43 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
  • 6-an SM
  • 5-an SM
  • 4-an SM
  • 3-an SM
  • 2-an SM
Tahun:

Peristiwa

Mengikut tempat

Rom

  • 14 April - Pertempuran Forum Gallorum: Mark Antony yang mengepung Decimus Brutus (pembunuh Caesar) di Mutina, menewaskan angkatan tentera konsul Pansa, tetapi dengan pantasnya ditewaskan oleh angkatan tentera Hirtius, konsul yang lain. Kedua-dua konsul kemudian dibunuh (Hirtius selepas Pertempuran Mutina), dan Octavian mengambil alih tentera mereka.
  • 21 April - Kecaman hebat Cicero yang ke-14 dan yang terakhir.
  • 21 April - Antony sekali lagi ditewaskan dalam Pertempuran Mutina oleh tentera campuran Octavian, Decimus Brutus, dan kedua-dua konsul bagi tahun itu. Antony mengundurkan tenteranya ke Transalpine Gaul (Perancis) untuk bergabung dengan Aemilius Lepidus, tidak lama selepas Decimus Brutus dibunuh oleh penyamun.
  • Julai-Ogos – Antony semula lagi menjadi ketua kepada sebuah angkatan tentera yang besar, tetapi Octavian dapat memasuki Rom dalam bilangan yang banyak tanpa tentangan. Rancangan Cicero untuk membahagikan mereka dan menyebabkan mereka bertempur antara satu sama lain jelas tergagal.
  • 26 November - Octavian bertemu dengan Antony dan Lepidus di Bononia, dan ketiga-tiga ini mencipta Perintahan Bertiga Kedua, pakatan autokratik lima tahun yang rasmi (lihat lex Titia).

Gaul

  • Lugdunum (Lyon) diasaskan.

Asia

Kelahiran

Kematian

  • 7 Disember - Cicero, ahli politik dan penulis Rom (dibunuh) (lahir 106 SM)
  • Decimus Brutus, negarawan Rom (dibunuh)
  • Publius Cornelius Dolabella, konsul selepas pembunuhan Julius Caesar
  • Hirtius, negarawan Rom (dibunuh dalam pertempuran)
  • Pansa, negarawan Rom (dibunuh dalam pertempuran)
  • Trebonius, pembunuh Julius Caesar (dibunuh oleh Publius Cornelius Dolabella)
  • Verres, praetoria yang korup
40-an SM

Dekad 40-an SM merupakan tahun-tahun dari 49 SM hingga 40 SM.

50-an SM

Dekad 50-an SM merupakan tahun-tahun dari 59 SM hingga 50 SM.

7 Disember

7 Disember merupakan hari ke-341 (hari ke-342 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 24 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari juga merupakan Hari Bendera Angkatan Tentera di India dan Día de las Velitas di Colombia.

Abad ke-11 SM

Abad ke-11 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1100 SM hingga 31 Disember 1001 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-42 SM

Abad ke-42 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 4200 SM hingga 31 Disember 4101 SM dalam kalendar Gregory.

Abad pertama SM

Abad ke-1 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 100 SM hingga 31 Disember 1 SM dalam kalendar Gregory. Nama lainnya "abad terakhir SM". Sistem kalendar Gregory tidak mempunyai tahun sifar.

Buddha Zamrud

Buddha Zamrud (Bahasa Thai: พระแก้วมรกต - Phra Kaew Morakot, atau nama rasminya พระพุทธมหามณีรัตนปฏิมากร - Phra Phuttha Maha Mani Ratana Patimakorn) adalah warisan Kerajaan Thailand dan merupakan sebuah patung berhala Buddha. Ia diperbuat daripada jed hijau (bukan zamrud), dipakaikan pakaian emas dan mempunyai ketinggian kira-kira 45 cm. Ia disimpan di Wat Buddha Zamrud (Wat Phra Kaew) yang merupakan sebahagian dari Istana Agung di Bangkok.

Cicero

Marcus Tullius Cicero (3 Januari 106 SM – 7 Disember 43 SM) ialah ahli pidato dan negarawan Rom kuno yang secara umumnya dianggap sebagai pidato Latin dan ahli gaya prosa yang terutama.

