1965

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1965. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1965 (nombor).
Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:

1965 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat. Ia berlangsung dari 27 Syaaban 1384 hingga 8 Ramadan 1385.

 

Peristiwa

Februari

Mac

  • 18 Mac: Kosmonaut Aleksei Leonov menjadi manusia pertama berjalan di angkasa.

Ogos

  • 9 Ogos: Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia dengan melantik Lee Kwan Yew sebagai Perdana Menteri pertama.
  • 18 Ogos: Ops “Starlite” dilancarkan merupakan pertempuran pasukan darat Amerika melibatkan 5,500 anggota Kor Marin yang berjaya memusnahkan kubu Viet Cong di daerah Quảng Ngãi. Selepas pertempuran ini Viet Cong mengelakkan daripada bertempur mengikut cara yang dikehendaki oleh Tentera Amerika.

September

Oktober

Tarikh tepat tidak pasti

  • SNOBOL3 diterbitkan.
  • BASIC ditambahkan dengan dukungan aritmetik matriks dan kefungsian rentetan penuh.

Kelahiran

18 Februari

18 Februari merupakan hari ke-49 dalam kalendar Gregory. Tinggal 316 hari (atau 317 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Gambia (1965).

1965 di Malaysia

1965 di Malaysia

8 tahun kenegaraan

26 Julai

26 Julai merupakan hari ke-207 (hari ke-208 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 158 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Liberia (1847) dan Maldives (1965);

Hari Pengguna di Malaysia.

4 Ogos

4 Ogos merupakan hari ke-216 (hari ke-217 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 149 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan di Kepulauan Cook (1965).

9 Ogos

9 Ogos merupakan hari ke-221 (hari ke-222 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 144 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kebangsaan di Singapura (1965);

Hari Wanita Kebangsaan di Afrika Selatan;

Hari Orang Asli Dunia Antarabangsa.https://ms.m.wikipedia.org/w/index.php?title=Khas:MobileOptions&success

Bola sepak di Sukan Asia Tenggara

Bola sepak di Sukan Asia Tenggara adalah acara bola sepak yang dipertandingkan di temasya Sukan Asia Tenggara semenjak edisi 1959.

Edward Victor Appleton

Sir Edward Victor Appleton GBE KCB FRS (6 September 1892 - 21 April 1965) ialah seorang ahli fizik Inggeris, pemenang Hadiah Nobel (1947) dan perintis dalam radiofizik. Beliau belajar, dan juga bekerja sebagai juruteknik makmal, di Kolej Bradford dari tahun 1909 hingga 1911.

Beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1947 untuk kerja maninya membuktikan kewujudan ionosfera semasa eksperimen dijalankan pada tahun 1924.

Gambia

Gambia (secara rasmi dikenali sebagai Republik Islam Gambia) ialah negara terkecil di benua Afrika. Terletak di Afrika Barat, ia dibatasi pada sebelah utara, timur, dan selatan oleh Senegal, dan mempunyai pantai yang pendek di Lautan Atlantik di sebelah barat. Sempadan Gambia lebih kurang menepati laluan Sungai Gambia yang mengalir merentasi bahagian tengah negara ke Lautan Atlantik. Saiznya sekitar 10,500 km², dengan jumlah penduduk sebanyak 1.7 juta orang. Banjul ialah ibu negara Gambia, tetapi konurbasi yang terbesar masih merupakan Serrekunda.

Pada 18 Februari 1965, Gambia diberi kemerdekaan oleh United Kingdom lalu menyertai Negara-Negara Komanwel, sehinggalah ia menarik diri pada Oktober 2013. Gambia berkongsi asal sejarah yang sama dengan banyak negara Afrika Barat, dengan perdagangan abdi merupakan faktor utama dalam pengasasan sebuah tanah jajahan di Sungai Gambia, mula-mulanya oleh orang Portugis dan kemudiannya oleh orang British. Sejak mencapai kemerdekaan, Gambia telah menghayati kestabilan, kecuali suatu tempoh pemerintahan tentera yang singkat pada 1994.Gambia ialah negara yang kaya dengan pertanian, dengan ekonominya dikuasai oleh pertanian dan penternakan, perikanan, serta pelancongan. Hampir sepertiga jumlah penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan antarabangsa sebanyak AS$1.25 sehari.

