52 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
  • 7-an SM
  • 6-an SM
  • 5-an SM
  • 4-an SM
  • 3-an SM
Tahun:

Peristiwa

Rom

  • Konsul-konsul: Quintus Caecilius Metellus Pius Scipio, dan Gnaeus Pompeius Magnus.
  • Pompey berkahwin dengan Cornelia Metella.
  • Milo dibicarakan atas tuduhan membunuh Clodius. Walaupun dibela oleh Cicero (ucapan Pro Milone), beliau disabit bersalah dan diusir ke Massilia (Marseille masa kini).
  • Tahun terakhir Perang-perang Gaul Julius Caesar.
    • Mac - Avaricum (Bourges) dikepung dan ditawan.
    • April-Mei - Pengepungan dan penangkisan dari Gergovia.
    • Julai - Pertempuran Vingeanne, sebuah pertempuran yang tidak muktamad antara Caesar dengan Vercingetorix.
    • Julai - Pengepungan Alesia bermula.
    • Oktober - Tentera Rom menewaskan tentera Gaul yang diketuai oleh Vercingetorix dalam Pertempuran Alesia dan dengan itu, mematahkan pemberontakan Gaul. Pendamaian terakhir Gaul disiapkan pada tahun berikut.

Kelahiran

Kematian

  • 18 Januari - Publius Clodius Pulcher yang dibunuh di jalan raya Appian Way oleh Titus Annius Milo
  • Surena, jeneral Parthia (lahir 84 SM)
  • Ptolemy XII Auletes, raja Mesir
50-an SM

Dekad 50-an SM merupakan tahun-tahun dari 59 SM hingga 50 SM.

Abad ke-11 SM

Abad ke-11 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1100 SM hingga 31 Disember 1001 SM dalam kalendar Gregory.

Abad pertama SM

Abad ke-1 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 100 SM hingga 31 Disember 1 SM dalam kalendar Gregory. Nama lainnya "abad terakhir SM". Sistem kalendar Gregory tidak mempunyai tahun sifar.

Julius Caesar

Ucapan terkenal Caesar, "Kudatang, Kulihat, Kutawan" (Veni Vidi Vici).Gaius Julius Caesar (Tulisan Jawi: ڬايوس جوليوس سيزر; 13 Julai 100 SM - 15 Mac 44 SM) ialah seorang ahli politik, jeneral Rom dan penulis yang memainkan peranan yang penting dalam pengubahan Republik Rom menjadi Empayar Rom. Beliau telah dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada genius tentera dalam sejarah, serta ahli politik yang bijak dan pemimpin yang kuat di dunia kuno. Caesar membuat serangan pertama oleh Rom terhadap Britain pada tahun 55 SM, dan penaklukan Gaul oleh beliau telah memperluas dunia Rom sehingga ke Lautan Atlantik. Sejak beberapa zaman, gelaran "Caesar" telah menjadi lambang pemerintah agung yang berkuasa seperti "Kaiser" dalam bahasa Jerman dan "Tsar" dalam bahasa Slavik. Pada tahun 42 SM, iaitu dua tahun selepas pembunuhannya, Senat Rom telah menerima Caesar secara rasmi sebagai salah satu daripada dewa Rom. Dilahirkan pada bulan Quinctilis (13 Julai), bulan ini kemudiannya diberikan nama "Julai" (daripada nama "Julius") untuk memperingati jasa beliau.

Caesar bertempur dalam satu perang saudara yang menyebabkan beliau menjadi penguasa dunia Rom yang tidak dapat dipertikaikan dan selepas mengambil alih kerajaan, beliau memulakan pembaharuan yang meluas untuk kedua-dua masyarakat dan kerajaan Rom. Beliau diisytiharkan sebagai diktator seumur hidup, dan memusatkan birokrasi Republik dengan pesat. Dengan penuh ironi, ini memaksakan Marcus Junius Brutus, kawan Caesar, untuk berkomplot dengan orang-orang lain bagi tujuan membunuh beliau dan memulihkan Republik Rom. Pembunuhan yang dramatik ini pada 15 Mac 44 SM mencetuskan satu perang saudara yang baru di Rom.

Kempen-kempen ketenteraan Caesar dikenali secara terperinci daripada Ulasan-ulasan beliau sendiri, dan banyak perincian hidupnya telah dicatatkan oleh ahli-ahli sejarah yang kemudian, seperti Appian, Suetonius, Plutarch, Cassius Dio, dan Strabo. Maklumat tambahan boleh didapati daripada sumber sezaman yang lain, seperti persuratan dan ucapan Cicero, pesaing politik Caesar, serta puisi Catullus, dan tulisan ahli sejarah Sallust.

Kakaktua Maluku

Kakaktua Maluku atau Kakaktua Jambul Salmon, Cacatua moluccensis adalah sejenis burung kakaktua yang berasal dari selatan Kepulauan Maluku di timur Indonesia. Ia memiliki saiz dengan ketinggian sehingga 46–52 sm dan berat sehingga 850 g. Kakaktua ini merupakan antara kakaktua putih terbesar.

Pertempuran Alesia

Pertempuran Alesia atau Kepungan Alesia adalah konflik yang berlaku pada September 52 SM sekitar Gallic oppidum di Alesia, pusat bandar utama dan kota bukit puak Mandubii, terletak kemungkinannya di Chaux-des-Crotenay (Jura). Penyelidikan awal meletakkan Alesia di puncak Gunung Mont Auxois, atas Alise-Sainte-Reine moden di Perancis, tetapi lokasi ini tidak bersesuaian dengan gambaran Caesar mengenai pertempuran tersebut. Alise-Sainte-Reine masih merupakan lokasi rasmi Alesia. Pertempuran ini berlaku antara tentera Republik Rom diperintah oleh Julius Caesar, dibantu oleh komander kavalri Marcus Antonius, Titus Labienus dan Gaius Trebonius, melawan persekutuan puak Gallic bersatu di bawah pimpinan Vercingetorix dari Averni. Alesia merupakan pertempuran utama antara Gauls dan Rom dan menandakan titik perubahan dalam Perperangan Gallic pada Rom. Pengepungan Alesia dianggap sebagai salah satu pencapaian ketenteraan Caesar teragung dan masih merupakan salah satu contoh pertempuran kepungan dan circumvallation. Kejadian ini digambarkan oleh beberapa penulis semasa, termasuk Caesar sendiri dalam De Bello Gallico. Selepas kemenangan Rom, Gaul (secara kasar Perancis moden) ditundukkan dan menjadi Jajahan Rom. Bantahan Senat Rom bagi membenarkan Caesar penghormatan triumph bagi kemenangannya dalam Peperangan Gallic akhirnya mambawa, sebahagiannya, kepada perperangan saudara Rom 50 SM-45 SM.

Sallust

Gaius Sallustius Crispus, dikenali secara mudah sebagai Sallust, (86-34 SM) ialah seorang ahli sejarah Republik Rom.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.