18 April

18 April merupakan hari ke-108 (hari ke-109 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 257 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Zimbabwe (1980).

 
01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30  

Peristiwa

SanFranHouses06
Gempa bumi San Francisco 1906

Kelahiran

Kematian

Adnan Yaakob

Dato' Sri Diraja Adnan bin Yaakob (lahir 18 April 1950) merupakan bekas Menteri Besar Pahang.

Ahmed I

Ahmed I Bakhti (Turki Uthmaniyyah: احمد اول Aḥmed-i evvel, Bahasa Turki: I.Ahmet) (18 April, 1590 – 22 November, 1617) adalah seorang Sultan Empayar Uthmaniyyah bermula pada tahun 1603 sehingga kematian beliau pada 1617.

Albert Einstein

Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April 1955) ialah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dianggap sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori".

Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemasyhuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.

Anugerah Akademi ke-38

Anugerah Akademi ke-38, yang mengiktiraf filem-filem terbaik pada 1965, yang diadakan pada 18 April 1966, di Santa Monica Civic Auditorium di Santa Monica, California. Ia dihoskan oleh Bob Hope.

Ia disiarkan di rangkaian ABC dan acara pertama yang disiarkan dalam format berwarna.

Dua filem dengan pencalonan paling banyak ialah The Sound of Music dan Doctor Zhivago, yang masing-masing menerima sepuluh pencalonan dan lima kemenangan. Pemenang Filem Terbaik ialah The Sound of Music terbitan 20th Century Fox dan Robert Wise, yang diadaptasi dari muzikal Broadway karya Rodgers dan Hammerstein. Kedua-dua filem tersebut masuk dalam 10 filem paling berjaya secara komersial yang pernah dibuat, dan tampil 33 tahun kemudian dalam senarai filem Amerika terbesar abad ke-20 oleh Institut Filem Amerika.

The Sound of Music ialah pemenang Filem Terbaik pertama tanpa pencalonan bertulis sejak Hamlet; filem tersebut menjadi yang terakhir sehingga Titanic di Anugerah Akademi ke-70.

Badrul Muhayat

Badrul Muhayat Ahmad Jailani juga lebih dikenali Badrul Muhayat (18 April 1968) merupakan salah seorang pelakon Malaysia.

Bolesław Bierut

Bolesław Bierut (18 April 1892 - 12 Mac 1956) adalah seorang pemimpin Poland Komunis, NKVD, dan Stalinisme Stalinist yang menjadi Presiden Poland selepas kekalahan pasukan Nazi dalam.

Divock Origi

Divock Okoth Origi (lahir 18 April 1995 di Ostend) adalah pemain bola sepak Belgium yang bermain untuk Liverpool dan Pasukan kebangsaan Belgium sebagai Penyerang. Beliau adalah anak kepada bekas pemain bola sepak profesional Mike Okoth Origi, yang bermain untuk Pasukan kebangsaan Kenya.

Formula Satu musim 2003

Formula Satu musim 2003 ialah Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA yang ke-54.

Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011

Pada hari Jumaat, 11 Mac 2011, jam 14:46 JST (05:46 UTC), , berlakunya sebuah gempa bumi di luar pesisir Tōhoku di Lautan Pasifik (東北地方太平洋沖地震, Tōhoku-chihō Taiheiyō Oki Jishin),. Gempa bumi ini merupakan gempa bumi tujahan mega dasar laut yang bermagnitud 9.0 (Mw) yang berpunca di luar pesisir pantai Jepun pada pusat gempa yang terletak kira-kira 70 kilometer (43 mi) di timur Semenanjung Oshika di Tōhoku dengan hipopusat pada kedalaman sekitar 32 km (20 mi) dalam laut. Inilah gempa bumi paling kuat yang diketahui pernah melanda jepun, dan salah satu gempa bumi yang terkuat di dunia semenjak bermulanya penyimpanan rekod moden pada tahun 1900. Gempa ini telah mencetuskan ombak tsunami raksasa yang mencecah ketinggian 40.5 meter (133 ka) di Miyako, Wilayah Iwate di Tōhoku, dan melanda sejauh pedalaman 10 km (6 mi) ke pedalaman di kawasan Sendai. Gempa ini telah mengalihkan pulau Honshu 2.4 m (8 ka) ke arah timur serta mencondongkan Bumi pada paksinya sebanyak 10 cm (4 in) hingga 25 cm (10 in).Tsunami ini menyebabkan sebilangan kemalangan nuklear, terutama sekali peleburan tahap 7 di tiga buah reaktor di kompleks Loji Kuasa Nuklear Fukushima I, sehingga ratusan ribu penduduk berdekatan terpaksa dipindahkan beramai-ramai. Bukan sahaja banyak penjana elektrik di sana yang rosak atau terpaksa ditutup, malah sekurang-kurangnya tiga buah reaktor nuklear mengalami letupan disebabkan gas hidrogen yang terkumpul di dalam bangunan kurungan luarannya ekoran kerosakan sistem pendinginan. Para penduduk dalam lingkungan 20 km (12 mi) dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima I dan 10 km (6.2 mi) dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima II terpaksa dipindahkan.

Agensi Polis Negara Jepun mengesahkan seramai 15,845 orang maut, 6,011 orang cedera dan 3,339 orang hilang di 18 wilayah, sementara lebih 125,000 bangunan rosak atau binasa. Bencana berganda ini menyebabkan kerosakan struktur yang parah dan meluas di Jepun, termasuk kemusnahan jalan raya dan landasan keretapi di banyak kawasan, serta keruntuhan empangan. Sekitar 4.4 juta isirumah di rantau timur laut Jepun terputus bekalan elektrik dan dan 1.5 juta terputus bekalan air.Anggaran awal menghitung kerugian berinsurans akibat gempa bumi sahaja pada AS$14.5 hingga $34.6 bilion. Bank pusat Jepun menawarkan ¥15 trilion (AS$183 bilion) ke dalam sistem perbankan pada 14 Mac sebagai usaha memulihkan keadaan pasaran kepada normal. Bank Dunia menganggarkan kos ekonominya pada AS$235 bilion, menjadikannya bencana alam yang paling mahal dalam sejarah dunia.

George H. Hitchings

George Herbert Hitchings (18 April 1905 - 27 Februari 1998) ialah seorang doktor Amerika yang berkongsi Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan 1988 dengan Sir James Black dan Gertrude Elion "untuk penemuan mereka tentang prinsip penting untuk rawatan dadah", khusus untuk Hitchings kerja di kemoterapi.

HD DVD

Cakera HD DVD direka sebagai salah satu format standard DVD. Ia dapat menyimpan tiga kali ganda lebih data berbanding pesaingnya. (15 GB setiap lapisan berbanding 4.7 GB) standard HD DVD di keluarkan secara kerjasama di antara pengeluar barangan elekronik serta syarikat komputer, diketuai oleh Toshiba. Pada 19 November 2003, Forum DVD telah mengundi untuk menjadikan HD DVD sebagai standard DVD. Mesyuarat ini juga turut menamakan semula HD DVD. Format ini sekarang dinamakan "Advanced Optical Disc" (AOD).

Pada CES 2006, Microsoft mengumumkan akan ada tambahan luaran pada pemain HD DVD untuk console permainan Xbox 360 ; ia akan dikeluarkan menjelang November 2006. Juga pada CES [1]2006, Syarikat pengeluar berkata hampir 200 tajuk akan berada dipasaran menghujung tahun ini.

Pada 31 Mac, 2006, Toshiba telah memasarkan pemain HD DVD di Jepun pada harga ¥110,000 ($934).[2] HD DVD telah dipasarkan di Amerika Syarikat pada 18 April 2006,[3] Pada harga $499 and $799.

Spesifikasi untuk HD DVD-ROM and HD DVD-Rewritable adalah versi 1.0. Spesifikasi untuk HD DVD-R adalah pada 0.9. Pemain HD DVD-ROM dijangkakan pada akhir 2006, dengan pengeluaran dijangka bermula awal 2007.

