1739

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1739. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1739 (nombor).
Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:

1739 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory.


 

Peristiwa

24hb Februari - Pertempuran Karnal: Tentera Iran dibawah pemerintah Nadir Shah mengalahkan tentera maharaja Mughal India, Muhammad Shah.

1730-an

Dekad 1730-an merupakan tahun-tahun dari 1730 hingga 1739.

1736

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1736. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1736 (nombor).

1736 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.

1738

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1738. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1738 (nombor).

1738 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.

1739 (nombor)

1739 (seribu tujuh ratus tiga puluh sembilan) ialah nombor asli selepas 1738 dan sebelum 1740.

1740

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1740. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1740 (nombor).

1740 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.

1741

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1741. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1741 (nombor).

1741 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.

1742

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1742. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1742 (nombor).

1742 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.

20 Mac

20 Mac merupakan hari ke-79 (hari ke-80 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 286 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Tunisia (1956)

Ekuinoks (2019) di garisan khatulistiwa.

Musim bunga di hemisfera utara.

Musim luruh di hemisfera selatan.

Abad ke-18

Abad ke-18 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1701 hingga 1800 dalam kalendar Gregory.

Ahli-ahli sejarah kekadang merujuk kepada abad ke-18 sebagai 1715-1789 untuk menandakan tempoh antara kematian Louis XIV dari Perancis dan permulaan Revolusi Perancis.

Empayar Mughal

Empayar Mughal, (Mughal Baadshah, atau sebutan lainnya Mogul) adalah sebuah kerajaan yang pada masa kemuncaknya memerintah Afghanistan, Balochistan, dan kebanyakan kawasan di benua kecil India antara 1526 dan 1857. Kerajaan ini didirikan oleh pemimpin Mongol, Babur, pada 1526, apabila dia mengalahkan Ibrahim Lodi, Sultan Delhi terakhir dalam Pertempuran Panipat Pertama. Perkataan mughal adalah versi Indo-Aryan dari Mongol. Agama rasmi Mughal adalah Islam, dengan majoriti penduduk menganut agama Hindu.

Kerajaan ini sebahagian besar ditakluk oleh Sher Shah semasa pemerintahan Humayun, namun di bawah Akbar, kerajaan ini berkembang pesat, dan terus berkembang sampai akhir pemerintahan Aurangzeb. Jahangir, anak Akbar, memerintah kerajaan ini antara 1605-1627. Pada Oktober 1627, Shah Jahan, anak dari Jahangir mewarisi takhta dan kerajaan yang luas dan kaya di India. Pada abad tersebut, empayar ini mungkin merupakan kerajaan terbesar di dunia. Maharaja Mughal Shah Jahan, memerintahkan pembinaan Taj Mahal antara tahun 1630-1653 di Agra, India.

Setelah kematian Aurangzeb pada 1707, kerajaan Mughal mulai mengalami kemunduran, walaupun masih berkuasa selama 150 tahun berikutnya. Pada 1739, empayar ini dikalahkan oleh tentera dari Parsi yang dipimpin oleh Nadir Shah. Pada 1756, pasukan Ahmad Shah menceroboh Delhi sekali lagi. Empayar British akhirnya membubarkannya pada 1857.

George Clinton

George Clinton (lahir 26 Julai 1739 - 20 April 1712) ialah Naib Presiden Amerika Syarikat ke-4 dari tahun 1805 hingga 1812 di bawah pemerintahan Presiden Thomas Jefferson dan James Madison. Beliau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan pada tahun 1812.

Kawasan perbandaran di Toledo

Berikut merupakan senarai kawasan perbandaran di wilayah Toledo di komuniti berautonomi Castile-La Mancha, Sepanyol.

Liu Zhi (sarjana)

Liu Zhi (sekitar 1660 - sekitar 1739) ialah seorang sarjana Islam Cina di zaman Dinasti Qing yang berasal dari Nanjing.

