1771

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1771. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1771 (nombor).
Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:

1771 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.


 
12 Februari

12 Februari merupakan hari ke-43 dalam takwim Gregorius. Tinggal 322 hari (atau 323 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Darwin dan Hari Tangan Merah.

1768

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1768. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1768 (nombor).

1768 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.

1769

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1769. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1769 (nombor).

1769 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.

1770-an

Dekad 1770-an merupakan tahun-tahun dari 1770 hingga 1779.

1771 (nombor)

1771 (seribu tujuh ratus tujuh puluh satu) ialah nombor asli selepas 1770 dan sebelum 1772.

1774

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1774. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1774 (nombor).

1774 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Sabtu dalam kalendar Gregory.

22 Januari

22 Januari merupakan hari ke-22 dalam takwim Gregorius. Tinggal 343 hari (atau 344 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.

Abad ke-18

Abad ke-18 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1701 hingga 1800 dalam kalendar Gregory.

Ahli-ahli sejarah kekadang merujuk kepada abad ke-18 sebagai 1715-1789 untuk menandakan tempoh antara kematian Louis XIV dari Perancis dan permulaan Revolusi Perancis.

Dinasti Nguyễn

Dinasti Nguyễn (Bahasa Vietnam: Nhà Nguyễn; Hán-Nôm: 阮朝, Nguyễn triều) merupakan dinasti terakhir yang memerintah Vietnam sebelum ia dijajah kuasa Barat. Dinasti ini berlangsung selama 143 tahun bermula dari 1802 apabila Gia Long ditabalkan sebagai Maharaja setelah mengalahkan tentera Tây Sơn sehingga ke tahun 1945 apabila Maharaja Bảo Đại turun takhta lalu menyerahkan kuasa memerintah kepada Republik Demokratik Vietnam.Pihak penjajah Perancis membahagikan pemilikan kerajaan ini kepada tiga bahagian setelah ia dijajah: Cochinchina dijadikan koloni Perancis manakala Annam dan Tonkin menjadi negeri naungan separa bebas.

Ensiklopedia Britannica

Ensiklopedia Britannica (Encyclopædia Britannica) ialah ensiklopedia am berbahasa Inggeris terbitan Encyclopædia Britannica, Inc., sebuah syarikat persendirian yang terletak di Chicago, AS. Rencana-rencana dalam Britannica disasarkan kepada pembaca dewasa yang berpendidikan, dan dikarang oleh 19 orang penyunting penuh masa dan lebih 4,000 orang penyumbang pakar. Ensiklopedia ini dianggap ramai sebagai yang paling ilmiah di kalangan semua ensiklopedia.Britannica ialah ensiklopedia bahasa Inggeris tertua yang masih wujud dalam percetakan. Brittanica julung kali diterbit antara tahun 1768 dan 1771 di Edinburgh dan pesat berkembang populariti dan saiznya, dengan edisi ketiganya pada tahun 1801 mencecah 20 jilid. Kalibernya yang kian timbul membantunya mencari penyumbang yang sangat mahir, dan edisi kesembilan (1875–1889) dan kesebelasnya (1911) dianggap sebagai ensiklopedia penting untuk gaya cendekiawan dan sastera. Sejak edisi ke-11, Britannica beransur nipis dan meringkaskan rencana-rencananya agar menjadikannya makin dibaca ramai serta meluaskan pasarannya di Amerika Utara. Pada tahun 1933, Britannica menjadi ensiklopedia pertama yang mengamalkan dasar "penyemakan berterusan", iaitu ensiklopedia ini senantiasa dicetak semula dan setiap rencana dikemaskini mengikut jadual tetap.Edisi ke-15 yang terkini mempunyai satu struktur tiga bahagian yang unik: Micropædia 12 jilid yang terdiri daripada rencana-rencana pendek (biasanya kurang daripada 750 kata), Macropædia 17 jilid yang terdiri daripada rencana-rencana panjang (meliputi dua hingga 310 mukasurat) dan Propædia sejilid yang bertujuan memberi garis kasar hierarki pengetahuan insan. Micropædia dimaksudkan untuk penyemakan fakta pantas serta sebagai panduan kepada Macropædia; para pembaca dinasihati agar membaca garis kasar Propædia untuk memahami konteks sesuatu subjek dan untuk mencari rencana lain yang lebih terperinci. Saiz Britannica kekal lebih kurang sama selama 70 tahun lalu, dengan kira-kira 40 juta perkataan dalam separuh juta topik. Meskipun penerbitan bertapak di Amerika Syarikat sejak tahun 1901, namun Britannica sentiasa mengekalkan ejaan British tradisinya.Sepanjang sejarahnya, Britannica menghadapi kesulitan untuk terus untung—satu masalah yang dihadapi banyak ensiklopedia. Sesetengah rencana dalam edisi-edisi awal Britannica yang tertentu telah dikritik kerana tidak tepat, berat sebelah atau ada penyumbang yang tidak layak. Ketepatan sesetengah kandungan edisi terkini juga turut dipersoal, itupun kritikan-kritikan sedemikian juga dicabar oleh pihak pengurusan Britannica. Meskipun kritikan-kritikan ini, namun Britannica mengekalkan nama baiknya sebagai alat kaji selidik yang boleh diharap.