Huan Tan

Huan Tan (Cina: 桓譚, sekitar 43 SM–28 M) ialah seorang ahli falsafah Cina yang giat pada zaman Dinasti Han (202 SM–220 M) dan zaman peralihan Dinasti Xin yang singkat (9–23 M). Ragam fahaman falsafah Huan berasal dari tradisi realis Catatan Lama yang disokong oleh ahli-ahli falsafah sezaman yang lain seperti ahli falsafah naturalis dan mekanistik, Wang Chong (27–sekitar 100) yang dikatakan oleh Rafe de Crespigny sebagai kuat dipengaruhi oleh Huan Tan. Huan merupakan sahabat akrab dengan ahli falak dan ahli matematik istana, Liu Xin (m. 23 SD) as well as the author and poet Yang Xiong (53 SM–18 M), dan berkhidmat sebagai pegawai di bawah pemerintahan Ai (27–1 SM), Wang Mang (9–23 M), Gengshi (23–25 M), dan Guangwu (25–57 M).Selain pelbagai karya rapsodi, esei dan memorialnya, karya utama Huan merupakan Xinlun (新論), atau "Perbincangan Baru", yang dikagumi oleh Maharaja Guangwu, biarpun nama baik Huan Tan tercemar kerana kononnya merapatkan diri dengan rejim perampas kuasa Wang Mang. Xinlun ini juga merupakan naskhah terawal yang memerikan peranti tukul tangkai yang dikuasakan oleh hidraulik (iaitu roda air) untuk menghancurkan dan mengupas kulit biji-bijian.

Masakan British

Masakan British adalah set khusus tradisi dan amalan masakan yang berkaitan dengan United Kingdom. Mengikut sejarah, masakan British bermakna "hidangan tidak cerewet diperbuat dengan ramuan tempatan berkualiti, dipadankan dengan sos sederhana untuk menonjolkan perisa, berbanding menyamarkannya." Bagaimanapun, masakan British telah menyerap pengaruh kebudayaan dari mereka yang telah menetap di Britain, menghasilkan hidangan gabungan, seperti tikka masala ayam Asia Selatan, disambut sebagai "hidangan negara sebenar Britain".Dicerca sebagai "tidak menarik dan berat", masakan British secara tradisional telah dihadkan dari segi pengakuan antarabangsanya kepada sarapan pagi penuh dan makan malam Krismasnya. Akan tetapi, pertanian dan pembiakan haiwan Celt menghasilkan suatu kepelbagaian luas barang makanan untuk orang Celt dan Briton asli. England Anglo-Saxon mengembangkan teknik rebusan daging dan herba menyelerakan sebelum amaan ini menjadi lazim di Eropah. Penaklukan Norman memperkenalkan rempah eksotik ke dalam England sewaktu Zaman Pertengahan. Empayar British memudahkan suatu ilmu tradisi makanan kompleks India dengan "rempah dan herba kuat yang menembus". Polisi pencatuan makanan, diletakkan oleh kerajaan British sewaktu zaman perang dari kurun ke-20, dikatakan telah menjadi rangsangan untuk reputasi antarabangsa buruk masakan British.Masakan British termasuk ikan dan kentang goreng, Sunday roast, pai stik dan ginjal, dan bangers and mash. Masakan British mempunyai beberapa kepelbagaian kebangsaan dan serantau, termasuk masakan Inggeris, Scotland dan Wales, yang setiapnya telah membangunkan hidangan serantau atau tempatan mereka, banyak darinya adalah makanan tertunjuk secara geografi seperti keju Cheshire, puding Yorkshire, Arbroath Smokie dan kek Wales.

Ovidius

Publius Ovidius Naso (20 Mac 43 SM – AD 17/18), dikenali sebagai Ovid dalam dunia penutur bahasa Inggeris, merupakan seorang penyajak Rom yang dikenali sebagai pengarang tiga koleksi utama sajak erotik: Heroides, Amores, dan Ars Amatoria.

Parrot Raja

Parrot Raja adalah sekumpulan tiga spesies burung parrot bersaiz sederhana dari genus Alisterus; iaitu Parrot Raja Australia (Alisterus scapularis), Parrot Raja Papua (Alisterus chloropterus), dan Parrot Raja Maluku (Alisterus amboinensis). Ketiga-tiga spesies ini masing-masing boleh ditemui di Australia Timur, New Guinea, dan kepulauan Indonesia termasuk Kepulauan Maluku. Warna bulunya terdiri dari warna merah dan hijau, dan mempunyai ekor panjang yang mana berhubung kait dengan genera Aprosmictus dan Polytelis.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.