38 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
  • 5-an SM
  • 4-an SM
  • 3-an SM
  • 2-an SM
  • 1-an SM
Tahun:

Peristiwa

Mengikut tempat

Rom

  • 1 Januari: Permulaan zaman Hispanik atas perintah Octavio Augusto.
  • Marcus Vipsanius Agrippa, atas perintah Octavian, berjaya mematahkan pemberontakan di sepanjang Sungai Rhine.
  • Mark Antony, Octavianus, dan Lepidus memeterai Perjanjian Tarentum (atau 37 SM) yang melanjutkan Perintahan Bertiga Kedua sehingga 33 SM.
  • Serangan Parthia terhadap Syria Rom ditewaskan dalam Pertempuran Gandarus. Pacorus I, jeneral Parthia, dibunuh.

Kelahiran

Kematian

  • Orodes II dari Parthia
17 Januari

17 Januari merupakan hari ke-17 dalam kalendar Gregory. Tinggal 348 hari (atau 349 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.

30-an SM

Dekad 30-an SM merupakan tahun-tahun dari 39 SM hingga 30 SM.

50-an SM

Dekad 50-an SM merupakan tahun-tahun dari 59 SM hingga 50 SM.

Abad ke-11 SM

Abad ke-11 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1100 SM hingga 31 Disember 1001 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-37 SM

Abad ke-37 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 3700 SM hingga 31 Disember 3601 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-38 SM

Abad ke-38 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 3800 SM hingga 31 Disember 3701 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-39 SM

Abad ke-39 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 3900 SM hingga 31 Disember 3801 SM dalam kalendar Gregory.

Abad pertama SM

Abad ke-1 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 100 SM hingga 31 Disember 1 SM dalam kalendar Gregory. Nama lainnya "abad terakhir SM". Sistem kalendar Gregory tidak mempunyai tahun sifar.

Hikayat Indera Putera

Hikayat Indera Putera atau juga dikenali sebagai Hikayat Inderaputera, merupakan salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu yang ditulis sebelum 1700-an. Pengarangnya Tidak diketahui. Ia adalah antara yang masih terselamat sehingga hari ini. Satu salinan Hikayat Indera Putera terdapat dalam simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Nombor Manuskripnya MS 37. Satu lagi salinan terdapat di Universiti Leiden, The Netherlands/Belanda (Or 53 (formerly HS. 542), Library of KITLV (Koninklijk Instituut van de Taal-, Land- en Volkenkunde), Leiden.) Seorang sarjana, Braginsky mengatakan bahawa Hikayat Inderaputera ini mungkin dipengaruhi oleh sumber India(Gulshan-i `Ishq, dan kesusteraan Sufi) dan teks Melayu lain seperti Hikayat Cekel Waneng Pati dan Hikayat Amir Hamzah.

Kapal tempur Gneisenau

Gneisenau ialah sebuah kapal utama Jerman, yang digambarkan secara alternatif sebagai kapal tempur dan kruiser tempur, Kriegsmarine Jerman Nazi. Ia merupakan kapal kedua dari kelasnya, termasuk kapal yang lagi satu, Scharnhorst. Kapal ini telah dibina di limbungan Deutsche Werke di Kiel; ia telah mula dibina pada 6 Mei 1935 dan dilancarkan pada 8 Disember 1936. Selesai pada Mei 1938, kapal ini dilengkapi dengan sembilan laras meriam utama berukuran 28 cm (11 in) C/34 dalam tiga turet triple , walaupun terdapat rancangan untuk menggantikan senjata ini dengan enam meriam 38 cm (15 in) SK C/34 dan turet berkembar.

Gneisenau dan Scharnhorst beroperasi bersama-sama untuk sebahagian besar awal Perang Dunia II, termasuk ditugaskan ke Atlantik untuk menyerang kapal-kapal dagang British. Semasa operasi pertama mereka, kedua-dua kapal menenggelamkan kruiser bantuan British HMS Rawalpindi dalam satu pertempuran singkat. Gneisenau dan Scharnhorst terlibat dalam Operasi Weserübung, iaitu pencerobohan Jerman ke atas Norway. Semasa operasi diluar Norway, kedua-dua kapal bertarung dengan kruiser tempur HMS Renown dan menenggelamkan kapal pengangkut pesawat HMS Glorious. Gneisenau telah mengalami kerosakkan dalam pertembungan dengan Renown dan kemudian ditorpedo oleh sebuah kapal selam British, HMS Clyde, luar Norway. Selepas kejayaan serangan di Atlantik pada tahun 1941, Gneisenau dan kapal kembarnya berlabuh di Brest, Perancis. Kedua-dua kapal tempur ini menjadi sasaran pengeboman berulang-kali oleh RAF; Gneisenau telah dibom beberapa kali semasa serangan itu, namun ia akhirnya diperbaiki.