Oratorio

Oratorio adalah gubahan muzikal yang besar untuk orkestra, vokal penyanyi- penyanyi solo dan kumpulan nyanyian koir. Ia berbeza dari opera kerana tidak mempunyai pentasan drama, pakaian khas pelakon ataupun lakonan. Walau bagaimanapun, dari dulu lagi, oratorio adalah hampir sama dengan opera dari segi corak muzik dan nyanyian kecuali bahagian nyanyian koir yang mempunyai kombinasi pelbagai suara menyanyi di dalam harmoni lengkap.

Zaman - zaman kegemilangan lagu gubahan oratorio adalah pada kurun ke 17 dan 18.

Perang Rusia-Turki

Perang Rusia-Turki merupakan satu siri peperangan yang berlaku di antara Empayar Rusia dengan Empayar Uthmaniyyah yang berlaku pada kurun ke-16 sehingga kurun ke-20. Ia merupakan salah satu konflik terpanjang di dalam sejarah Eropah.

Senarai penggubah muzik era klasikal

Berikut adalah nama penggubah-penggubah untuk muzik era klasikal. Kebanyakannya berbangsa Eropah dari tahun 1730 hingga ke tahun 1820. Sesetengah daripada mereka adalah penggubah lagenda dan terkenal seperti Wilhelm Friedmann Bach, Carl Philipp Emanuel Bach, Johann Stamitz, Joseph Haydn, Johann Christian Bach, Luigi Boccherini, Ludwig van Beethoven, Antonio Salieri, Wolfgang Amadeus Mozart, dan Franz Schubert.

Shō Boku

Shō Boku (尚穆, Mandarin pinyin: Shàng Mù; lahir 3 Mei 1739 – meninggal 19 Februari 1794 pada umur 54 tahun) merupakan Raja Kerajaan Ryūkyū (ms. 1752-1794). Pemerintahannya bermula pada tahun 1756. Walaupun mengalami tempoh pemerintahan yang agak stabil, dia terpaksa berdepan dengan tsunami pada tahun 1771 yang melanda Kepulauan Miyako dan Kepulauan Yaeyama. Ketika pemerintahannya juga menyaksikan utusan Cina Chou Huang yang menulis topografi sejumlah enam belas pulau-pulau untuk Maharaja Qianlong.

Sultan Terengganu

Sultan Terengganu ialah ketua negeri Terengganu. Kesultanan Terengganu bermula pada tahun 1725 dengan Sultan Zainal Abidin. Sultan Terengganu kini ialah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pengasas Kesultanan Terengganu hari ini ialah Sultan muhammad ismail. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Padang Saujana). Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk (Raja Tua) di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chau Yang, Raja Patani.

Mengikut Hikayat Johor Serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar tahun 1688. Ketika berada di Patani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Patani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708, berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin tidak lama bersemayam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, Langgar dan Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (Kota Lama).

Sultan Zainal Abidin digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur (Sultan Mansur I) pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah 1 berkahwin dengan Raja Bulang, anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua. Berikutnya berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur 1 telah menghabiskan empat belas tahun (1746 - 1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus (Yang DiPertuan Kelantan), putera Long Sulaiman ibni Long Bahar menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur digantikan oleh putera baginda Sultan Zainal Abidin II (1794 - 1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Muhammad ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad (1808 - 1830), Sultan Abdul Rahman (1830), Sultan Daud (1830-1831), Sultan Mansur II (1831 - 1837), Sultan Muhammad (1837 - 1839), Baginda Omar (1839 - 1876). Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 menggantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan dari takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad ismail dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876 - 1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918 - 1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 - 1942).

Apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, putera sulung al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Tengku Ali menduduki tahta kerajaan Negeri Terengganu dengan gelaran Sultan Ali Shah (1942-1945). Baginda ditabalkan di hadapan kerabat-kerabat diRaja Terengganu secara sah.

Tengku Sri Paduka Raja, Tengku muhammad Ismail diisythiarkan sebagai Sultan Terengganu pada 16 Disember 1945, setelah beliau menjalankan suatu konspirasi bersama 13 orang kerabat diRaja Terengganu bagi menjatuhkan Sultan Ali Shah yang merupakan Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Terengganu yang sah. Beliau seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Tengku Ismail Nasiruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke-6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Tengku Ismail Nasiruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 14 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad Ismail

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.