 SM mencetuskan satu perang saudara yang baru di Rom.

Kempen-kempen ketenteraan Caesar dikenali secara terperinci daripada Ulasan-ulasan beliau sendiri, dan banyak perincian hidupnya telah dicatatkan oleh ahli-ahli sejarah yang kemudian, seperti Appian, Suetonius, Plutarch, Cassius Dio, dan Strabo. Maklumat tambahan boleh didapati daripada sumber sezaman yang lain, seperti persuratan dan ucapan Cicero, pesaing politik Caesar, serta puisi Catullus, dan tulisan ahli sejarah Sallust.

Papan selaju

Papan selaju (Bahasa Inggeris: skateboard) ialah sejenis papan yang memiliki empat roda dan digunakan untuk meluncur papan selaju. Papan ini memiliki tenaga yang dipacu dengan menggunakan satu kaki sementara kaki sebelahnya memijak papan. Pengguna boleh juga berdiri di atasnya apabila papan ini meluncur ke bawah di atas permukaan yang curam menggunakan graviti sebagai pemacu.

Ptolemy XII

Ptolemy Neos Dionysos Theos Philopator Theos Philadelphos (117–51 BC; Bahasa Yunani Kuno: Πτολεμαῖος Νέος Διόνυσος Θεός Φιλοπάτωρ Θεός Φιλάδελφος, disebut Ptolemaios Néos Diónusos Theós Philopátōr Theós Philádelphos ≈ Dionysus Baru, Dewa Dikasihi oleh Bapanya, Dewa Dikasihi oleh Saudaranya), lebih biasa sebagai "Auletes" (Αὐλητής, Aulētḗs = peniup seruling) atau "Nothos" (Νόθος, Nóthos = luar nikah), merupakan raja Mesir Purba dari keturunan Macedonian. Auletes bererti peniup seruling, merujuk kepada kegemaran raja memainkan seruling.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.