Pada 19 Februari 2008, Toshiba mengumumkan secara rasmi keputusan untuk memberhentikan pemajuan, pengeluaran dan pemasaran pemain dan perakam HD DVD, maka menamatkan perang format menentang Blu-ray Disc.

Joseph L. Goldstein

Joseph Leonard Goldstein ForMemRS (lahir 18 April 1940) ialah ahli biokimia Amerika. Beliau menerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1985, bersama dengan penyelidik Universiti Texas, Michael Stuart Brown, untuk kajian mereka mengenai kolesterol. Mereka mendapati bahawa sel manusia mempunyai reseptor lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) yang menghilangkan kolesterol dari darah dan apabila reseptor LDL tidak hadir dalam bilangan yang mencukupi, individu-individu akan mengalami hiperkolesterolemia dan menjadi berisiko untuk penyakit berkaitan kolesterol, terutamanya jantung koronari penyakit. Kajian mereka membawa kepada perkembangan ubat statin.

KRU

KRU (bukan singkatan; tiada makna khusus bagi huruf-huruf K,R, dan U. Ianya secara sebutan menterjemah perkataan Inggeris crew) merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang ditubuhkan pada 1992. Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat rakaman mereka yang dikenali sebagai KRU Records. Selain merevolusikan industri muzik Malaysia, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri, KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia.

Pada 18 April 2018, kumpulan ini mengumumkan pembubaran mereka selepas 25 tahun bersama selepas konsert terakhir mereka yang dijadual akan diadakan pada 6 Mei.

Keibetsu Shiteita Aijou

Keibetsu Shiteita Aijou (軽蔑していた愛情) merupakan album single ketiga daripada kumpulan AKB48. Album single ini dipasarkan pada 18 April 2007 dibawah label DefSTAR Records dengan dua versi; edisi terhad (DFCL-1360/61) dan edisi biasa (DFCL-1362). Ini merupakan album single pertama yang menampilkan ketiga-tiga kumpulan.

Maria Mariana

Maria Mariana ialah sebuah filem Malaysia yangdiarahkan oleh Dato' Yusof Haslam dan ditayangkan pada 18 April 1996.

New Straits Times

New Straits Times (NST) ialah akhbar bahasa Inggeris yang tertua di Malaysia. Diasaskan pada tahun 1845 dengan nama The Straits Times dan format lebar sehelai, akhbar ini adalah akhbar bahasa Inggeris yang tunggal di Malaysia yang pernah mempunyai format tersebut. Bagaimanapun, mencontohi akhbar-akhbar British, The Times dan The Independent, satu percubaan versi tabloid telah diterbitkan pada bulan September 2004 dan sejak 18 April 2005, akhbar ini hanya diterbitkan dalam format tabloid. Dengan ini, New Straits Times menamatkan tradisi 160 tahunnya. New Straits Times kini dijual pada harga Ringgit Malaysia 1.50

New Straits Times dicetak oleh New Straits Times Press yang juga mencetak akhbar tengah hari bahasa Inggeris, Malay Mail, serta berbagai-bagai akhbar bahasa Melayu, terutamanya Berita Harian. New Straits Times ialah sebahagian kumpulan syarikat Media Prima.

Ketika diasaskan sebagai Straits Times di Singapura, akhbar ini merangkumi seluruh kawasan British Malaya, serta Singapura. Ini diteruskan apabila Singapura menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, tetapi selepas pemisahannya daripada persekutan pada tahun 1965, satu versi untuk Malaysia, iaitu New Straits Times, telah diasaskan, sedangkan The Straits Times meneruskan penerbitannya di Singapura. Disebabkan kepekaan politik yang menetapkan bahawa akhbar-akhbar dari sebuah negara tidak boleh dijual di dalam negara yang lain. Straits Times tidak dijual di Malaysia dan sebaliknya, New Straits Times tidak dijual di Singapura.