Pada Mac 2012, syarikat Britannica yang kini bertapak di Chicago, mengumumkan pemberhentian edisi cetakan untuk memberikan tumpuan kepada versi dalam talian. Edisi cetakan yang terakhirnya terbit pada tahun 2010, dalam set 32 jilid.

Gustav III dari Sweden

Gustav III (24 Januari 1746 – 29 Mac 1792) adalah Raja Sweden dari 1771 sehingga kemangkatannya. Baginda merupakan putera sulung dari Raja Adolf Frederick dan Ratu Louise Ulrika dari Prussia.

HMS Resolution (1771)

HMS Resolution adalah sebuah sekoci milik Tentera Laut Diraja, dan kapal di mana Kapten James Cook membuat pelayaran penjelajahan kedua dan ketiga beliau di Pasifik. Kapal ini cukup menarik perhatian beliau sehingga James Cook memanggil kapal ini sebagai "kapal pilihan saya", dan "kapal yang paling lengkap untuk berkhidmat yang pernah saya lihat".

Karl dari Austria, Herzog Teschen

Erzherzog Karl dari Austria, Herzog Teschen (Jerman: Erzherzog Karl von Österreich, Herzog von Teschen, juga dikenali sebagai Karl von Österreich-Teschen) (nama penuh: Karl Ludwig Johann Josef Lorenz dari Austria) (5 September 1771 – 30 April 1847) adalah seorang Fil Marsyal dari Austria, anak lelaki ketiga kepada Maharaja Leopold II dan isteri beliau Infanta Maria Luisa dari Sepanyol. Beliau juga merupakan adik lelaki kepada Francis II, Maharaja Suci Rom. Meskipun mengalami sawan, Charles dihormati sebagai seorang komander dan reformis dalam tentera Austria. Beliau dianggap sebagai salah seorang penentang Napoleon yang paling sukar.

Objek Messier

Objek Messier ialah set objek astronomi yang pertama kali disenaraikan oleh ahli astronomi Perancis, Charles Messier dalam "Catalogue des Nébuleuses et des Amas d'Étoiles" (Bahasa Inggeris: Katalog Nebula dan Kelompok Bintang) termasuklah dalam Connaissance des Temps untuk 1774 (diterbitkan pada 1771). Tujuan asal Messier ialah untuk mencari komet, tetapi dikecewakan oleh objek yang serupa tetapi bukan komet. Oleh itu, dia menyusun senarai objek.Edisi pertama meliputi 45 objek-objek bernombor M1 ke M45. Jumlah senarai terdiri daripada 110 objek-objek, dari M1 ke M110. M102 tidak ditemui secara positif; calon-calon ialah galaksi-galaksi M101 dan NGC 5866.

