32 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
  • 5-an SM
  • 4-an SM
  • 3-an SM
  • 2-an SM
  • 1-an SM
Tahun:

Peristiwa

Mengikut tempat

Rom

  • Gnaeus Domitius Ahenobarbus dan Gaius Sosius menjadi Konsul Rom.
  • Julai - Senat Rom mengisytiharkan perang terhadap Marc Antony dan Cleopatra; Caesar Augustus diisytiharkan sebagai duks, dan dunia Barat mengangkat sumpah taat setia kepadanya. Untuk menjamin sumpah ini, Octavian menerbitkan apa yang dikatakan wasiat Antony yang memusakakan semua wilayah-wilayah Timur kepada Cleopatra.
30-an SM

Dekad 30-an SM merupakan tahun-tahun dari 39 SM hingga 30 SM.

Abad ke-11 SM

Abad ke-11 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1100 SM hingga 31 Disember 1001 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-31 SM

Abad ke-31 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 3100 SM hingga 31 Disember 3001 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-32 SM

Abad ke-32 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 3200 SM hingga 31 Disember 3101 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-33 SM

Abad ke-33 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 3300 SM hingga 31 Disember 3201 SM dalam kalendar Gregory.

Abad pertama SM

Abad ke-1 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 100 SM hingga 31 Disember 1 SM dalam kalendar Gregory. Nama lainnya "abad terakhir SM". Sistem kalendar Gregory tidak mempunyai tahun sifar.

Frigat kelas G

Frigat Kelas G (bahasa Turki: Gabya sınıfı fırkateyn(ler)) adalah sebuah kelas frigat di dalam Tentera Laut Turki. Ia telah dimodenkan secara ekstensif selepas dibeli dari kapal-kapal bekas kelas Oliver Hazard Perry, direka terutamanya untuk peranan pertahanan udara dengan tatarajah persenjataan yang dioptima untuk peperangan umum.

Hikayat Abu Ishak

Hikayat Abu Ishak merupakan sebuah hikayat yang ditulis tangan dalam bahasa Melayu. Satu salinan Hikayat Abu Ishak terdapat dalam simpanan DBP dengan Nombor Manuskripnya MS 1.

Hor-Aha

Hor-Aha dikatakan firaun kedua dari dinasti pertama Mesir. Baginda hidup pada abad ke-31 SM.

Pada abad ke-32 SM, ayahandanya yang bernama Narmer telah menyatukan Mesir Hulu dan Mesir Hilir. Hor-Aha (yang ketika lahir bernama Ity, Hor-Aha adalah gelarannya: 'Horus di antara rumput') menjadi seorang firaun pada usia 30 tahun dan memerintah hingga usianya mencecah 62 tahun. Menurut legenda, baginda dibawa oleh seekor kuda nil, jelmaan dewa Seth. Cerita lain mengatakan bahawa Hor-Aha terbunuh oleh seekor kuda nil ketika berburu, yang menunjukkan bahawa Hor-Aha adalah 'Menes' yang terkenal.

Terdapat beberapa perdebatan mengenai Hor-Aha. Beberapa orang percaya bahawa baginda adalah orang yang sama dengan Menes dan dia adalah orang yang telah menyatukan seluruh Mesir. Beberapa orang lainnya berpendapat bahawa baginda adalah anak Narmer, firaun yang telah menyatukan Mesir. Bukti-bukti sejarah dari tempoh tersebut menunjukkan bahawa Narmer adalah raja yang pertama sekali menyatukan Mesir (lihat tablet Narmer) dan Hor-Aha sebagai anaknya dan sekaligus pewaris tahhtanya.

Senarai tahun

Halaman ini mengindekskan halaman-halaman tahun yang berasingan.

Tulisan pepaku

Tulisan pepaku, tulisan baji atau kuneiform merupakan antara sistem tulisan terawal yang diketahui dalam sejarah. Ia dikenali dengan aksara-aksara berupa baji yang ditulis dengan gedabung tumpul di atas batu bersurat daripada tanah liat. Istilah "kuneiform" bermaksud "bentuk baji" daripada bahasa Latin iaitu cuneus "baji" dan forma "bentuk", dan mungkin dilariskan dari cunéiforme dalam bahasa Perancis Lama.

Tulisan pepaku mula-mula tercipta di Sumer pada akhir alaf keempat SM (iaitu zaman Uruk IV) sebagai suatu sistem piktograf. Pada alaf ketiga SM, aksara-aksara perlambangannya menjadi dipermudah dan lebih mujarad dengan berkurangannya bilangan aksara dari kira-kira 1,000 pada awal Zaman Gangsa ke sekitar 400 pada lewat Zaman Gangsa (pepaku Het). Tulisan pepaku terdiri daripada gabungan lambang-lambang logofonetik (perlambangan campur sebutan), huruf konsonan dan suku kata.Tulisan Sumer yang asal ini bukan hanya disesuaikan untuk penulisan bahasa-bahasa Akkadia, Ebla, Elam, Hatti, Het, Hurri, Luwi, dan Urartu, bahkan juga mengilhami abjad-abjad Ugarit dan Parsi Lama. Tulisan pepaku beransur-ansur digantikan oleh abjad Phoenicia sewaktu Empayar Neo-Assyria. Menjelang abad ke-2 M, tulisan pepaku sudah pupus, maka hilanglah segala pengetahuan tentang pembacaan dan penulisannya sehingga ia ditafsir pada abad ke-19.

Dianggarkan dari setengah juta hingga dua juta keping batu bersurat pepaku telah ditemui pada zaman moden. Daripada itu, hanya kira-kira 30,000 ke 100,000 keping telah ditafsir atau diterbitkan. Muzium British menyimpan koleksi terbesar iaitu kira-kira 130,000 keping, diekori oleh Muzium Timur Dekat Berlin, Louvre di Paris, Muzium Arkeologi Istanbul, Muzium Kebangsaan Iraq, Koleksi Babylon Yale (kira-kira 40,000) dan Muzium Penn. Kebanyakannya telah "terbiar dalam koleksi-koleksi ini selama seabad tanpa diterjemah, dikaji atau diterbitkan," kerana di dunia ini hanya ada beberapa ratus orang pentafsir pepaku yang berkelayakan.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.