Garis masa penerbangan

Berikut merupakan garis masa sejarah penerbangan, dan senarai lebih terperinci garis masa penerbangan.

Garis masa penerbangan - sebelum kurun ke-18

Garis masa penerbangan - kurun ke-18

Garis masa penerbangan - kurun ke-19

Garis masa penerbangan - kurun ke-201900-an: 1900 - 1901 - 1902 - 1903 - 1904 - 1905 - 1906 - 1907 - 1908 - 1909

1910-an: 1910 - 1911 - 1912 - 1913 - 1914 - 1915 - 1916 - 1917 - 1918 - 1919

1920-an: 1920 - 1921 - 1922 - 1923 - 1924 - 1925 - 1926 - 1927 - 1928 - 1929

1930-an: 1930 - 1931 - 1932 - 1933 - 1934 - 1935 - 1936 - 1937 - 1938 - 1939

1940-an: 1940 - 1941 - 1942 - 1943 - 1944 - 1945 - 1946 - 1947 - 1948 - 1949

1950-an: 1950 - 1951 - 1952 - 1953 - 1954 - 1955 - 1956 - 1957 - 1958 - 1959

1960-an: 1960 - 1961 - 1962 - 1963 - 1964 - 1965 - 1966 - 1967 - 1968 - 1969

1970-an: 1970 - 1971 - 1972 - 1973 - 1974 - 1975 - 1976 - 1977 - 1978 - 1979

1980-an: 1980 - 1981 - 1982 - 1983 - 1984 - 1985 - 1986 - 1987 - 1988 - 1989

1990-an: 1990 - 1991 - 1992 - 1993 - 1994 - 1995 - 1996 - 1997 - 1998 - 1999

2000-an: 2000 - 2001 - 2002 - 2003 - 2004 - 2005 - 2006 - 2007 - 2008 - 2009

Hermann Staudinger

Hermann Staudinger (23 Mac 1881 - 8 September 1965) ialah seorang ahli kimia organik Jerman yang menunjukkan kewujudan makromolekul, yang mana ia dikenali sebagai polimer. Atas kerja ini beliau menerima Hadiah Nobel 1953 dalam Kimia.

Beliau juga dikenali kerana penemuannya ketenes dan reaksi Staudinger. Staudinger, bersama Leopold Ružička, juga menjelaskan struktur molekul pyrethrin I dan II pada tahun 1920-an, yang membolehkan perkembangan serangga piretroid pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Joseph Erlanger

Joseph Erlanger (5 Januari 1874 - 5 Disember 1965) ialah ahli fisiologi Amerika yang paling terkenal kerana sumbangan beliau dalam bidang neurosains. Bersama Herbert Spencer Gasser, beliau mengenal pasti beberapa jenis serat saraf dan membentuk hubungan antara halaju potensi tindakan dan diameter serat. Mereka dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan 1944 untuk pencapaian ini.

Kejohanan Remaja AFC 1965

Kejohanan Remaja AFC 1965 telah diadakan di Tokyo, Jepun. Israel menewaskan Burma untuk merangkul kejuaraan.

LIBRIS

LIBRIS (Library Information System; bahasa Melayu: Sistem Maklumat Perpustakaan) ialah katalog serantau kebangsaan Sweden yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Sweden di Stockholm. Adalah mungkin untuk mencari kira-kira 6.5 juta tajuk di seluruh negara.Di samping rekod bibliografi, satu untuk setiap buku atau penerbitan, LIBRIS juga mengandungi fail pihak berkuasa. Bagi setiap orang terdapat rekod yang menghubungkan nama, kelahiran dan pendudukan dengan pengecam unik.

Kod MARC bagi Katalog Kesatuan Sweden adalah SE-LIBR, dinormalisasi: selibr.Perkembangan LIBRIS dapat dikesan hingga pertengahan 1960-an. Walaupun rasionalisasi perpustakaan telah menjadi isu selama dua dekad selepas Perang Dunia II, pada tahun 1965 sebuah jawatankuasa kerajaan menerbitkan laporan mengenai penggunaan komputer dalam perpustakaan penyelidikan. Anggaran kerajaan tahun 1965 mewujudkan sebuah dewan perpustakaan penyelidikan (Forskningsbiblioteksrådet, FBR). Dokumen reka bentuk awal, Biblioteksadministrativt Information System (BAIS) telah diterbitkan pada Mei 1970, dan nama LIBRIS, pendek untuk Sistem Maklumat Perpustakaan, telah digunakan untuk jawatankuasa teknikal yang bermula pada 1 Julai 1970. Surat berita LIBRIS-meddelanden (ISSN 0348-1891) telah diterbitkan sejak 1972 dan berada dalam talian sejak 1997.