Katalog Messier yang terakhir yang termasuk dalam Connaissance des Temps untuk 1784 (diterbitkan pada 1781).

Kebanyakan objek-objek ini yang masih dikenali dengan nombor Messier mereka.Kerana Messier telah hidup dan menyiapkan kerja astronomi di Perancis, senarai tersebut mengandungi objek dari kutub cakerawala utara ke latitud cakerawala –35°. Banyak objek selatan, seperti, Awan Magellan yang dikecualikan dari senarai itu. Kerana semua objek Messier yang mudah dilihat teleskop kecil, mereka adalah objek yang popular untuk ahli-ahli astronomi. Pada musim bunga, ahli astronomi menyertai untuk "Maraton Messier", dengan semua objek-objek yang boleh dilihat pada seluruh malam.

Oksigen

Oksigen (Jawi: اوکسيݢن) ialah unsur kimia dengan nombor atom 8 dan simbol kimia O. Oksigen merupakan salah satu daripada kalangan unsur kalkogen dalam jadual berkala unsur dan bertindak balas dengan hampir kesemua unsur kimia, terutamanya menjadi oksida. Gas oksigen memenuhi 20.9% daripada isi padu atmosfera Bumi dan merupakan unsur paling banyak wujud dalam kerak Bumi, di mana oksigen memenuhi lebih kurang separuh daripada jisim kerak Bumi. Dalam alam semesta, oksigen merupakan unsur ketiga paling banyak, selepas hidrogen dan helium.

Sejarah Pulau Krismas

Penjelajah British dan Belanda pertama kali memasukkan Pulau Krismas ke carta mereka [ada awal abad ketujuh belas, dan kapten kapal SHTI Royal Mary, Kapten William Mynors menamakan pulau tersebut apabila dia tiba di sana pada Hari Krismas, 25hb Disember 1643. Pulau ini pertama kali dimasukkan ke dalam pada peta oleh Pieter Goos pada petanya yang diterbitkan pada tahun 1666. Goos telah melabelkan pulau tersebut Moni.

Rekod lawatan terawal adalah pada Mac 1688 oleh William Dampier dari kapal Cygnet British, yang menjumpainya tidak berpenduduk. Satu laporan lawatan itu dapat dijumpai di Voyages Dampier, yang menceritakan bagaimana, ketika mencuba untuk pergi ke Kepulauan Cocos dari New Holland, kapalnya telah ditarik terpesong dalam arahan timuran dan selepas 28 hari tiba di Pulau Krismas. Dampier mendarat di Dales (di Pantai Barat) dan dua orang anak kapalnya adalah orang pertama direkodkan menjejak kaki di Pulau Krismas.

Lawatan yang berikut dilakukan oleh Daniel Beekman, yang diterangkan dalam buku 1718nya, A Voyage to and from the Island of Borneo, in the East Indies.

Pada 1771 kapal India, Pigot, cuba untuk mencari suatu tempat berlabuh tetapi tidak berjaya; anak kapalnya melaporkan melihat babi hutan dan pokok kelapa. Walau bagaimanapun, babi hutan tidak pernah diperkenalkan ke pulau ini, jadi Pigot mungkin menemui pulau lain.

Percubaan pertama untuk menjelajahi pulau itu adalah pada 1857 oleh anak kapal Amethyst. Mereka cuba untuk mencapai puncak pulau ini, tetapi mendapati cenuram tidak dapat dilalui. Untuk beberapa abad, keterpencilan dan lautan kasar Pulau Krismas memberikan halangan kepada penempatan.

