31 Disember

31 Disember merupakan hari ke-365 (hari ke-366 dalam tahun lompat) dan juga hari terakhir dalam takwim Gregorius.

Hari ini juga merupakan:

  • Malam Tahun Baru (kalendar Gregory)
  • Hogmanay di Scotland.
 
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31  

Peristiwa

British East India Company flag
Bendera Syarikat Hindia Timur British
Taipei 101 2008 NewYear Firework
Taipei 101, bunga api Tahun Baru 2008
Abad

Abad atau kurun (century dalam Bahasa Inggeris), merujuk kepada tempoh masa seratus tahun. Satu abad bersamaan dengan sepuluh dekad. Manakala 10 abad bersamaan satu alaf.

Abad ini, abad ke-21, bermula pada 1 Januari 2001 hingga 31 Disember 2100.

Abad ke-2 SM

Abad ke-2 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 200 SM hingga 31 Disember 101 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-3 SM

Abad ke-3 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 300 SM hingga 31 Disember 201 SM dalam kalendar Gregory.

Alaf

Alaf atau milenium ialah suatu tempoh masa yang sama dengan satu ribu tahun. Istilah alaf berasal dari bahasa Arab alfu (seribu) manakala istilah milenium berasal dari bahasa Inggeris millennium (seribu tahun). Istilah tersebut boleh secara tersirat merujuk kepada milenium kalendar; tempoh-tempoh yang terikat dengan suatu pentarikhan sistem, khususnya yang bermula (lazimnya tahun 0 atau tahun 1) atau pada tahun-tahun kemudian yang merupakan nombor bulat daraban dari seribu tahun selepasnya pada kalendar tersebut. Konsep inilah yang dibincangkan dalam rencana ini.

Istilah ini juga boleh merujuk untuk satu jarak masa bermula pada mana-mana tarikh. Kerap juga dalam perkara ini (dan kadang-kadang juga perkara di atas) ia mungkin mempunyai implikasi-implikasi keagamaan atau teologi. Terutamanya dalam pemakaian keagamaan tempoh tersebut boleh diterjemahkan secara samar, iaitu tidak semestinya betul-betul selang 1,000 tahun.

Dalam kalendar barat biasa, yang tidak mempunyai tahun sifar dan bermula dengan tahun 1 sebagai ganti, terdapat dua suatu pendapat utama mengenai penamaan alaf. Berlaku suatu perbahasan popular ketika menghampiri perayaan tahun 2000, sama ada 2000 adalah permulaan satu alaf baru (soalan alaf). Dari segi sejarah, telah ada perbahasan sekitar pertukaran dekad, abad, dan alaf.

Majoriti daripada perayaan-perayaan alaf baru telah diadakan pada tengah malam 31 Disember 1999 / 1 Januari 2000 yang mencerminkan suasana popular.

Avram Hershko

Avram Hershko (Bahasa Ibrani: אברהם הרשקו‎; lahir 31 Disember 1937) ialah ahli biokimia Israel-Hungary dan pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia.

Bagnaria

Bagnaria merupakan kawasan (munisipaliti) di Wilayah Pavia Itali kawasan Lombardy, berdekatan 70 km selatan Milan dan 40 km selatan Pavia. Pada 31 Disember 2004, daerah ini mempunyai penduduk 640 dan kawasan 16.6 km².Bagnaria bersempadan dengan munisipaliti: Gremiasco, Ponte Nizza, Varzi.

Barangay

Barangay atau dahulunya disebut barrio dalam bahasa Sepanyol, merupakan sebuah pembahagian daerah pentadbiran paling kecil yang digunakan di Filipina dan merupakan istilah Tagalog untuk kampung atau daerah. Bagi nama templat, barangay kadangkala diringkaskan kepada "Brgy" atau "Bgy". Sehingga 31 Disember 2006 terdapat 41,995 barangay di seluruh Filipina.

Bascapè

Bascapè merupakan komune di Wilayah Pavia Itali wilayah Lombardy, terletak 20 km di tenggara dari Milan dan sekitar 20 km timurlaut dari Pavia. Pada 31 Disember 2004, daerah ini mempunyai populasi 1,630 orang dengan keluasan 13.1 km².