Maldives

Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia. Nama negara ini berasal daripada perkataan " Kepulauan Bergunung-ganang" (malai di dalam bahasa Tamil, bermaksud "gunung" dan teevu di dalam bahasa Tamil bermaksud "pulau") ia juga mungkin bermaksud "seribu pulau". Beberapa sarjana percaya bahawa nama "Maldives" diambil daripada perkataan Sanskrit maladvipa, bermaksud "susunan pulau-pulau", atau daripada "mahila dvipa", bermaksud "pulau wanita". Ada juga yang mempercayai nama tersebut bermaksud "istana" (daripada perkataan Mahal di dalam bahasa Arab) berikutan pengenalan Islam pada 1153, pulau ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada Portugis (1558), Belanda (1654) dan hak milik penjajah British (1887). Pada tahun 1965, Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Britain, dan pada 1968, sistem Kesultanan telah digantikan dengan sebuah Republik. Walau bagaimanapun, sepanjang 38 tahun, Maldives hanya pernah mempunyai 2 presiden meskipun sekatan-sekatan politik telah dilonggarkan baru-baru ini.

Paramount Pictures

Paramount Pictures Corporation adalah syarikat penerbit dan pengedar filem Amerika Syarikat yang bertempat di Hollywood, California. Syarikat ini adalah syarikat studio filem paling tua di Amerika Syarikat yang masih bertahan. Paramount dimiliki oleh konglomerat media, Viacom.

Paul Hermann Müller

Paul Hermann Müller, juga dikenali sebagai Pauly Mueller (12 Januari 1899 - 13 Oktober 1965) ialah seorang ahli kimia Switzerland yang menerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1948 untuk penemuan kualiti insektisida 1939 dan penggunaan DDT dalam mengawal penyakit vektor seperti malaria dan demam kuning.

Philip Showalter Hench

Philip Showalter Hench (28 Februari 1896 - 30 Mac 1965) ialah seorang ahli fizik Amerika. Hench, bersama dengan pekerja klinik Mayo Clinic, Edward Calvin Kendall dan ahli kimia Switzerland Tadeusz Reichstein dianugerahkan Hadiah Nobel untuk Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1950 untuk penemuan hormon kortison, dan permohonannya untuk rawatan artritis reumatoid. Jawatankuasa Nobel menganugerahkan penghargaan untuk "penemuan-penemuan yang berkaitan dengan hormon-hormon korteks adrenal, struktur dan kesan biologi."Hench menerima pendidikan ijazahnya di Kolej Lafayette di Easton, Pennsylvania, dan menerima latihan perubatannya di Kor Perubatan Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan Universiti Pittsburgh. Beliau mula bekerja di Mayo Clinic pada tahun 1923, kemudian berkhidmat sebagai ketua Jabatan Reumatologi. Sebagai tambahan kepada Hadiah Nobel, Hench menerima banyak penghargaan dan penghargaan lain sepanjang kariernya. Beliau juga mempunyai minat seumur hidup dalam sejarah dan penemuan demam kuning.

Vigneswaran Sanasee

Tan Sri Dato' Sri S. Vigneswaran a/l M. Sanasee ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau ialah Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia dan Presiden Kongres India Malaysia (MIC).

Beliau telah dilantik sebagai seorang Senator pada 23 Jun 2014 untuk tempoh tiga tahun. Beliau mengambil jawatan Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia pada 26 April 2016.

Winston Churchill

Sir Winston Leonard Spencer Churchill (30 November, 1874 - 24 Januari, 1965) merupakan Perdana Menteri bagi kerajaan United Kingdom bagi dua penggal iaitu 1940 hingga 1945 serta dari 1950 hingga 1955. Beliau dianggap sebagai salah satu seorang pemimpin Britain yang unggul pada abad ke-20 atas kecekapan pemerintahannya saat Britain berada dalam kegawatan ketika Perang Dunia Kedua.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.