Pada awal tahun 1942, kedua-dua kapal membuat gerakan lintas pada waktu siang merentasi Selat Inggeris dari taklukan Perancis ke Jerman. Selepas tiba ke Kiel pada awal Februari, kapal ini dimasukkan ke limbungan kering. Pada malam 26 Februari, pihak British melancarkan serangan udara terhadapnya; sebiji bom menembusi perisai geladaknya dan meletop di magazin amunisi bahagian haluannya, menyebabkan kerosakkan serius dan angka korban yang tinggi. Pembaikian akibat kerosakkan itu telah memakan masa dan pihak OKM berhasrat untuk membina semula kapal itu dengan memasang meriam utama 38 sm seperti yang dirancang pada mula lagi. Meriam 28 sm telah dipindahkan dan digunakan sebagai meriam pantai. Pada tahun 1943, Hitler mengarahkan pemberhentian kerja-kerja pengubahan, dan pada 27 Mac 1945, ia telah ditenggelamkan sebagai kapal blok di Gotenhafen (Gdynia) di Poland taklukan Jerman. Bangkai kapal Gneisenau akhirnya dipecah-pecahkan untuk menjadi sekerap pada tahun 1951.

Kapal tempur Scharnhorst

Scharnhorst ialah sebuah kapal utama Jerman, digambarkan secara alternatif sebagai kapal tempur dan kruiser tempur, Kriegsmarine Jerman Nazi. Ia adalah kapal sulung dari kelasnya, termasuk kapal yang lagi satu, Gneisenau. Kapal ini telah dibina di limbungan Kriegsmarinewerft di Wilhelmshaven; ia telah mula dibina pada 15 June 1935 dan dilancarkan setahun dan empat bulan kemudian pada 3 Oktober 1936. Siap pada Januari 1939, kapal ini telah dilengkapi dengan sembilan laras meriam utama berukuran 28 sm (11 in) C/34 dalam tiga turet triple. Rancangan untuk menggantikan senjata ini dengan enam meriam 38 sm (15 in) SK C/34 dalam turet berkembar tidak pernah dibuat.

Scharnhorst dan Gneisenau beroperasi bersama-sama pada awal babak Perang Dunia II, termasuk ditugaskan ke Atlantik untuk menyerang kapal-kapal dagang British. Semasa operasi pertama mereka, Scharnhorst menenggelamkan kruiser bantuan HMS Rawalpindi dalam satu pertempuran singkat (November 1939). Scharnhorst dan Gneisenau terlibat dalam Operasi Weserübung (April–Jun 1940), iaitu pencerobohan Jerman ke atas Norway. Semasa operasi diluar Norway, kedua-dua kapal bertarung dengan kruiser tempur HMS Renown dan menenggelamkan kapal pengangkut pesawat HMS Glorious berserta kapal pengiringnya Acasta dan Ardent. Dalam pertempuran itu Scharnhorst membuat salah satu bedilan tembakan meriam laut paling jauh dalam sejarah.

Pada awal tahun 1942, selepas berulang kali dibom British, kedua-dua kapal membuat gerakan lintas pada waktu siang melalui Selat Inggeris dari taklukan Perancis ke Jerman. Pada awal tahun 1943, Scharnhorst menyertai kapal tempur Tirpitz kelas Bismarck di Norway untuk menghalang konvoi Bersekutu ke Soviet Union. Scharnhorst dan beberapa kapal pembinasa bergerak dari Norway untuk menyerang sebuah konvoi, tetapi kapal peronda British memintas pasukan Jerman. Semasa Pertempuran North Cape (26 Disember 1943), kapal tempur Royal Navy HMS Duke of York dan kapal-kapal pengiringnya menenggelamkan Scharnhorst. Hanya 36 orang berjaya diselamatkan, daripada jumlah 1,968 anak kapalnya.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.