Campospinoso

Campospinoso merupakan kawasan (munisipaliti) di Wilayah Pavia di Itali wilayah Lombardy, terletak 40 km selatan Milan dan 12 km tenggara Pavia. Pada 31 Disember 2004, daerah ini mempunyai penduduk 800 dan kawasan 3.7 km².Campospinoso bersempadan dengan munisipaliti: Albaredo Arnaboldi, Barbianello, Broni.

Casteggio

Casteggio merupakan kawasan (munisipaliti) di Wilayah Pavia di Itali wilayah Lombardy, terletak 50 km selatan Milan dan 20 km selatan Pavia. Pada 31 Disember 2004, daerah ini mempunyai populasi sebanyak 6,380 dan kawasan 17.8 km².Casteggio bersempadan dengan beberapa munisipaliti: Borgo Priolo, Calvignano, Casatisma, Corvino San Quirico, Montebello della Battaglia, Oliva Gessi, Robecco Pavese, Verretto.

Copiano

Copiano merupakan komuniti (munisipaliti) di Wilayah Pavia di Itali wilayah Lombardy, terletak 30 km tenggara Milan dan 13 km timur Pavia. Pada 31 Disember 2004, daerah ini berpenduduk 1,457 dan kawasan 4.3 km².Copiano bersempadan dengan munisipaliti: Filighera, Genzone, Gerenzago, Magherno, Vistarino.

Euro

Euro (simbol: €; kod perbankan: EUR) merupakan mata wang rasmi di negara-negara zon euro iaitu Austria, Belanda, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Jerman, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta,

Perancis, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Yunani. Lithuania menerima pakai euro sebagai mata wang rasmi menggantikan matawang litas yang sebelumnya pada 1 Januari 2015. Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah. Dengan jumlah edaran sebanyak €610 bilion pada Disember 2006, euro merupakan mata wang yang mempunyai nilai tergabung yang tertinggi di dunia, melebihi dolar AS.Euro diperkenalkan kepada pasaran dunia pada tahun 1999 sebagai mata wang perakaunan dan mula digunakan secara fizikal (iaitu sebagai syiling dan wang kertas) pada 1 Januari 2002 menggantikan Unit Mata Wang Eropah yang terdahulu pada kadar 1:1.

Euro diurus dan dikawal oleh Bank Pusat Eropah (ECB), yang beribu pejabat di Frankfurt, dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah (ESCB) yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli zon euro. ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar mata wang, manakala ESCB membantu dalam mencetak, mengilang dan mengagihkan kertas wang dan syiling di setiap negara ahli, serta operasi segala sistem pembayaran zon euro.

Meskipun setiap negara ahli Kesatuan Eropah (EU) layak menyertai zon euro jika memenuhi beberapa permintaan kewangan, tidak semua ahli EU menggunakan mata wang ini. Setiap negara yang memeterai Perjanjian Maastricht 1993 telah berjanji untuk menggunakan euro pada suatu masa tertentu; namun United Kingdom dan Denmark enggan menyertai zon euro. Sweden menolak penggunaan euro melalui sebuah referendum pada 2003, serta sengaja tidak memenuhi permintaan kewangan supaya tidak layak menyertai zon euro. Negara-negara Eropah yang bersaiz kecil iaitu Andorra, Kota Vatikan, Monaco dan San Marino yang bukan ahli EU menggunakan euro kerana mempunyai kesatuan mata wang dengan negara yang menyertai zon euro. Montenegro dan Kosovo juga menggunakan euro walaupun bukan ahli EU. Liechtenstein, sebuah negara kecil, terus menggunakan franc Switzerland.

Genzone

Genzone ialah komuniti (munisipaliti) di Wilayah Pavia di Itali wilayah Lombardy, terletak 35 km tenggara Milan dan 15 km timur Pavia. Pada 31 Disember 2004, daerah ini berpenduduk 348 dan kawasan 4.0 km².Genzone bersempadan dengan munisipaliti: Copiano, Corteolona, Filighera, Gerenzago.