New Straits Times mempunyai edaran sebanyak lebih kurang 200,000 naskhah sehari; kurang daripada edaran The Star, pesaing utamanya. Walaupun begitu, akhbar ini adalah akhbar pilihan bagi kaum-kaum ahli intelek dan pegawai awam yang bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan, berbeza dengan The Star, akhbar ini mempunyai lidah pengarang yang mengandungi rencana-rencana mengenai keadaan negara yang disumbang bukan sahaja oleh penyunting akhbar, tetapi juga oleh wartawan-wartawan dan ahli-ahli intelek yang bukan kakitangan akhbar itu. Oleh itu, New Straits Times telah dianggap sebagai akhbar perdana bahasa Inggeris di Malaysia.

Perak FA

Persatuan Bola Sepak Perak (Perak Football Association) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Perak Darul Ridzuan untuk menyertai Liga Malaysia. Pasukan ini tersenarai dalam kelompok elit Liga Malaysia iaitu Liga Super Malaysia.

Persatuan Bola Sepak Perak telah dibentuk pada 18 April 1951 untuk mengawasi kegiatan bola sepak di seluruh daerah negeri Perak. Walaupun sebuah persatuan formal hanya ditubuhkan pada tahun 1951, Perak FA telah benar-benar mempunyai pasukan bola sepak sejak tahun 1921, yang menyertai Piala Malaya (kemudian Piala HMS Malaya, sekarang dikenali sebagai Piala Malaysia). Mereka juga salah satu ahli pengasas Persatuan Bola Sepak Malaya (yang wujud lebih awal daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang berlaku pada tahun 1926.

Mereka adalah pasukan ketiga paling berjaya dalam pertandingan Piala Malaysia dengan 8 kali kemenangan dan 11 kali menjadi naib juara. Mereka memenangi piala terakhir dari 8 piala mereka pada tahun 2018 menewaskan pasukan Terengganu FC menerusi penentuan sepakan penalti dan naib juara terakhir pada edisi 2007. Perak FA telah menjadi pasukan yang konsisten dalam bola sepak Malaysia, di mana mengakhiri liga di kedudukan lima teratas di dalam Liga Super Malaysia setiap tahun sejak awal. Selain itu, Perak FA adalah satu-satunya pasukan di Malaysia yang belum pernah diturunkan ke divisyen lebih rendah sejak era profesional diperkenalkan pada tahun 1989.

Perak FA mengumumkan bahawa Stadium Perak yang berkapasiti 42,500 kerusi sebagai stadium rasminya, walau bagaimanapun mereka akan menjalankan beberapa perlawanan di Stadium Lumut yang berkapasiti 15,000 kerusi (di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak) pada bila-bila masa ketika Stadium Perak tidak dapat digunakan.Stadium Majlis Perbandaran Manjung yang baru telah dinaik taraf sempena Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 juga berupaya menganjurkan perlawanan pada waktu malam.

Stadium Perak terletak di berhampiran Fair Park di Ipoh di mana pejabat pasukan berada.

Nama gelaran bagi pasukan Perak FA adalah The Bos Gaurus yang adalah nama untuk Seladang bermaksud Bapa Segala Seladang. Satu slogan kegemaran penyokong Perak adalah Kejor Yeop Kejor, yang secara kasar diterjemahkan menjadi "kejar, saudara, kejar". Slogan tersebut diterima pakai oleh pasukan selepas Kerajaan Negeri Perak menggunakan slogan tersebut pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 1996. Pada tahun 2007, pasukan Perak FC telah memperkenalkan lagu berjudul, 'Skor Yeop Skor'.

Rina Mohd Harun

YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (lahir 18 April 1973) merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dan Ahli Parlimen bagi zon Titiwangsa. Beliau juga adalah Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan dan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Toon Disney

Toon Disney ialah sebuah saluran 24 jam yang dimiliki Syarikat Walt Disney yang menyiarkan siri televisyen animasi dari Amerika Syarikat. Rancangan di dalam saluran ini tidak jauh beza dari yang ditayangkan oleh versi asli. Saluran ini mengudara antara tanggal 18 April 1998 hingga 12 Februari 2009, dan dilanjutkan oleh Disney XD.Saluran ini pernah melancarkan versi HDTV antara tahun 2008 - 2009.

Hari dan bulan dalam setahun
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.