Senarai objek Messier

Objek Messier merupakan satu set 110 objek astronomi terkatalog oleh ahli falak Perancis Charles Messier dalam karya beliau "Catalogue des Nébuleuses et des Amas d'Étoiles" ("Katalog Nebula dan Gugusan Bintang"). Versi awal pertama muncul dalam Memoirs Akademi Sains Perancis pada tahun 1771

dan item terakhir telah ditambah pada tahun 1966 oleh Kenneth Glyn Jones, berdasarkan pemerhatian Messier.

Versi pertama katalog Messier mengandungi 45 objek dan diterbitkan pada tahun 1774 dalam jurnal Akademi Sains Perancis di Paris. Sebagai tambahan kepada penemuan beliau sendiri, versi ini mengandungi objek-objek yang diperhati sebelum ini oleh ahli falak yang lain, dengan hanya 17 daripada 45 objek milik Messier.

Menjelang tahun 1780, katalog ini telah meningkat kepada 80 objek dan versi terakhir katalog ini diterbitkan pada tahun 1781; dalam isu tahun 1784 Connaissance des Temps ia mengandungi 103 objek.

Walau bagaimanapun, penambahan Messier 102 dianggap salah sekian lama namun jumlahnya tetap 102. Para ahli falak yang lain, menggunakan nota tepi dalam teks Messier, eventually filled out the list up to 110 objek.Katalog ini mengandungi berbagai-bagai jenis objek astronomi, termasuk gugusan bintang, nebula dan galaksi. Messier 1 ialah remah supernova Nebula Ketam dan the great spiral Galaksi Puteri Teratai pilin besar ialah M 31. Pemasukan-pemasukan yang lain berikutan pada abad seterusnya apabila penambahan pertama datang daripada Nicolas Camille Flammarion pada tahun 1921, yang menambah Messier 104 setelah menjumpai nota tepi Messier dalam contoh edisi 1781 katalog beliau. M105 hingga M107 ditambah oleh Helen Sawyer Hogg pada tahun 1947, M108 dan M109 oleh Owen Gingerich pada tahun 1960 dan M110 oleh Kenneth Glyn Jones pada tahun 1967.Disebabkan Messier hanya minat dalam mencari komet, beliau mencipta senarai objek bukan komet yang mematahkan pemburuan beliau untuknya. Penyusunan senarai ini, dengan kerjasama pembantu beliau Pierre Méchain, dikenali sebagai katalog Messier. Katalog objek ini merupakan salah satu daripada senarai terkenal bagi objek astronomi dan banyak objek Messier masih dirujuk mengikut nombor Messier.

Sultan Abdullah Mukarram Shah

Sultan Abdullah Mukarram Shah ialah Sultan Kedah ke-20. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah dan isteri ketiga

Pada 7 April 1760, baginda dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja bergelar Sultan Abdullah

Pada bulan Mac 1771, tentera Bugis telah menyerang Kota Kuala Kedah

Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menteri untuk membangunkan sebuah kota di Kuala Bahang

Pada 25 Mei 1771, Kota Kuala Bahang mula dibina oleh tukang-tukang dari India dan dipetakan oleh Dato’ Maharaja Kadi

Pada 23 September 1778, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-20 dan bersemayam di Kota Setar

Tahun 1780, setelah Kota Kuala Bahang siap, maka ramailah pedagang memasuki kota it

Pada bulan April 1791, baginda telah memajak Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diwakili Francis Light sebanyak $6000 setiap tahun

Pada 2 September 1797, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar

Walter Scott

Sir Walter Scott, Baronet Pertama (15 Ogos 1771 - 21 September 1832) adalah seorang novelis, penyair, penulis drama dan ahli sejarah dari Scotland.

Kebanyakan karyanya diagungkan sebagai sastera klasik bahasa Inggeris. Beliau turut melopori genre cereka sejarah - cereka yang berlatarbekangkan peristiwa penting dalam sejarah - yang menjadi ikutan penulis-penulis di Britain dan di serata benua Eropah.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.