Locate di Triulzi

Locate di Triulzi merupakan komuniti (munisipaliti) di Wilayah Milan di Itali wilayah Lombardy, terletak 14 km tenggara Milan. Pada 31 Disember 2004, daerah ini berpenduduk 8,574 dan kawasan 12.3 km².Munisipaliti Locate di Triulzi contains the frazione (subdivision) Moro.

Locate di Triulzi bersempadan dengan munisipaliti: San Donato Milanese, San Giuliano Milanese, Opera, Pieve Emanuele, Carpiano, Siziano.

Lomello

Lomello merupakan sebuah komuniti di Lombardy, Wilayah Pavia, Itali yang terletak 50 km di barat daya Milan dan 30 km barat Pavia. Pada 31 Disember 2004.

Daerah di sekitar Sartirana Lomellina: Ferrera Erbognone, Galliavola, Mede, Ottobiano, San Giorgio di Lomellina, Semiana, Velezzo Lomellina, Villa Biscossi.

Milenium pertama

Milenium ke-1 merupakan tempoh seribu tahun yang pertama dari 1 Januari 1 hingga 31 Disember 1000 dalam kalendar Gregory. Tidak adanya "tahun sifar" dalam kalendar Gregory.

Bahagian awal milenium ke-1 menandakan kemuncak Empayar Rom. Zaman Purba Akhir ialah tempoh peralihan yang mengubahkan Empayar Rom Timur menjadi Empayar Byzantin, manakala Empayar Rom Barat jatuh dan menimbulkan Zaman Pertengahan Awal Eropah. Agama Kristian dan Islam masing-masing bangkit untuk berkuasa pada abad ke-4 dan ke-7. Bahagian akhir milenium ke-1 melihat peralihan kepada Zaman Pertengahan Tinggi. Jumlah penduduk dunia yang telah bertambah sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan milenium sebelumnya bertambah dengan lebih perlahan dan mungkin juga merosot. Mengikut satu anggaran, jumlah penduduk dunia bertambah daripada kira-kira 170 hingga 300 juta, tetapi terdapat juga anggaran-anggaran yang berlainan, dengan sesetengah anggaran yang menganggap bahawa jumlah penduduk dunia telah dikurangkan daripada 400 juta orang sehingga 250 juta orang.

Semiana

Semiana merupakan sebuah komuniti di Lombardy, Wilayah Pavia, Itali yang terletak 50 km di tenggara Milan dan 35 km barat Pavia. Pada 31 Disember 2004, tempat ini mempunyai populasi 256 dengan keluasan 9.9 km².Daerah di sekitar Semiana: Lomello, Mede, Sartirana Lomellina, Valle Lomellina, Velezzo Lomellina.

Suardi

Suardi merupakan komuniti (munisipaliti) di Wilayah Pavia di Itali wilayah Lombardy, terletak 60 km baratdaya Milan dan 35 km baratdaya Pavia. Pada 31 Disember 2004, daerah ini berpenduduk 692 dan kawasan 9.8 km².Suardi bersempadan dengan munisipaliti: Bassignana, Frascarolo, Gambarana, Valenza.

Tahun fiskal

Tahun fiskal (atau tahun kewangan; kadang-kala juga dikenali sebagai tahun belanjawan) merupakan suatu tempoh yang digunakan bagi menghitung penyata kewangan tahunan dalam bidang perniagaan dan organisasi yang lain. Dalam banyak bidang kuasa, undang-undang kawal selia berhubung dengan perakaunan dan pencukaian memerlukan laporan tersebut sekali dalam dua belas bulan dan tidak menetapkan tempoh berdasarkan tahun kalendar (1 Januari hingga 31 Disember). Tahun fiskal berbeza dalam sektor perniagaan dan negara. Ia juga boleh merujuk kepada tahun yang digunakan untuk pelaporan cukai pendapatan.

Beberapa syarikat memilih untuk mengakhiri tahun fiskal masing-masing pada hari yang sama dalam seminggu dimana hari itu menjadi hari terhampir dengan tarikh tertentu (contohnya, hari Jumaat terdekat hingga 31 Disember). Di dengan sistem tersebut, sesetengah tahun fiskal akan mempunyai 52 minggu atau 53 minggu setahun.

Hari dan bulan dalam setahun
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.